Apa Itu Aplikasi Mudah Alih KAF Digital Bank?
Aplikasi KAF Digital Bank
Memperkenalkan aplikasi KAF Digital Bank (KAF DB): Aplikasi Mudah Alih yang mesra pengguna, selamat dan tanpa halangan; padat dengan ciri-ciri terkini seperti
- Daftar Masuk Atas Talian tanpa kekangan
- Akses Terus kepada Pengurusan Akaun Perbankan
- Kemudahan Akaun Simpanan Qard Islamik
- Kad Debit Islamik Maya yang fleksibel
- Pembayaran dan Pemindahan tanpa halangan
- Kemudahan DuitNow QR,
- dan banyak lagi.
Aplikasi KAF Digital Bank dicipta dengan ciri-ciri keselamatan tertinggi untuk memberi anda pengalaman perbankan yang terbaik agar pengurusan kewangan anda sebati dengan gaya hidup moden rakyat Malaysia.
Kelayakan
Terokai dunia perbankan terkini. Semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas layak mendaftar.
Keserasian
Aplikasi KAF Digital Bank serasi dengan pelbagai peranti kerana ia menyokong Apple iOS versi 16 dan Android versi 13 sebagai keperluan minimum. Harap maklum bahawa aplikasi KAF Digital Bank tidak dapat menyokong peranti Huawei buat masa ini.
Tanpa mengira agama, bangsa, umur, keupayaan, dan latar belakang - kami di KAF Digital Bank mengalu-alukan ketibaan anda. Muat turun aplikasi KAF Digital Bank sekarang!
Adakah artikel ini membantu?
Adakah Anda Tidak Menemui Apa yang Anda Cari?
Hantarkan soalan anda kepada kami, dan kami akan berusaha menyelesaikannya.
Hantarkan soalan anda