Daftar Peranti Baharu atau Naik Taraf Peranti
Menaik taraf atau mendaftar peranti baru di KAF Digital Bank (KAF DB) adalah proses yang jelas dan mudah, direka untuk memastikan transaksi berjalan lancar. Ikuti panduan ini untuk mendaftar atau menaik taraf peranti anda dengan mudah.
Mendaftar atau Menaiktaraf Peranti Baharu: Panduan Mudah
- Mulakan dengan Log Masuk:
Masukkan nama pengguna anda dan klik “Log masuk” untuk memulakan proses.
- Peranti Tidak Dikenali:
Anda akan menerima pesanan “Peranti ini tidak dikenali”, kemudian teruskan.
- Daftar Peranti:
Tekan butang “Daftar Peranti” untuk meneruskan proses penyediaan.
- Menaiktaraf Peranti:
Pilih “Tidak, Saya Tidak Kehilangan Peranti Saya” untuk proses naik taraf yang lancar.
- Pengesahan SecureKAF:
Pemberitahuan pacuan “SecureKAF” akan muncul di peranti lama anda. Tekan “Terima” untuk memulakan proses naik taraf peranti.
- Pengesahan e-mel:
Terima pesanan di e-mel berkenaan pengesahan naik taraf peranti.
- Penyediaan Biometrik dan PIN:
Aktifkan biometrik dan tetapkan nombor PIN keselamatan 6 angka pada peranti baharu anda.
- Tahniah! Akses telah Berjaya:
Kini, anda sudah boleh log masuk pada peranti baharu anda dengan mudah.
- Pengesahan Naik Taraf Berjaya:
Terima e-mel lain sebagai pengesahan sama ada naik taraf peranti baharu anda berjaya atau sebaliknya.
Nota Tambahan:
- Sekiranya proses SecureKAF pada peranti lama tidak berjaya, anda akan terus dibawa semula ke skrin log masuk.
- Selepas peranti sudah berjaya dinaik taraf, anda tidak boleh menggunakan aplikasi KAF Digital Bank menggunakan peranti lama anda.
Dengan KAF Digital Bank, proses mendaftar atau menaik taraf ke peranti baharu kini lebih mudah. Anda hanya perlu mengikuti beberapa langkah mudah, selepas itu anda boleh menggunakan aplikasi KAF Digital Bank dengan peranti baharu anda tanpa sebarang gangguan. Nikmati akses kepada akaun anda tanpa halangan. Anda tidak perlu bimbang kerana setiap proses adalah lancar, dan anda akan menerima pengesahan melalui e-mel untuk membimbing anda dalam setiap langkah.
Adakah artikel ini membantu?
Adakah Anda Tidak Menemui Apa yang Anda Cari?
Hantarkan soalan anda kepada kami, dan kami akan berusaha menyelesaikannya.
Hantarkan soalan anda