Pemindahan Berjadual / Jadualkan Pemindahan
Selamat datang ke aplikasi KAF Digital Bank (KAF DB) - dimana kawalan dalam kemudahan diaplikasikan! Dalam platform yang mesra pengguna ini, anda kini mampu untuk mengawal kewangan anda melalui penjadualan pemindahan pada bila-bila masa. Sama ada anda ingin melakukan pemindahan sekali saja, mahupun transaksi berulang, aplikasi kami menawarkan ciri penjadualan yang mudah dan jelas agar anda boleh mengatur perancangan kewangan anda lebih awal.
Pilihan Penjadualan: Kalendar Kewangan Anda
- Sekali saja:
Jadualkan pemindahan untuk sekali, pada masa akan datang.
- Harian:
Tetapkan pemindahan berulang harian.
- Mingguan:
Jadualkan pemindahan berulang setiap minggu.
- Setiap Dua Minggu:
Rancang pemindahan untuk setiap dua minggu.
- Bulanan:
Tetapkan pemindahan berulang setiap bulan.
- Suku Tahunan:
Jadualkan pemindahan setiap suku tahunan.
- Setiap Enam Bulan:
Rancang pemindahan setiap enam bulan.
- Tahunan:
Jadualkan pemindahan berulang setiap tahun.
Pilihan Tempoh: Mengikut Kesesuaian Anda
Dua Jenis Tempoh
- Dari dan Kepada Tarikh Tertentu:
Pilih tarikh mula dan tarikh akhir untuk pemindahan berjadual anda.
- Sehingga Saya Batalkan:
Pilih jika anda mahu pemindahan tersebut terus diproses sehingga anda sendiri hentikannya, bermula dari tarikh tertentu.
Nota Tambahan: Untuk “Dari dan Kepada Tarikh Tertentu”, kedua-dua tarikh mula dan akhir diperlukan. Manakala, untuk “Sehingga Saya Batalkan”, hanya tarikh mula diperlukan.
Menetapkan Pemindahan Berjadual Anda
- Pemilihan Kekerapan Pemindahan:
Pada skrin Butiran Masuk, klik pada “Kekerapan” dan pilih Kekerapan Pemindahan pilihan anda.
- Pemilihan Tempoh:
Pilih tempoh mengikut kesesuaian anda: “Dari and Ke Tarikh Tertentu” atau “Sehingga Saya Batalkan”.
- Pemilihan Tarikh:
Sekiranya anda memilih “Pada Tarikh Tertentu”, tetapkan kedua-dua Tarikh Mula dan Akhir”. Manakala, untuk “Sehingga Saya Batalkan”, hanya Tarikh Mula diperlukan.
- Teruskan dengan Pemindahan:
Teruskan dengan proses pemindahan seperti biasa.
- Pengesahan:
Terima pesanan pengesahan yang menyatakan, “Transaksi anda telah berjaya dijadualkan”.
Proses mengurus kewangan anda kini lebih mudah! Dengan aplikasi KAF Digital Bank, anda boleh menetapkan pemindahan berjadual, memeriksa, menyunting, dan membatalkannya dengan hanya beberapa klik di telefon pintar anda. Manfaatkan kelebihan utama aplikasi kami untuk pilihan penjadualan yang fleksibel, dari harian ke tahunan, dan sesuaikan tempoh mengikut kehendak anda. Kini, kebebasan kewangan berada di tangan anda. Jadi, kenapa tunggu lagi? Nikmati kemudahan pemindahan berjadual hari ini dan terima pengesahan segera dengan pesanan: "Transaksi anda sudah berjaya dijadualkan". Kawal, rancang, dan jadikan perjalanan kewangan anda lebih lancar dengan aplikasi KAF Digital Bank.
Adakah artikel ini membantu?
Adakah Anda Tidak Menemui Apa yang Anda Cari?
Hantarkan soalan anda kepada kami, dan kami akan berusaha menyelesaikannya.
Hantarkan soalan anda