Sistem Peringkat KAF Digital Bank
Di KAF Digital Bank (KAF DB), kami menawarkan akaun simpanan dengan ciri peringkat (atau Tier) untuk memenuhi keperluan kewangan anda. Sama ada anda memilih Akaun Simpanan Asas-i atau menaik taraf kepada Akaun Simpanan Premium-i, kami memastikan pengalaman perbankan yang lancar hanya untuk anda. Selami artikel ini dengan lebih lanjut untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tahap peringkat yang kami tawarkan, maklumat yang diperlukan untuk setiap jenis akaun dan ciri serta had berbeza bagi setiap akaun.
Di KAF Digital Bank (KAF DB), kami menawarkan akaun simpanan dengan ciri peringkat (atau Tier) untuk memenuhi keperluan kewangan anda. Sama ada anda memilih Akaun Simpanan Asas-i atau menaik taraf kepada Akaun Simpanan Premium-i, kami memastikan pengalaman perbankan yang lancar hanya untuk anda. Selami artikel ini dengan lebih lanjut untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tahap peringkat yang kami tawarkan, maklumat yang diperlukan untuk setiap jenis akaun dan ciri serta had berbeza bagi setiap akaun.
Tahap Peringkat
Akaun Simpanan Asas-i: Peringkat permulaan bagi semua pelanggan yang baru sahaja selesai mendaftar.
Akaun Simpanan Premium-i: Memerlukan penghantaran dokumen tambahan.
Maklumat yang Diperlukan untuk Akaun Simpanan Asas-i
- Alamat e-mel
- Nama penuh
- Nombor Kad Pengenalan / Nombor Passport
- Alamat Kediaman / Alamat Surat-menyurat
- Tarikh Lahir
- Kewarganegaraan
- Nombor Telefon
- Tahap Pendapatan
- Maklumat Pekerjaan
- Sifat pekerjaan
- Industri pekerjaan
- Nama majikan
- Tujuan pembukaan akaun
- Sumber dana
Dokumen yang Diperlukan untuk Akaun Simpanan Premium-i
- Penghantaran dokumen berkaitan dengan pekerjaan, sifat pekerjaan, jenis industri, nama majikan, tujuan pembukaan akaun, dan sumber dana.
Menaik taraf Peringkat
- Selepas akaun berjaya diaktifkan, anda akan menerima Akaun Simpanan Asas-i.
- Jika anda berminat untuk mempunyai akaun Premium, anda boleh menaiktaraf akaun sedia ada anda kepada Akaun Simpanan Premium-i dengan memuat naik beberapa dokumen sokongan.
- Keputusan untuk menaik taraf adalah secara sukarela dan dilakukan oleh pihak pelanggan.
- Semua permohonan yang berjaya akan dinaik tarafkan kepada Peringkat masing-masing yang berkaitan.
- Permohonan yang tidak berjaya akan mengekalkan anda di Peringkat yang sama.
Menurunkan taraf Peringkat
- Menurunkan taraf Peringkat perlulah dilaksanakan secara manual dengan pihak Pusat Khidmat Pelanggan KAF Digital Bank (WIRA kami).
- Anda perlu menghubungi kami untuk memprosesnya secara manual.
Perbezaan Mengikut Setiap Peringkat
Pengiraan Had Debit (Aliran Dana Keluar)
Had debit mengambil kira jumlah perbelanjaan, urus niaga kad debit-i, dan pemindahan, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
- Pemindahan intrabank (KAF DB ke KAF DB)
- Pemindahan DuitNow ID
- Pemindahan DuitNow QR rakan ke rakan
- Pemindahan DuitNow QR ke kedai/pedagang
- Pemindahan antara bank DuitNow
- Urus niaga atas talian dan luar negara (Kad VISA melalui kaedah transaksi Kad Tidak Hadir)
- Urus niaga kad fizikal / terminal POS di kaunter pembayaran ( Kad VISA melalui kaedah transaksi Kad Hadir)
Memilih akaun simpanan yang betul di KAF Digital Bank adalah kunci untuk mencari keseimbangan kewangan yang ideal. Sistem Peringkat kami memastikan keperluan perbankan anda dipenuhi dengan kemudahan dan keselamatan, sama ada anda memilih Akaun Simpanan Asas-i atau Akaun Simpanan Premium-i. Naik taraf atau turun taraf mengikut keperluan anda. KAF Digital Bank sentiasa bersedia menyokong perjalanan kewangan anda.
Adakah artikel ini membantu?
Adakah Anda Tidak Menemui Apa yang Anda Cari?
Hantarkan soalan anda kepada kami, dan kami akan berusaha menyelesaikannya.
Hantarkan soalan anda