Penggantian Kad Debit-i
Bagaimanakah cara untuk menggantikan kad debit-i anda?
Anda boleh meminta kad debit-i ganti melalui aplikasi KAF Digital Bank. Sila ambil maklum bahawa yuran penggantian kad mungkin dikenakan. [Lihat senarai penuh Yuran dan Caj kami di sini.]
Langkah-langkah untuk mengakses ciri ‘Ganti Kad’ dalam aplikasi
- Buka aplikasi KAF Digital Bank
- Tekan ‘Lagi’ di panel bawah
- Tekan ‘Urus Kad’
- Tekan ‘Ganti Kad’ dan ikuti langkah yang telah ditetapkan
Kad baharu anda akan dihantar dalam masa 7 - 14 hari bekerja, dan anda boleh mengaktifkannya apabila anda menerimanya.
Adakah artikel ini membantu?
Adakah Anda Tidak Menemui Apa yang Anda Cari?
Hantarkan soalan anda kepada kami, dan kami akan berusaha menyelesaikannya.
Hantarkan soalan anda