Ciri Keselamatan Kad Debit Islamik Maya KAF Digital Bank
Di KAF Digital Bank (KAF DB), keselamatan anda merupakan keutamaan kami. Kami melaksanakan sistem Pengesahan Berbilang Faktor (MFA) seperti PIN 6 angka yang kukuh untuk melindungi tetapan akaun dan kad debit Islamik anda. Panduan ini menggariskan ciri-ciri penting keselamatan, termasuk pengesahan MFA, proses pemulihan capaian akaun, dan langkah-langkah yang diambil untuk melindungi urus niaga dan kad debit islamik anda.
Pengesahan Berbilang Faktor ("Multi-Factor Authentication" (MFA)) PIN 6 Angka
- Sebarang tindakan di dalam Papan Pemuka Pengurusan Kad atau perubahan yang dibuat di dalam tetapan kad memerlukan Pengesahan Berbilang Faktor (MFA) berbentuk PIN 6 angka. MFA berbentuk 6 digit PIN ini bertujuan untuk melindungi penggunaan aplikasi ini, termasuklah semasa anda cuba membuat sebarang perubahan tetapan yang dibuat ke atas kad debit Islamik maya anda.
- Tindakan yang dimaksudkan adalah termasuk melihat butiran kad, penggantian kad, menetapkan had transaksi, memilih untuk menyertai atau tidak dalam transaksi dalam talian, memilih untuk menyertai atau tidak dalam transaksi luar negara, dan melihat butiran transaksi.
Proses Pemulihan Capaian Akaun untuk Beberapa Percubaan Gagal
- Percubaan gagal sebanyak lima kali beturut-turut semasa proses Pengesahan Berbilang Faktor(MFA) berbentuk PIN 6 angka akan menyebabkan proses pemulihan capaian akaun bermula.
- Pemulihan akaun akan melibatkan pengesahan dokumen pengenalan diri (kad pengenalan), pengecaman wajah (pengesahan imbasan wajah), dan semakan kecergasan (pengesahan identiti secara langsung).
PIN yang Berbeza dengan PIN 6 Angka semasa Pembelian Fizikal
- Pengesahan Berbilang Faktor (MFA) berbentuk PIN 6 angka adalah khusus bagi akaun dan capaian aplikasi, berbeza daripada PIN 6 angka yang telah digunakan bagi pembelian fizikal melalui terminal tempat jualan (mesin pembayaran kad).
Sekatan Akaun Sementara terhadap Kegagalan Berulang
- Tindakan melebihi 5 kali percubaan semasa Pengesahan Berbilang Faktor (MFA) berbentuk 6 angka akan menyebabkan sekatan sementara pada akaun anda, seterusnya menyekat kad yang dipautkan padanya.
Memulakan Proses Pemulihan Akaun
- Akaun yang telah disekat memerlukan proses pemulihan akaun dibuat.
- Proses ini melibatkan pengesahan dokumen pengenalan diri (kad pengenalan), pengecaman wajah (pengesahan imbasan wajah), dan semakan kecergasan (pengesahan identiti secara langsung).
Sekatan Urus niaga (Had Penggunaan Kad)
- Setelah akaun/kad disekat, kesemua urus niaga atas talian, termasuk pembayaran dagang elektronik seperti "Bayar menggunakan debit/kredit," adalah tidak dibenarkan.
- Pembayaran berulang dan dijadualkan akan dibatalkan secara automatik semasa proses sekatan.
Kesan Terhadap Urus niaga Selepas Kad/Akaun Disekat
- Sebarang status akaun/kad selain daripada 'Aktif' akan memberi implikasi sekatan terhadap pengeluaran wang daripada akaun.
- Urus niaga debit adalah dilarang, tetapi urus niaga kredit masih dibenarkan.
KAF Digital Bank amat komited dalam memastikan keselamatan kad debit Islamik anda melalui langkah-langkah yang menyeluruh seperti Pengesahan Berbilang Faktor (MFA) berbentuk PIN 6 angka dan proses keselamatan bagi memulihkan semula akaun. Dengan memahami ciri-ciri ini dan kesannya, anda boleh menguruskan Kad Debit Islamik KAF Digital Bank anda dengan lebih yakin, kerana anda sedar bahawa terdapat perlindungan kukuh untuk memeliharanya daripada capaian tidak sah dan aktiviti penipuan. Kekal selamat dengan KAF Digital Bank.
Adakah artikel ini membantu?
Adakah Anda Tidak Menemui Apa yang Anda Cari?
Hantarkan soalan anda kepada kami, dan kami akan berusaha menyelesaikannya.
Hantarkan soalan anda