Kehilangan Peranti atau Log Masuk Pertama Kali Selepas Pendaftaran Sebagai Pelanggan Baharu
Sama ada anda kehilangan peranti atau mahu log masuk buat pertama kali selepas pendaftaran akaun, KAF Digital Bank (KAF DB) memastikan proses yang mudah dan selamat untuk membantu anda. Ikuti langkah-langkah yang disediakan untuk mendapatkan semula akses kepada akaun anda tanpa sebarang masalah.
Peranti Hilang atau Log Masuk Pertama Kali Selepas Pendaftaran Akaun
- Memulakan dengan Log Masuk:
Masukkan nama pengguna (nombor kad pengenalan) anda dan klik “Log masuk” untuk memulakan proses.
- Peranti Tidak Dikenali:
Anda akan menerima pesanan “Peranti ini tidak dikenali”, kemudian teruskan.
- Daftar Peranti:
Tekan butang “Daftar Peranti” untuk meneruskan proses.
- Pengesahan Kehilangan Peranti:
Pilih “Ya, Saya Kehilangan Peranti Saya” dan tunggu emel serta pemberitahuan pacuan.
- Proses Pengesahan Identiti Atas Talian (e-KYC):
Anda dikehendaki melakukan proses pengesahan identiti atas talian (e-KYC) sepertimana yang pernah dilakukan semasa pendaftaran akaun. Prosesnya adalah termasuk pengesahan dokumen pengenalan diri (kad pengenalan) dan pengecaman wajah (pengesahan imbasan wajah).
- Tetapan PIN dan Biometrik:
Tetapkan biometrik dan nombor PIN keselamatan 6 angka baru anda.
- Pengesahan dan Terima Kasih:
Lihat pada Skrin Pengakuan untuk mendapatkan pengesahan status proses berjaya atau gagal. Kemudian, tekan butang “Selesai”.
- Pengesahan Berjaya:
Sekiranya berjaya, anda akan menerima e-mel dan pemberitahuan pacuan.
- Sekatan Log Masuk:
Anda boleh log masuk seperti biasa selepas tempoh 12 jam kerana terdapat sekatan masuk pada tempoh ini. Anda tidak dapat menggunakan aplikasi dalam tempoh ini disebabkan terdapatnya satu langkah yang dipanggil sebagai Tempoh Bertenang (Cooling Period).
- Pilihan Bagi Percubaan Gagal:
Sekiranya gagal, ulang proses pengesahan identiti atas talian (e-KYC), atau hubungi Khidmat Pelanggan kami untuk semakan manual.
- Percubaan Pemulihan:
Cuba semula proses pemulihan akaun seperti yang diperlukan. Tapi harus diingatkan bahawa anda hanya boleh mencuba sekali sahaja dalam tempoh 12 jam.
Melayari proses log masuk selepas kehilangan peranti atau selepas pendaftaran akaun mungkin sukar jika ini pengalaman pertama anda, tetapi tidak dengan aplikasi KAF Digital Bank. Dengan hanya mengikuti beberapa langkah, termasuk menjalani semula proses pengesahan identiti atas talian (e-KYC) dan menetapkan nombor PIN dan biometrik baharu, anda boleh memastikan keselamatan akaun anda untuk mendapatkan semula akses. Anda tidak perlu bimbang jika menghadapi kesukaran, kerana pasukan Khidmat Pelanggan kami sedia membantu anda sepanjang proses ini.
Adakah artikel ini membantu?
Adakah Anda Tidak Menemui Apa yang Anda Cari?
Hantarkan soalan anda kepada kami, dan kami akan berusaha menyelesaikannya.
Hantarkan soalan anda