• Jawapan tidak ditemui? Sila hantarkan soalan anda di sini
Bahasa Melayu
English (UK)
Bahasa Melayu

Sila hubungi talian sokongan di +603 8744 3331 jika anda memerlukan bantuan

Selamat Datang ke Laman Hello@KAF

Selamat datang ke laman Hello@KAF - Sila ajukan pertanyaan anda kepada kami

Kirimkan soalan

Sila ajukan soalan anda di sini, dan kami akan berusaha untuk memberikan jawapan.

Please fill out the contact form below and we will reply as soon as possible.

  • Home
  • Perbankan Mudah Alih
  • Akaun Simpanan-i

Mengenai Tahap Kami

Di KAF Digital Bank (KAF DB), kami menawarkan akaun simpanan berperingkat yang direka khas untuk memenuhi keperluan kewangan anda. Sama ada anda memilih Akaun Simpanan-i Basic Plus atau menaik taraf kepada Akaun Simpanan-i Premium, anda dijamin akan menikmati pengalaman perbankan yang terbaik. Struktur bertahap kami memastikan bahawa semakin meningkat status kewangan anda, semakin mendalam juga maklumat yang tersedia untuk anda.

Berikut adalah gambaran keseluruhan struktur bertahap kami, maklumat yang diperlukan untuk setiap jenis akaun, dan ciri serta had yang berbeza yang berkaitan dengannya.

Struktur Tahap

  • Akaun Simpanan-i Basic: Tahap ini akan diaktifkan secara automatik selepas anda selesai proses pendaftaran. Ini termasuklah berjaya menghantar permohonan pendaftaran, akaun anda diaktifkan, dan anda dah buat deposit awal.
  • Akaun Simpanan-i Premium: Untuk naik taraf ke tahap ini pula, anda perlu menghantar dokumen tambahan. Ini untuk memastikan anda dapat menikmati semua manfaat dan keistimewaan yang ditawarkan oleh Tahap Premium.

Maklumat yang Diperlukan untuk Setiap Peringkat

Akaun Simpanan Asas-i: Bila anda memulakan perjalanan perbankan dengan KAF Digital Bank, akaun "Basic Plus" ni adalah asas untuk maklumat peribadi anda. Anda perlu sediakan butiran berikut:

  • Alamat e-mel
  • Nama penuh
  • Nombor Kad Pengenalan / Nombor Passport
  • Alamat Kediaman & Alamat Surat-menyurat (alamat penuh termasuk poskod, bandar, negeri, dan negara)
  • Tarikh Lahir
  • Kewarganegaraan
  • Nombor Telefon
  • Tahap Pendapatan Bulanan
  • Maklumat Pekerjaan (pekerjaan terkini, industri pekerjaan, nama majikan)
  • Tujuan pembukaan akaun
  • Sumber dana
  • Deposit Kali Pertama: Deposit minimum RM10, dipindahkan daripada akaun bank anda sendiri dari bank lain. Akaun anda daripada bank lain tersebut mestilah bukan dari mana-mana bank digital, dompet digital & bukan bank luar negara.

Akaun Simpanan-i Premium: Untuk menaik taraf ke tahap Premium, anda perlu menyediakan dokumen sokongan. Tahap ini bukan sahaja tentang naik taraf akaun, tetapi juga untuk membantu melancarkan dan mempercepatkan pertumbuhan kewangan anda dengan dokumen yang lebih komprehensif.

  • Penyata bank 3 bulan terkini.
  • Anda juga boleh memberikan SALAH SATU daripada yang berikut sebagai alternatif:
    • Slip Gaji
    • Borang EA (ringkasan pendapatan pekerjaan)
    • Komisen Bulanan
    • Penyata KWSP

Perbezaan Setiap Tahap

Tahap Premium menawarkan pelbagai kelebihan yang lebih menarik berbanding tahap Basic. Berikut adalah perbandingan had bagi kedua-dua akaun ini:

Perkara

Akaun Simpanan-i Basic

Akaun Simpanan-i Premium

Had Debit (Aliran Keluar Dana) Bulanan

RM20,000

RM200,000

Had Transaksi Setiap Urus Niaga

RM5,000

RM50,000

 

Had debit merangkumi jumlah perbelanjaan, transaksi kad debit-i, dan pemindahan. Ini termasuklah pemindahan intrabank (antara akaun KAF DB), pemindahan DuitNow ID, DuitNow QR (individu ke individu atau kepada peniaga), DuitNow Intrabank Transfers, DuitNow Transfers (melalui nombor akaun atau ID seperti nombor telefon bimbit, nombor NRIC, nombor pasport, nombor pendaftaran perniagaan, dan nombor kad pengenalan tentera/polis), serta transaksi kad debit VISA (secara maya atau fizikal, sama ada kad ada atau tiada ketika transaksi).

Maklumat Pengguna (Tetapan Profil)

Beberapa maklumat boleh dikemas kini selepas pengaktifan akaun, akan tetapi terdapat beberapa dokumen tertentu tidak boleh dikemas kini selepas menaik taraf ke tahap Premium.

Maklumat yang boleh dikemas kini selepas pengaktifan akaun:

  • Butiran maklumat peribadil (Nama penuh, nama panggilan, tarikh lahir, kewarganegaraan, jenis pengenalan, nombor kad pengenalan / nombor pasport)
  • Butiran hubungan (alamat e-mel dan nombor telefon)
  • Butiran alamat (Alamat penuh termasuk poskod, bandar, negeri, dan negara)
  • Butiran pekerjaan (pendapatan bulanan, pekerjaan terkini, industri pekerjaan, nama majikan terkini, tujuan pembukaan akaun, sumber dana diperoleh)

Dokumen yang tidak dapat dikemas kini selepas akaun berjaya dinaik taraf ke tahap Premium:

  • Penyata gaji / pendapatan
  • Penyata Imbuhan untuk Pekerja Swasta / Borang EA (ringkasan pendapatan pekerjaan)
  • Penyata komisen bulanan
  • Penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  • Penyata bank 3 bulan terkini

Memilih akaun simpanan yang betul di KAF Digital Bank adalah kunci untuk mencari keseimbangan kewangan yang ideal. Sistem bertahap kami memastikan keperluan perbankan anda dipenuhi dengan kemudahan dan keselamatan.

 

 

berperingkat tahap

Adakah artikel ini membantu?

Tidak
Ya
Beri maklum balas tentang artikel ini.

Adakah Anda Tidak Menemui Apa yang Anda Cari?

Hantarkan soalan anda kepada kami, dan kami akan berusaha menyelesaikannya.

Hantarkan soalan anda

Soalan Lazim Berkaitan

  • Pra-Log Masuk bagi Pengguna Baharu
  • Pra-Log Masuk bagi Pengguna Sedia Ada
  • Pra-Pendaftaran / Pra-Permohonan

2025 © Hak Cipta Terperlihara. KAF Digital Bank Berhad.

Expand