• Jawapan tidak ditemui? Sila hantarkan soalan anda di sini
Bahasa Melayu
English (UK)
Bahasa Melayu

Sila hubungi talian sokongan di +603 8744 3331 jika anda memerlukan bantuan

Selamat Datang ke Laman Hello@KAF

Selamat datang ke laman Hello@KAF - Sila ajukan pertanyaan anda kepada kami

Kirimkan soalan

Sila ajukan soalan anda di sini, dan kami akan berusaha untuk memberikan jawapan.

Please fill out the contact form below and we will reply as soon as possible.

  • Home
  • Penjagaan Keselamatan

Ciri Keselamatan Aplikasi Mudah Alih KAF Digital Bank

Akses Mudah & Selamat dengan Pengesahan Biometri
Sukar mengingati kata laluan yang kompleks? Dengan pengesahan biometrik, anda boleh mengakses akaun KAF Digital Bank anda dengan lancar menggunakan imbasan cap jari atau pengesahan wajah anda. Ini bukan sahaja dapat memudahkan anda malah mengukuhkan keselamatan akaun anda dengan ketara.

SecureKAF: Melindungi Transaksi Anda
SecureKAF dapat diakses dengan lebih pantas terus daripada aplikasi anda. Ia melindungi transaksi perbankan anda melalui penyulitan canggih yang diintegrasikan terus ke dalam aplikasi KAF Digital Bank anda. Setiap transaksi, tanpa mengira jumlah—sama ada RM1 atau RM1,000—memerlukan kebenaran anda dengan hanya 1 klik "Lulus" atau "Tolak" pada pop-up SecureKAF pada peranti mudah alih anda.

Keselamatan Dua Lapisan untuk Transaksi Lebih Besar
Di KAF Digital Bank, kami mengutamakan keselamatan anda untuk semua transaksi, termasuk transaksi antara bank, intra-bank, dan transaksi Kad Debit-i VISA KAF Digital Bank anda (kedua-dua Transaksi Berhadapan Kad dan Transaksi Tanpa Berhadapan Kad).
 

  • Untuk transaksi yang berjumlah RM0.01 hingga RM9,999.00, kami hanya memerlukan kebenaran anda melalui halaman keputusan SecureKAF untuk pengalaman yang pantas dan mudah.
     
  • Untuk transaksi yang berjumlah RM10,000 dan ke atas, kami perkenalkan ciri yang dipanggil Pengesahan Pelbagai Faktor (MFA). Untuk meluluskan transaksi yang lebih besar ini, anda perlu memberi kebenaran melalui halaman keputusan SecureKAF dan juga mengambil swafoto bagi pengesahan biometrik untuk transaksi tersebut berjaya.
     


Pemberitahuan Transaksi Secara Langsung
KAF Digital Bank memastikan anda sentiasa dimaklumkan dengan menyediakan makluman transaksi semasa. Anda akan menerima pemberitahuan segera untuk setiap pembelian dan setiap percubaan transaksi, memastikan anda sentiasa peka tentang aktiviti akaun anda.



Urus Keselamatan Anda

Perbankan Mudah Alih

PIN perbankan mudah alih anda adalah kunci keselamatan utama kepada kewangan anda, kerana ia adalah pengesahan terakhir yang diperlukan untuk sebarang transaksi atau pindahan dana daripada akaun anda. Untuk melindungi wang anda, melindungi PIN anda adalah amat penting. Jangan sekali-kali kongsikannya dengan sesiapa pun, termasuk kakitangan bank, dan elakkan daripada menuliskannya di tempat yang mudah dijumpai oleh orang lain. Untuk keselamatan maksimum, reka gabungan PIN unik yang sukar diteka, elakkan guna maklumat yang mudah diakses seperti tarikh lahir atau urutan yang mudah. Mengubah PIN anda secara berkala dan berwaspada dengan persekitaran anda semasa memasukannya ke dalam peranti anda adalah cara yang mudah tetapi berkesan untuk melindungi akaun anda daripada akses tanpa kebenaran.


