Panduan Mesra bagi Pengesahan Pengesahan Identiti Atas Talian (e-KYC) yang Lancar
Teknologi pengesahan identiti atas talian atau Electronic Know-Your-Customer (e-KYC) memudahkan pengesahan identiti anda. Ia menggantikan kertas kerja yang rumit dan proses panjang dengan teknologi digital yang lancar. Di KAF Digital Bank (KAF DB), kami menggunakan e-KYC untuk memastikan ketepatan dalam pengenalan dan pengesahan pelanggan dengan menggunakan kaedah pengesahan biometrik, pengecaman wajah, dan semakan kecergasan yang dianalisis oleh teknologi kecerdasan buatan. Ini meningkatkan keselamatan perbankan, menangani masalah kecurian identiti dan membanteras penipuan. Anda tidak perlu lagi ke cawangan bank untuk mengesahkan identiti. Hanya perlu mendaftar melalui aplikasi perbankan mudah alih kami.
Apa itu e-KYC?
Seperti yang dinyatakan, pengesahan identiti atas talian (e-KYC) adalah fungsi moden kami dalam pengesahan identiti. Daripada berurusan dengan proses yang panjang, e-KYC menggunakan teknologi digital untuk mengesahkan identiti melalui poengesahan biometrik, pengecaman wajah, dan semakan kecergasan. KAF Digital Bank menggunakan e-KYC untuk memastikan ketepatan dalam pengesahan identiti pelanggan, menjadikan proses lebih pantas dan mesra pengguna.
Ingin tahu sesuatu yang menarik? E-KYC bertujuan untuk melawan kecurian identiti, penipuan, dan perkara-perkara licik lain untuk memastikan keselamatan perbankan dan kewangan. Dalam istilah yang lebih mudah difahami, e-KYC adalah cara pintar untuk pengesahan identiti anda tanpa kesulitan seperti yang dialami jika kita mengikut cara lama. Masa untuk ucapkan selamat tinggal kepada mimpi ngeri ketika beratur panjang di bank.
Di KAF Digital Bank, semuanya berkisar mengenai kelajuan, keselamatan, dan segalanya yang memudahkan hidup anda. Anda tidak perlu lagi mengorek timbunan dokumen atau menunggu lama bagi menyelesaikan sesuatu permintaan. Dengan e-KYC, semuanya dilakukan dengan mudah jika anda mendaftar akaun KAF Digital Bank melalui aplikasi perbankan mudah alih kami.
Memastikan Agar e-KYC Selamat dan Mudah
- Pengesahan Dokumen:
Pertama sekali, kami perlu mengesahkan keaslian dokumen anda. Kami akan mengimbas kad pengenalan, pasport, dan dokumen berkaitan anda untuk memastikan keabsahannya.
- Semakan Biometrik:
Proses ini menggunakan teknologi canggih. Kami menggunakan teknik-teknik termaju seperti imbasan wajah dan ujian kecergasan (semakan pengesahan identiti) yang melibatkan pergerakan kepala untuk mengesahkan identiti anda dan juga memastikan ianya bukan sekadar gambar atau video.
Di KAF Digital Bank, kami akan menjaga maklumat peribadi anda agar selamat dan mudah untuk digunakan.
Bagaimanakah cara untuk menguasai e-KYC Anda?
Pengesahan Dokumen e-KYC – Petua Terbaik:
- Elakkan Silau: Pastikan tiada cahaya berkilau menghalang kad pengenalan anda semasa memaparkannya ke kamera.
- Kekalkan Kejelasan: Pastikan kamera anda stabil untuk gambar yang jelas.
- Pendedahan Penuh dan Lengkap: Tunjukkan keseluruhan dokumen ID anda dalam bingkai, tanpa mana-mana sudut yang tersembunyi.
Semakan Biometrik – Peraturan Mudah:
Ikuti Arahan Mudah: Hanya ikut langkah yang disediakan. Jangan risau, kami akan membimbing anda sepanjang proses pembukaan akaun KAF Digital Bank melalui aplikasi perbankan mudah alih kami.
Itu sahaja! Dengan mengingati kaedah-kaedah ini, anda dapat mengendalikan proses e-KYC dengan lancar. Jika anda memerlukan bantuan, tidak perlu teragak-agak untuk menghubungi kami melalui talian bantuan atau kotak sembang yang tersedia!
Pemeriksaan Pangkalan Data atau Pengesahan Identiti:
Anda akan menjalani proses pengesahan terhadap pangkalan data pihak ketiga untuk memastikan kewujudan identiti yang sah dan Penyaringan Senarai Pantauan Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML).
- Penyaringan Senarai Pantauan Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML): Untuk mengenal pasti profil berisiko tinggi, perbandingan maklumat dengan senarai pantauan antarabangsa, senarai sekatan, senarai Orang yang Terdedah Secara Politik (Politically Exposed Person / PEP), dan sumber media yang menunjukkan khabar negatif.
Mengapa saya perlu melakukan e-KYC?
Dengan menjalankan e-KYC, KAF Digital Bank akan mencapai objektif berikut:
- Mengurangkan penipuan yang berpunca daripada penyembunyian identiti dan segaligus menggagalkan apa-apa usaha pengubahan wang haram dan aktiviti haram lain melalui prosedur mudah dan pantas, yang menggunakan sistem automatik.
- Membolehkan pengesahan e-KYC dari mana-mana lokasi dan pada bila-bila masa dengan sambungan internet, dan tanpa keperluan untuk lawatan fizikal ke cawangan.
- Mempercepatkan proses KYC.
Menginovasikan teknologi e-KYC di KAF Digital Bank segalanya berkisarkan mengenai kelajuan, keselamatan, dan kesederhanaan. Dengan mendigitalkan proses pengesahan, kami menghapuskan keperluan dokumentasi fizikal dan mengurangkan masa anda dalam pembukaan akaun. Proses e-KYC kami yang merangkumi pengesahan dokumen dan pemeriksaan biometrik, akan memastikan identiti anda disahkan dengan tepat dan cekap. Pendekatan ini bukan sahaja mencegah penipuan dan pengubahan wang haram tetapi juga membolehkan anda melengkapkan pengesahan dari mana-mana sahaja, pada bila-bila masa. Di KAF Digital Bank, kami komited untuk memastikan pengalaman perbankan anda selamat dan mudah, memberi kuasa kepada anda untuk mengurus kewangan anda dengan yakin dan mudah.
Adakah artikel ini membantu?
Adakah Anda Tidak Menemui Apa yang Anda Cari?
Hantarkan soalan anda kepada kami, dan kami akan berusaha menyelesaikannya.
Hantarkan soalan anda