• Jawapan tidak ditemui? Sila hantarkan soalan anda di sini
Bahasa Melayu
English (UK)
Bahasa Melayu

Sila hubungi talian sokongan di +603 8744 3331 jika anda memerlukan bantuan

Selamat Datang ke Laman Hello@KAF

Selamat datang ke laman Hello@KAF - Sila ajukan pertanyaan anda kepada kami

Kirimkan soalan

Sila ajukan soalan anda di sini, dan kami akan berusaha untuk memberikan jawapan.

Please fill out the contact form below and we will reply as soon as possible.

  • Home
  • Perbankan Mudah Alih
  • Kad Debit-i

Pengurusan Transaksi Kad

Dalam dunia perbankan digital, mengawal transaksi dan had perbelanjaan anda adalah penting untuk mengurus kewangan anda dengan berkesan. Dengan aplikasi KAF Digital Bank (KAF DB), anda boleh menetapkan had transaksi dan menyemak sejarah transaksi anda dengan mudah hanya dengan beberapa klik di skrin telefon mudah alih anda. Panduan ini akan membawa anda mengikuti langkah-langkah mudah untuk menetapkan had transaksi dan melihat sejarah transaksi serta mengukuhkan keupayaan anda dalam mengawal kewangan.

 

Bagaimana Cara Untuk Menetapkan Had Transaksi

Urus perbelanjaan dengan menetapkan had transaksi dengan mudah:

  1. Melancarkan Aplikasi:

Buka aplikasi KAF Digital Bank anda dan log masuk.

  1. Mengakses Pengurusan Kad:

Cari ikon Menu yang berbentuk tiga garisan di bawah bahagian Papan Pemuka aplikasi. Pilih “Urus Kad”.

  1. Melawat Tab “Urus”:

Di dalam tab “Urus”, klik pada “Tetapan Had Transaksi”.

  1. Melaraskan Had:

Gunakan peleret untuk mengubah had berdasarkan “Peringkat” (Tahap) terkini anda.

  1. Mendapatkan Kod Pengesahan PIN:

Masukkan nombor keselamatan PIN 6-digit anda dan klik “Teruskan”.

  1. Perakuan Berjaya:

Lihat halaman perakuan berjaya dengan simbol semak. Klik “Selesai” untuk kembali ke skrin Pengurusan Kad. 

 

Bagaimana Cara Memeriksa Transaksi 

Semak sejarah transaksi anda dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Melancarkan Aplikasi:

Log masuk ke aplikasi KAF DB.

  1. Melayari Menu Pengurusan Kad:

Cari ikon Menu yang berbentuk tiga garisan di bawah bahagian Papan Pemuka aplikasi dan pilih “Urus Kad”.

  1. Pemilihan Tab "Transaksi":

Pilih “Transaksi” untuk melihat sejarah transaksi anda.

  1. Menyemak “Butiran Transaksi” Terpilih:

Terokai butiran transaksi termasuk jumlah, tarikh, masa, butiran pedagang/kedai, kategori, status, jenis, dan nombor rujukan. 

  1. Tempoh Sejarah Transaksi:

Sejarah transaksi akan disenaraikan sehingga 2 tahun. Anda boleh mendapatkan bantuan daripada Pusat Khidmat Pelanggan KAF Digital Bank yang juga merupakan WIRA KAF untuk mendapatkan sebarang penyata yang melebihi tempoh tersebut. 

 

Melalui aplikasi KAF DB, anda dapat menguruskan had transaksi dan semak sejarah transaksi anda dengan mudah dan pantas. Dengan mengikuti beberapa langkah yang diberikan, anda boleh mengubah had perbelanjaan selari dengan matlamat kewangan anda. Sama ada anda ingin mengesan perbelanjaan mahupun menetapkan had dalam belanjawan anda, aplikasi KAF DB memberikan kebebasan dalam mengawal kewangan anda dengan hanya pengawalan secara di hujung jari.

transaksi kad urus transaksi kad had penggunaan had perbelanjaan had debit had transaksi periksa sejarah transaksi

Adakah artikel ini membantu?

Tidak
Ya
Beri maklum balas tentang artikel ini.

Adakah Anda Tidak Menemui Apa yang Anda Cari?

Hantarkan soalan anda kepada kami, dan kami akan berusaha menyelesaikannya.

Hantarkan soalan anda

Soalan Lazim Berkaitan

  • Aktifkan Kad Anda
  • Menguruskan Kad Anda dan Fungsi-fungsinya (Skrin Pengurusan Kad)
  • Ganti Kad dan Butiran Kad (Pengendalian Kad)

2025 © Hak Cipta Terperlihara. KAF Digital Bank Berhad.

Expand