Memahami Had Pindahan DuitNow
Di KAF Digital Bank, had pindahan DuitNow anda ditetapkan mengikut peringkat akaun anda. Had ini adalah tetap dan tidak boleh diubah secara manual melalui aplikasi buat masa ini.
Apakah Had DuitNow Semasa?
Berikut adalah had pindahan DuitNow mengikut tahap akaun anda:
Had ini terpakai untuk semua transaksi keluar, termasuk pindahan DuitNow, pembayaran QR, dan transaksi kad debit.
Bolehkah Saya Meningkatkan Had DuitNow Saya?
Ya, anda boleh menikmati had yang lebih tinggi dengan menaik taraf akaun anda daripada Basic Plus Savings Account-i ke Premium Savings Account-i.
Cara untuk menaik taraf:
- Log masuk ke aplikasi KAF Digital Bank.
- Klik ke “Lagi” dan “Tahap Saya”.
- Hantar dokumen sokongan anda (contohnya: penyata bank pengkreditan gaji 3 bulan, slip gaji terkini, atau penyata KWSP).
- Setelah diluluskan, had baharu anda akan diaplikasii secara automatik.
Anda boleh dapatkan maklumat lanjut di pautan ini: Menaiktaraf daripada Akaun Simpanan Asas-i ke Akaun Simpanan Premium-i
Adakah Saya Akan Diminta Mengesahkan Pindahan Besar?
Ya, atas sebab keselamatan, sebarang transaksi DuitNow melebihi RM10,000 akan memerlukan pengesahan swafoto. Sila lengkapkan arahan pengesahan dalam aplikasi untuk meneruskan pindahan.
Perlukan Bantuan?
Kami sedia membantu anda. Jika anda mempunyai soalan atau memerlukan bantuan, hubungi perkhidmatan pelanggan WIRA KAF di +603 8744 3331 atau Hello@kaf.com.my.
Adakah artikel ini membantu?
Adakah Anda Tidak Menemui Apa yang Anda Cari?
Hantarkan soalan anda kepada kami, dan kami akan berusaha menyelesaikannya.
Hantarkan soalan anda