• Jawapan tidak ditemui? Sila hantarkan soalan anda di sini
Bahasa Melayu
English (UK)
Bahasa Melayu

Sila hubungi talian sokongan di +603 8744 3331 jika anda memerlukan bantuan

Selamat Datang ke Laman Hello@KAF

Selamat datang ke laman Hello@KAF - Sila ajukan pertanyaan anda kepada kami

Kirimkan soalan

Sila ajukan soalan anda di sini, dan kami akan berusaha untuk memberikan jawapan.

Please fill out the contact form below and we will reply as soon as possible.

  • Home

Langkah-langkah untuk Menaik Taraf Tahap Anda

Di KAF Digital Bank, kami ingin memastikan pengalaman perbankan anda sentiasa berjalan lancar. Jadi, kami telah memastikan bahawa proses untuk anda menaik taraf akaun yang mudah dan lancar untuk anda.

Jika anda berminat, anda boleh menaik taraf tahap akaun anda daripada Akaun Simpanan-i Basic kepada Akaun Simpanan-i Premium. Pilihan segalanya di tangan anda. Akaun Simpanan-i Premium ni datang dengan pelbagai faedah dan keistimewaan yang memang direka khas untuk keperluan kewangan anda!

Berikut adalah panduan langkah demi langkah untuk menaik taraf akaun anda melalui aplikasi mudah alih KAF Digital Bank:

Kaedah Makluman

Anda boleh terus ke papan pemuka ‘Tahap Saya’ melalui pelbagai kaedah makluman, termasuklah menerusi pesanan dalam aplikasi, pautan langsung dalam e-mel, pemberitahuan segera (push notifications), atau banner pemasaran dalam aplikasi.

Langkah-Langkah Menaik Taraf melalui Penerokaan Sendiri

  1. Buka Aplikasi dan Log Masuk: Buka aplikasi dan log masuk menggunakan pengesahan biometrik (cap jari atau pengecaman wajah).
  2. Layari ‘Tahap Saya’: Klik pada menu tiga garisan ‘Lagi’ yang berada di bahagian bawah Papan Pemuka aplikasi.
  3. Memilih Tahap Saya: Pilih dan klik ‘Tahap Saya’ daripada menu pilhan yang ada.
  4. Kenal Pasti Status Tahap Anda: Tentukan Tahap akaun terkini anda dengan menekan pada tab ‘Basic Plus’ atau ‘Premium’. Setelah pembukaan akaun, akaun anda secara automatik merupakan sebuah Akaun Simpanan-i Basic.
  5. Semak Kelayakan Menaik Taraf: Sekiranya butang ‘Naik taraf Sekarang’ dalam aplikasi anda boleh ditekan, anda layak untuk menaik taraf Tahap akaun anda ke tahap yang seterusnya. Anda juga dapat melihat ciri-ciri dan faedah yang ditawarkan untuk akaun Premium pada tab ‘Premium’, bersama dengan langkah-langkah ringkas untuk menaik taraf.
  6. Mula Naik Taraf: Tekan pada butang ‘Naik taraf Sekarang’ pada bahagian bawah skrin anda.
  7. Sediakan Dokumen: Muat naik dokumen penting. Untuk menaik taraf daripada ‘Basic Plus’ kepada ‘Premium’, anda perlu menyediakan:
    • Penyata bank 3 bulan terkini.
    • Anda juga boleh memberikan SALAH SATU DOKUMEN berikut sebagai alternatif:
      • Slip Gaji
      • Borang EA
      • Komisen Bulanan
      • Penyata KWSP
  8. Hantar Permohonan: Tekan ‘Hantar’ untuk meneruskan permohonan naik taraf anda.
  9. Halaman Pengesahan: Halaman status ‘Berjaya!’ akan muncul setelah permohonan anda berjaya dihantar.
  10. Kembali ke Laman ‘Tahap Saya’: Tekan butang ‘Selesai’ untuk kembali ke laman ‘Laman Saya’.
  11. Proses Pengesahan: Sekarang, anda hanya perlu tunggu pihak KAF Digital Bank untuk semak maklumat dan dokumen yang anda muat naik. Kami akan maklumkan status permohonan anda melalui e-mel.

Semua permohonan yang berjaya akan dinaik taraf secara automatik ke ‘Tahap’ yang baru mengikut permohonan masing-masing, manakala status permohonan yang tidak berjaya akan dikekalkan pada ‘Tahap’ yang sedia ada. Panduan untuk menaik taraf Tahap akaun ini diharapkan dapat membantu anda.

 

langkah demi langkah naiktaraf akaun

Adakah artikel ini membantu?

Tidak
Ya
Beri maklum balas tentang artikel ini.

Adakah Anda Tidak Menemui Apa yang Anda Cari?

Hantarkan soalan anda kepada kami, dan kami akan berusaha menyelesaikannya.

Hantarkan soalan anda

Soalan Lazim Berkaitan

  • PENYATAAN SYARIAH
  • Status dan Perkembangan Terkini Urus Niaga (Transaksi) yang Dipertikaikan
  • Menyambung Semula Pendaftaran / Permohonan

2025 © Hak Cipta Terperlihara. KAF Digital Bank Berhad.

Expand