Kunci Akaun Anda (Nyahaktifkan Akses e-Perbankan)
Menyahaktifkan akses e-perbankan anda (mengaktifkan ciri kunci akaun) adalah langkah keselamatan yang penting. Ia membolehkan anda menyahaktifkan atau menyekat akses aplikasi dengan serta-merta jika anda mengesyaki sebarang aktiviti perbankan yang mencurigakan atau mendapati pindahan yang tidak dibenarkan oleh anda. Tindakan ini akan menghentikan sementara semua aktiviti perbankan kecuali transaksi Visa. Untuk menyekat transaksi Visa, anda perlu mengunci kad anda terlebih dahulu sebelum menyahaktifkan Akses e-Perbankan (Kill Switch). Ini akan menyekat sebarang aktiviti pindahan dana atau aktiviti yang melibatkan akaun anda, memberikan anda ketenangan fikiran sambil melindungi akaun bank anda. Anda boleh mengunci akaun anda dengan menyahaktifkan akses e-perbankan terus dalam aplikasi. Ingatlah untuk menghubungi KAF Digital Bank untuk memulihkan akses perbankan anda.

Kunci Kad
Pernahkah anda kehilangan kad anda atau terlupa di mana anda meletakkannya? Bimbang kad anda jatuh ke tangan yang salah? Ciri "Kunci Kad" kami dalam aplikasi KAF Digital Bank membolehkan anda membekukan sementara transaksi atau penggunaan kad anda. Ciri ini dicipta untuk melindungi kad daripada sebarang akses dan penipuan yang tidak dibenarkan. Dengan ciri ini, anda tidak perlu terlalu risau atau panik menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami; anda boleh melakukannya terus dari aplikasi anda. Sistem kami akan mengunci kad anda buat sementara waktu, menyekat semua transaksi masuk dan keluar pada kad debit-i anda. Ini dengan mudah menghalang pencuri (dalam kes kad dicuri) atau orang yang tidak dikenali daripada membuat caj penipuan. Mengunci kad juga boleh mengurangkan kerumitan pelaporan kemudian jika terdapat caj penipuan. Ciri ini lebih mudah digunakan dan dikendalikan jika anda tersilap meletakkan kad, dan kemungkinan besar akan menemuinya. Menguncinya kurang menyusahkan berbanding membatalkan kad dan dikeluarkan nombor kad baharu, yang boleh menjejaskan transaksi Arahan Tetap yang merangkumi transaksi debit auto, transaksi arahan tetap/arahan sedia ada, atau akaun bil autopay.

Berikut adalah cara untuk Kunci Kad:
 

  • Log masuk ke akaun KAF Digital Bank anda di aplikasi mudah alih anda.
     
  • Klik pada menu tiga titik "Lagi".
     
  • Pilih "Urus Kad".
     
  • Pilih "Kunci Kad".
     


Di KAF Digital Bank, kami komited untuk menyediakan anda pengalaman perbankan yang lancar dan selamat. Daripada pengesahan biometrik hingga pemberitahuan transaksi masa nyata, kami menawarkan pelbagai ciri yang direka untuk melindungi akaun anda dan memberikan anda ketenangan fikiran. Marilah bersama kami meneroka masa depan perbankan, di mana keselamatan bertemu kemudahan, dan kesejahteraan kewangan anda adalah keutamaan kami.

 

 

aplikasi mudah alih keselamatan ciri keselamatan aplikasi mudah alih keselamatan akaun pengesahan biometrik securekaf keselamatan berganda dua lapisan real time pemberitahuan masa nyata kunci akaun kunci kad

Adakah artikel ini membantu?

Tidak
Ya
Beri maklum balas tentang artikel ini.

Adakah Anda Tidak Menemui Apa yang Anda Cari?

Hantarkan soalan anda kepada kami, dan kami akan berusaha menyelesaikannya.

Hantarkan soalan anda

Soalan Lazim Berkaitan

  • Privasi Anda Sangat Bernilai: Ketahuilah Bagaimana Kami Melindungi Data Peribadi Anda
  • Panduan Mesra bagi Pengesahan Pengesahan Identiti Atas Talian (e-KYC) yang Lancar
  • Pengesahan Berbilang Faktor (Multi-Factor Authentication, MFA)

2025 © Hak Cipta Terperlihara. KAF Digital Bank Berhad.

Expand