• Jawapan tidak ditemui? Sila hantarkan soalan anda di sini
Bahasa Melayu
English (UK)
Bahasa Melayu

Sila hubungi talian sokongan di +603 8744 3331 jika anda memerlukan bantuan

Selamat Datang ke Laman Hello@KAF

Selamat datang ke laman Hello@KAF - Sila ajukan pertanyaan anda kepada kami

Kirimkan soalan

Sila ajukan soalan anda di sini, dan kami akan berusaha untuk memberikan jawapan.

Please fill out the contact form below and we will reply as soon as possible.

  • Home
  • Perbankan Mudah Alih
  • Akaun Simpanan-i

Arca Menu Tiga Garisan (Menu Lagi)

Melayari pelbagai ciri dan pilihan dalam aplikasi KAF Digital Bank (KAF DB) adalah sangat mudah, berdasarkan kemahuan anda, demi meningkatkan lagi pengalaman perbankan anda. Ketahui lebih lanjut tentang pelbagai ciri yang tersedia di dalam menu 'Lagi', yang menyediakan kemudahan akses kepada pelbagai fungsi yang sejajar dengan keperluan anda.

 

Menerokai Pilihan Lanjut

  1. Proses Masuk yang Mudah:

Mula dengan melancarkan aplikasi dan log masuk menggunakan cap jari anda atau pengecaman wajah.

  1. Melayari Papan Pemuka:

Pada Papan Pemuka, cari bar menu yang berada pada bahagian bawah skrin.

  1. Melayari Akaun Individu:

Cari senarai akaun anda dan tekan pada akaun tertentu yang anda ingin terokai.

(Nota tambahan: Buat masa ini, hanya satu akaun sahaja disokong bagi setiap pegguna)

  1. Membuat Capaian Pilihan Lanjut:

Tekan pada arca menu tiga garisan yang berada di bahagian bawah skrin anda.

 

Kandungan Lanjut

  • Akaun:

Terokai senarai akaun sedia ada anda dengan baki setiap akaun tersebut.

  • Pemberitahuan:

Kekal maklum mengenai pemberitahuan penting yang disesuaikan untuk anda. 

  • Pesanan:

Capai mesej dan komunikasi penting anda dalam aplikasi.

  • SecureKAF:

Urus permintaan SecureKAF anda untuk tingkatkan keselamatan. 

  • Peringkat Saya (Tahap):

Terokai status terkini peringkat anda di dalam program Peringkat aplikasi.

  • Urus Kad:

Kawal dan sesuaikan tetapan berkaitan dengan kad maya anda dengan mudah.

  • Urus Transaksi:

Selami pengurusan transaksi terperinci, termasuk penjadualan, menyunting, dan membatalkan dengan lebih mendalam. 

  • Urus Kegemaran:

Kawal transaksi kegemaran anda dengan tetapan yang boleh dilaraskan dengan mudah. 

  • Transaksi yang Dipertikaikan: 

Nyatakan dan uruskan setiap transaksi yang dipertikaikan dengan lancar.

  • Tetapan:

Capai dan persiapkan pelbagai tetapan untuk menyesuaikan aplikasi mengikut kehendak anda.

  • Pusat Bantuan:

Dapatkan bantuan dan panduan melalui Pusat Bantuan dalam aplikasi.

  • Hantar Maklum Balas:

Kongsi pandangan, cadangan, atau maklum balas anda untuk menyumbang kepada penambahbaikan aplikasi.

 

Dengan adanya pilihan arca menu tiga garisan (Menu Lagi) yang sedia ada dalam aplikasi KAF Digital Bank, aktiviti menguruskan kewangan anda dan membuat capaian pantas ke perkhidmatan perbankan penting kini menjadi lebih mudah. Daripada menyemak baki akaun untuk menguruskan transaksi dan menyesuaikan tetapan, aplikasi kami memberi segala kawalan di hujung jari anda. Sama ada anda memerlukan bantuan atau ingin memberikan maklum balas, anda hanya perlu menekan arca menu tiga garisan (Menu Lagi) yang menyediakan capaian mudah ke semua ciri dan rujukan yang anda perlukan untuk merasai pengalaman tanpa halangan dalam aktiviti perbankan.

menu lebih ikon menu menu lain menu tambahan ciri tambahan 3 garis perkhidmatan lain

Adakah artikel ini membantu?

Tidak
Ya
Beri maklum balas tentang artikel ini.

Adakah Anda Tidak Menemui Apa yang Anda Cari?

Hantarkan soalan anda kepada kami, dan kami akan berusaha menyelesaikannya.

Hantarkan soalan anda

Soalan Lazim Berkaitan

  • Pra-Log Masuk bagi Pengguna Baharu
  • Pra-Log Masuk bagi Pengguna Sedia Ada
  • Pra-Pendaftaran / Pra-Permohonan

2025 © Hak Cipta Terperlihara. KAF Digital Bank Berhad.

Expand