• Jawapan tidak ditemui? Sila hantarkan soalan anda di sini
Bahasa Melayu
English (UK)
Bahasa Melayu

Sila hubungi talian sokongan di +603 8744 3331 jika anda memerlukan bantuan

Selamat Datang ke Laman Hello@KAF

Selamat datang ke laman Hello@KAF - Sila ajukan pertanyaan anda kepada kami

Kirimkan soalan

Sila ajukan soalan anda di sini, dan kami akan berusaha untuk memberikan jawapan.

Please fill out the contact form below and we will reply as soon as possible.

  • Home

🎉 Kempen Cabutan Bertuah CelikWang– KAF Digital Bank x POD Savings

Tingkatkan tahap celik kewangan anda, kumpul mata ganjaran, dan rebut peluang untuk memenangi hadiah menarik apabila anda menyertai kempen cabutan bertuah ini hasil kerjasama antara KAF Digital Bank dan POD Savings!

 

Apakah kempen ini?

Bersempena Pelancaran Rasmi KAF Digital Bank yang akan datang, inisiatif khas telah diperkenalkan oleh KAF Digital Bank dan POD Savings untuk memberi ganjaran kepada pengguna yang mendaftar minat mereka dan menyelesaikan kegiatan CelikWang menerusi aplikasi POD Savings sepanjang tempoh pelancaran kempen.

 

Bagaimanakah cara untuk menyertai?

Langkah pertama, daftar minat anda! Layari https://www.onzbanking.com/ dan daftar minat anda dengan KAF Digital Bank. Ini langkah pertama anda ke arah pengalaman yang menarik!

Seterusnya, bersedialah untuk meneroka dunia CelikWang! Muat turun aplikasi POD Savings yang menarik ini dari App Store atau Google Play – gerbang utama anda ke arah pengalaman kewangan yang menyeronokkan, lengkap dengan ganjaran hebat! Sebaik sahaja anda berdaftar dalam aplikasi POD Savings, lengkapkan pembacaan SATU artikel CelikWang KAF untuk melayakkan diri menyertai cabutan bertuah eksklusif ini!

Makluman Penting: Semasa mendaftar dalam aplikasi POD Savings, pastikan anda menggunakan alamat e-mel yang sama seperti yang digunakan semasa anda mendaftar minat anda di ONZBanking. Ini penting untuk menghubungkan penyertaan cabutan bertuah anda dengan betul!

Setelah aplikasi KAF Digital Bank dilancarkan secara rasmi kelak kepada orang ramai, pastikan anda menyempurnakan langkah pembukaan akaun anda secara keseluruhan dalam aplikasi tersebut untuk melengkapkan penyertaan dan menikmati semua ciri penuh.

 

Apakah jenis kegiatan CelikWang yang perlu saya lakukan?

Anda hanya perlu melengkapkan SATU artikel CelikWang KAF dalam aplikasi POD untuk melayakkan penyertaan anda! Anda akan dimaklumkan bahawa aktiviti ini telah berjaya diselesaikan apabila anda menerima pengesahan pemberian mata ganjaran selepas membaca artikel tersebut.

 

Siapakah yang layak?

Semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang dapat melengkapkan pembukaan Akaun Simpanan di KAF Digital Bank. 

 

Perlukah saya menjadi pengguna baharu POD Savings, atau pengguna sedia ada juga boleh sertai jika mereka mendaftar minat dengan KAF Digital Bank?

Berita baik! Kempen ini terbuka kepada pengguna baharu dan sedia ada aplikasi POD Savings. Jika anda merupakan pengguna aplikasi POD Savings yang sedia ada, anda masih berpeluang untuk menyertai! Pastikan anda mendaftar minat anda dengan KAF Digital Bank di www.onzbanking.com. Daftar minat menggunakan alamat e-mel yang sama seperti yang digunakan dalam akaun aplikasi POD Savings anda semasa pendaftaran dengan KAF Digital Bank. Langkah ini penting bagi membolehkan kami memautkan penyertaan anda dengan tepat kepada kempen ini.

 

Jika saya sudah mempunyai akaun KAF Digital Bank, adakah saya masih perlu mendaftarkan minat sekali lagi untuk sertai cabutan bertuah ini?

