Tetapan Bahasa
Dalam memenuhi aspek kepelbagaian dan keterangkuman, KAF Digital Bank (KAF DB) menawarkan anda pelbagai pilihan bahasa demi memenuhi pilihan anda. Sama ada anda lebih selesa menggunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris dalam aktiviti perbankan anda, platform kami memastikan anda boleh melayari pengalaman perbankan anda dengan lancar, menggunakan bahasa yang menjadi pilihan anda.
Menghayati Perbankan Berbilang Bahasa
- Log Masuk Aplikasi:
Lancarkan aplikasi dan log masuk menggunakan cap jari atau pengecaman wajah.
- Membuat Capaian ke Papan Pemuka:
Pada Papan Pemuka, cari arca Menu tiga garisan yang berada pada bahagian bawah dan kanan skrin.
- Melayari Tetapan:
Daripada pilihan menu, pilih "Tetapan" untuk membuat capaian ke pusat penyesuaian.
- Keutamaan Profil:
Di dalam Tetapan Papan Pemuka, di bawah kategori "Profil," pilih "Capaian e-Perbankan".
- Pilih Bahasa Anda:
Terokai tetapan "Bahasa" untuk memilih bahasa pilihan anda.
- Sahkan Pilihan Anda:
Selepas anda memilih bahasa yang diingini, tetapkan pilihan anda dengan menekan "Kemaskini Bahasa".
Nota Tambahan untuk Tetapan Bahasa:
- Bahasa utama ditetapkan pada Bahasa Malaysia.
- Pilihan bahasa terkini merangkumi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Dengan adanya pilihan berbilang bahasa, KAF Digital Bank membuktikan aspek keutamaan dalam keterangkuman dan kebolehcapaian dengan adanya pilihan perbankan yang berbilang bahasa. Hal ini membolehkan anda untuk mengawal aktiviti perbankan anda dengan mudah, menggunakan bahasa pilihan anda. Sama ada anda memilih Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris, platform kami dicipta untuk menyediakan kemudahan, memastikan pengalaman perbankan yang mesra pengguna dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat.
Adakah artikel ini membantu?
Adakah Anda Tidak Menemui Apa yang Anda Cari?
Hantarkan soalan anda kepada kami, dan kami akan berusaha menyelesaikannya.
Hantarkan soalan anda