Privasi Anda Sangat Bernilai: Ketahuilah Bagaimana Kami Melindungi Data Peribadi Anda
Di KAF Digital Bank (KAF DB), menghormati hak privasi pelanggan kami. Kami komited untuk mengekalkan tahap keselamatan yang tinggi terhadap data peribadi anda tanpa meletakkannya dalam risiko. Ketelusan adalah kunci, dan kami akan terus bersikap telus dalam menguruskan data peribadi anda. Artikel ini menggariskan mengapa kami mengumpul data anda, bagaimana kami memastikan ketepatan, dan juga menyediakan pilihan kepada anda untuk menguruskan maklumat dan mengemaskini data.
Mengapa Kami Mengumpul Data Peribadi Anda?
Di KAF Digital Bank, tujuan kami mengumpul, menyemak dan memproses data anda adalah untuk memenuhi keperluan kawal selia, menyediakan perkhidmatan perbankan digital yang selamat, menambahbaik produk, dan mempertingkatkan pengalaman anda. Kami memastikan bahawa hanya anda yang membuat permohonan akaun perbankan dan bukannya akaun palsu. Kami tidak akan memproses data anda tanpa persetujuan anda. Secara ringkas, kami memproses data peribadi anda untuk menyediakan produk dan perkhidmatan kepada anda.
Mengetahui Perkembangan Terkini
Di KAF Digital Bank, kami komited untuk menyediakan promosi yang sepadan dengan anda dan memaklumkan anda tentang produk dan perkhidmatan kami yang terkini. Kami sentiasa memberikan pelanggan kami pilihan, sama ada memilih untuk menyertai atau berkecuali daripada mendapatkan promosi dan perkembangan terkini.
Mengesahkan Ketepatan Data
Semua pelanggan kami dikehendaki untuk memberikan maklumat yang tepat, boleh dipercayai dan terkini. Dengan inovasi digital baru kami, anda sentiasa boleh mengemaskini maklumat anda melalui Aplikasi KAF Digital Bank.
Di KAF Digital Bank, kami menjaga data peribadi anda dengan teliti dan penuh bertanggungjawab untuk melindunginya. Dengan memahami tujuan pengumpulan data peribadi anda, menyimpan maklumat anda yang terkini, dan membuat pilihan yang berinformasi mengenai promosi dan kemas kini, anda akan dapat menikmati pengalaman perbankan yang selamat dan dipadankan. Kami memelihara privasi data anda sambil menyediakan penyelesaian perbankan inovatif dan mudah. Privasi dan keselamatan anda adalah keutamaan kami.
Adakah artikel ini membantu?
Adakah Anda Tidak Menemui Apa yang Anda Cari?
Hantarkan soalan anda kepada kami, dan kami akan berusaha menyelesaikannya.
Hantarkan soalan anda