Tidak perlu. Jika anda sudah mempunyai akaun KAF Digital Bank, anda tidak perlu mendaftar minat semula. Akaun sedia ada anda sudah memenuhi syarat tersebut.

 

Adakah terdapat bayaran untuk menyertai?

Tidak. Penyertaan adalah 100% percuma.

 

Bilakah tarikh akhir untuk menyertai?

Semua langkah perlu diselesaikan sebelum kempen ditutup. Tarikh akhir akan diumumkan melalui saluran rasmi media sosial KAF Digital Bank dan di laman OnzBanking. Untuk layak menyertai cabutan bertuah CelikWang ini, anda mesti menyertai dalam tempoh satu bulan selepas pelancaran rasmi kepada umum. Peserta yang mendaftar selepas tempoh ini akan terbatal kelayakan.

 

Bagaimanakah saya tahu jika saya telah berjaya menyertai?

Selepas mendaftar dan melengkapkan sekurang-kurangnya satu aktiviti, anda akan menerima pengesahan dalam aplikasi serta e-mel daripada KAF Digital Bank.

 

Bagaimanakah pemenang dipilih dan dimaklumkan?

Pemenang akan menerima notifikasi dalam aplikasi KAF Digital Bank sekiranya mereka terpilih. Pastikan anda sentiasa peka dengan pemberitahuan dalam aplikasi untuk maklumat penting!

 

Berapakah jumlah hadiah yang saya berpeluang untuk menangi?

Pemenang berpeluang menerima pelbagai hadiah eksklusif, termasuk Pakej Perjalanan untuk Dua orang ke Umrah atau destinasi percutian menarik yang lain, serta ganjaran baucar seperti Petronas Setel, MYRapid dan U-Mobile. Dan itu belum semuanya — lebih banyak hadiah menarik akan ditambah sepanjang kempen ini bagi memastikan pengalaman anda sentiasa mengujakan! 

Pastikan anda kerap mengunjungi www.onzbanking.com untuk mendapatkan kemas kini terkini dan maklumat lanjut.

 

Bolehkah saya menang lebih daripada sekali?

Tidak. Setiap peserta hanya layak untuk satu hadiah cabutan bertuah sahaja. Namun, anda masih boleh terus mengumpul ganjaran dalam aplikasi POD Savings!

 

Apakah peluang saya untuk menang?

Anda akan mendapat satu peluang penyertaan dalam cabutan hanya dengan melengkapkan sekurang-kurangnya satu rencana. Menyelesaikan rencana yang lebih tidak akan meningkatkan peluang menang bagin Cabutan Bertuah ini, walaubagaimanapun anda masih akan mendapat mata ganjaran POD yang boleh ditebus untuk perbajai ganjaran. Peluang memenangi cabutan bertuah ini bergantung secara langsung kepada jumlah keseluruhan peserta.

 

Adakah terdapat terma dan syarat khusus untuk menebus hadiah?

Ya, terdapat terma dan syarat khusus untuk penebusan hadiah. Pautan akan disediakan untuk anda membaca maklumat lengkap.

Nota: KAF Digital Bank berhak untuk meminda terma kempen, termasuk struktur hadiah atau syarat penebusan, pada bila-bila masa sebelum pengumuman rasmi pemenang. Sebarang perubahan akan dimaklumkan melalui saluran rasmi kami.

 

Nak jadi pengguna beruntung kami?

Jadi tunggu apa lagi? Ikuti 3 langkah mudah di atas dan mulakan dengan segera aktiviti anda lebih awal dan pastikan notifikasi e-mel serta aplikasi diaktifkan supaya anda tidak terlepas sebarang pengumuman hadiah!

simpanan cabutan bertuah

Adakah artikel ini membantu?

Tidak
Ya
Beri maklum balas tentang artikel ini.

Adakah Anda Tidak Menemui Apa yang Anda Cari?

Hantarkan soalan anda kepada kami, dan kami akan berusaha menyelesaikannya.

Hantarkan soalan anda

Soalan Lazim Berkaitan

  • Papan Pemuka Akaun Individu
  • Menaiktaraf Tahap
  • Mempertikaikan Sesuatu Urus Niaga atau Transaksi

2025 © Hak Cipta Terperlihara. KAF Digital Bank Berhad.

Expand