Terma dan Syarat untuk Kempen Cabutan Bertuah CelikWang KAF Digital Bank dan POD 🎉
1. PengenalanÂ
Terma dan syarat ini ("Terma") mengawal Kempen Cabutan Bertuah CelikWang KAF Digital Bank dan POD ("Kempen"). Dengan menyertai kempen ini, anda bersetuju untuk mematuhi segalaTerma ini. Jika anda tidak bersetuju, anda boleh memilih untuk tidak sertai.
2. PenganjurÂ
Kempen ini dianjurkan oleh KAF Digital Bank Sdn. Bhd. ("KAF Digital Bank") dengan kerjasama SaphX Technologies Sdn. Bhd. ("POD") (secara kolektif dirujuk sebagai "Penganjur").
3. Tempoh KempenÂ
Kempen ini berlangsung dari tarikh mula hingga tarikh tutup, kedua-duanya akan diumumkan di saluran media sosial rasmi KAF Digital Bank (contoh: X, Instagram, Facebook). KAF Digital Bank berhak untuk mengemas kini semula tempoh kempen dan syarat penyertaan dengan notis awal, dan berhak untuk membatalkan penyertaan yang tidak memenuhi kriteria kelayakan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Anda mesti mendaftar minat anda sebelum pelancaran awam KAF Digital Bank, dengan tarikh sebenar akan diumumkan di laman media sosial rasmi KAF Digital Bank. Langkah-langkah lain, termasuk melengkapkan bacaan satu artikel Literasi Kewangan KAF dan proses daftar masuk (onboarding) dengan aplikasi KAF Digital Bank, mesti diselesaikan sebelum tempoh kempen tamat
4. KelayakanÂ
Terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang memenuhi syarat kelayakan untuk membuka Akaun Simpanan dengan KAF Digital Bank, mengikut undang-undang yang terpakai dan dasar pembukaan akaun Bank yang berkuat kuasa. Pekerja KAF Digital Bank dan SaphX Technologies tidak layak untuk sertai kempen ini. Jika anda adalah salah seorang Pengguna Fasa Perintis yakni Pengguna KAF Digital Bank yang sedia ada, anda secara automatik layak dan tidak perlu mendaftar minat semula. Kami berhak untuk membatalkan kelayakan anda daripada kempen jika anda memberikan maklumat palsu, cuba memanipulasi kempen (contoh: melalui akaun penipuan), melanggar terma kami, atau terlibat dalam sebarang aktiviti yang mencurigakan.
5. Cara PenyertaanÂ
Untuk menyertai, anda mesti:
- Daftarkan minat anda di laman web ONZBanking sebelum pelancaran awam. Tarikh kempen rasmi akan diumumkan di media sosial KAF Digital Bank.
- Muat turun aplikasi POD dari App Store atau Google Play.
- Gunakan alamat e-mel yang sama untuk akaun aplikasi POD anda seperti yang anda gunakan untuk pendaftaran minat di laman ONZBanking.
- Lengkapkan sekurang-kurangnya satu artikel Literasi Kewangan KAF dalam aplikasi POD untuk mendapatkan penyertaan cabutan bertuah anda (disahkan dengan menerima mata ganjaran).
- Selepas pelancaran awam, lengkapkan proses daftar masuk penuh dalam aplikasi KAF Digital Bank sebelum kempen tamat.
Penting: Anda mesti mendaftar minat anda sebelum pelancaran rasmi untuk layak menyertai cabutan bertuah. Pendaftaran lewat tidak akan layak, walaupun anda melengkapkan langkah-langkah lain.
6. HadiahÂ
Hadiah termasuk barangan cenderamata eksklusif, baucar, gajet, serta pelbagai ganjaran lain seperti yang diumumkan dalam hebahan rasmi kempen di media sosial dan laman web KAF Digital Bank.Â
Semua hadiah akan diberikan seperti yang tersedia dan mungkin berbeza dari segi rupa atau penerangan berbanding dengan bahan promosi. Jumlah keseluruhan serta nilai hadiah akan diumumkan secara berasingan melalui saluran rasmi.
Setiap peserta hanya layak memenangi satu hadiah cabutan bertuah, namun masih boleh memperoleh ganjaran tambahan dalam aplikasi melalui penggunaan aplikasi POD.
KAF Digital Bank berhak untuk mengubah struktur hadiah atau mekanisme pengagihan pada bila-bila masa sebelum proses pemilihan pemenang. Sebarang perubahan penting akan dimaklumkan melalui saluran rasmi.
Semua keputusan oleh KAF Digital Bank berkaitan kempen ini — termasuk pemilihan pemenang dan pentafsiran terma — adalah muktamad dan mengikat.
Sebarang rayuan, surat-menyurat atau pertikaian tidak akan dilayan.
7. Penyertaan dan KebarangkalianÂ
Anda menerima satu penyertaan ke dalam cabutan bertuah dengan melengkapkan sekurang-kurangnya satu artikel Literasi Kewangan KAF dalam aplikasi POD, dan memenuhi semua syarat kelayakan lain di bawah Terma ini, anda akan layak menerima satu penyertaan kempen cabutan bertuah . Jikan anda melengkapkan artikel tambahan, ini tidak akan meningkatkan kebarangkalian kemenangan anda, kerana setiap peserta terhad kepada satu penyertaan. Pendaftaran atau penyertaan berganda oleh individu yang sama menggunakan akaun, alamat e-mel atau identiti yang berbeza adalah dilarang sama sekali. KAF Digital Bank berhak untuk membatalkan kelayakan mana-mana peserta yang disyaki terlibat dalam tingkah laku tersebut. Kebarangkalian untuk menang bergantung kepada jumlah penyertaan layak yang diterima sehingga tarikh tutup kempen.
8. Pemilihan PemenangÂ
Pemenang akan dipilih melalui cabutan rawak yang dijalankan oleh KAF Digital Bank selepas tarikh tamat kempen. Keputusan Penganjur mengenai semua perkara berkenaan kempen, termasuk pemilihan pemenang, dan tafsiran Terma ini adalah muktamad.
9. Pengumuman PemenangÂ
Pemenang akan dimaklumkan melalui pemberitahuan dalam aplikasi KAF Digital Bank dan hantaran e-mel ke alamat yang telah didaftarkan. Anda bertanggungjawab untuk memastikan maklumat hubungan anda adalah tepat dan tetapan pemberitahuan telah diaktifkan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan atau kegagalan pemberitahuan yang berpunca daripada maklumat hubungan yang tidak tepat atau sudah lapuk, tetapan pada pihak pengguna, atau apa-apa keadaan lain di luar kawalan pihak Penganjur.
10. Penuntutan HadiahÂ
11. Terma Am
- Penyertaan adalah percuma; tiada caj pembayaran diperlukan.
- Hadiah tidak boleh dipindah milik, tidak boleh ditukar, dan tidak boleh ditebus dengan wang tunai.
- KAF Digital Bank boleh menggantikan hadiah dengan barangan bernilai sama atau lebih besar jika diperlukan. Penggantian akan dibuat mengikut budi bicara mutlak KAF Digital Bank dan tidak akan melayakkan peserta kepada sebarang tuntutan atau pampasan.
- Peserta mesti mematuhi semua undang-undang dan peraturan Malaysia yang terpakai.
- Sejauh mana yang dibenarkan oleh undang-undang, Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan, kerosakan, atau kecederaan berkaitan dengan penyertaan atau hadiah.
12. Kerahsiaan dan PrivasiÂ
Dengan menyertai kempen ini, anda mengakui dan bersetuju bahawa data peribadi anda (termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, alamat e-mel dan maklumat hubungan atau pengenalan lain yang berkaitan) boleh dikumpulkan, digunakan, diproses dan didedahkan oleh penganjur bagi tujuan yang berkaitan dengan pentadbiran, pelaksanaan dan promosi kempen ini, termasuk akan tetapi tidak terhad kepada pengesahan kelayakan, menghubungi pemenang, proses tuntutan hadiah dan komunikasi yang berkaitan. Penganjur akan memproses data peribadi anda mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan dasar privasi masing-masing, yang tersedia di laman web rasmi mereka. Anda digalakkan untuk membaca dasar privasi ini untuk memahami bagaimana data anda akan dikendalikan. Data peribadi anda boleh didedahkan kepada penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang dilantik oleh penganjur (contoh: agensi pemasaran, penyedia perkhidmatan kurier, vendor IT) secara ketat untuk tujuan yang dinyatakan di atas, tertakluk kepada perlindungan kerahsiaan dan perlindungan data yang sesuai. Anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada, dan pembetulan, data peribadi anda yang disimpan oleh penganjur, dan untuk menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, penarikan balik persetujuan boleh menyebabkan anda hilang kelayakan untuk menyertai kempen ini. Jika anda ingin mengakses, mengemaskini, membetulkan atau menarik balik persetujuan untuk penggunaan data peribadi anda, anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi sokongan (lihat Seksyen 15).
Tertakluk kepada peruntukan undang-undang atau peraturan yang terpakai, data peribadi anda akan disimpan hanya selama yang diperlukan bagi memenuhi tujuan data itu dikumpulkan. Walau bagaimanapun, ini tidak termasuk situasi yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang.
13. Hak PenganjurÂ
KAF Digital Bank boleh meminda terma ini pada bila-bila masa tanpa notis awal. Perubahan akan dipaparkan di laman rasmi kempen atau diumumkan melalui sebarang saluran rasmi KAF Digital Bank. KAF Digital Bank boleh membatalkan, menamatkan, atau mengubah suai sebarang perihal berkaitan kempen atau membatalkan kelayakan peserta mengikut budi bicara munasabahnya, termasuk sebagai tindak balas kepada penipuan, masalah teknikal, sekatan peraturan atau peristiwa lain di luar kawalannya yang mungkin menjejaskan keadilan atau keselamatan kempen.
14. Undang-undang PentadbirÂ
Terma ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia. Sebarang pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan kempen ini akan diserahkan kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.
15. Maklumat HubunganÂ
Untuk pertanyaan, hubungi:Â
- KAF Digital Bank: hello@kaf.com.myÂ
- POD: support@usepod.com
Adakah artikel ini membantu?
Adakah Anda Tidak Menemui Apa yang Anda Cari?
Hantarkan soalan anda kepada kami, dan kami akan berusaha menyelesaikannya.
Hantarkan soalan anda