• Jawapan tidak ditemui? Sila hantarkan soalan anda di sini
Bahasa Melayu
English (UK)
Bahasa Melayu

Sila hubungi talian sokongan di +603 8744 3331 jika anda memerlukan bantuan

Selamat Datang ke Laman Hello@KAF

Selamat datang ke laman Hello@KAF - Sila ajukan pertanyaan anda kepada kami

Kirimkan soalan

Sila ajukan soalan anda di sini, dan kami akan berusaha untuk memberikan jawapan.

Please fill out the contact form below and we will reply as soon as possible.

  • Home
  • Penjagaan Keselamatan

Lindungi Aset Kewangan Anda dengan Laluan e-Perbankan (Kill Switch)

Pada era digital hari ini, melindungi aset kewangan anda menjadi semakin penting saban hari. Salah satu alat yang paling berkesan untuk melindungi wang anda daripada penipuan dalam talian dan akses tanpa kebenaran adalah Laluan e-Perbankan atau lebih dikenali sebagai Kill Switch. Ciri keselamatan layan diri ini direka bagi memberikan kuasa penuh kepada anda untuk melumpuhkan akses terhadap akaun, perkhidmatan mahupun kaedah pembayaran anda dengan serta-merta apabila diperlukan. Laluan e-Perbankan boleh diaktifkan secara langsung oleh pelanggan melalui aplikasi atau laman sesawang bank mereka. Ianya mampu memberikan respons segera terhadap sebarang potensi ancaman.

 

Bila Masa Terbaik Menggunakan Laluan e-Perbankan

  • Aktiviti Mencurigakan: 

Jika anda mendapati terdapat sebarang transaksi yang mencurigakan atau tidak dibenarkan.

 

  • Mengesyaki Terdapat Penipuan: 

Jika anda percaya anda telah menjadi mangsa penipuan dalam talian.

 

Aktifkan Laluan e-Perbankan (Kill Switch) serta-merta untuk mengunci akaun anda dan menghalang sebarang akses lanjutan yang tidak dibenarkan.

 

Mengapa Kita Memerlukan Laluan e-Perbankan?

  • Mencegah Kebocoran Data: 

Laluan e-Perbankan membolehkan anda menghentikan akses tanpa kebenaran dengan cepat dan dapat melindungi data kewangan sensitif anda.

  • Mengurangkan Kerugian Kewangan: 

Dengan menghentikan transaksi penipuan, Laluan e-Perbankan membantu meminimumkan potensi kerugian kewangan.

  • Memastikan Pematuhan Kawal Selia: 

Menggunakan Laluan e-Perbankan membantu memenuhi keperluan undang-undang dan peraturan untuk perlindungan data dan tindak balas insiden.

  • Melindungi Reputasi: 

Menguruskan insiden secara proaktif apabila Laluan e-Perbankan dapat meminimumkan kerosakan reputasi seterusnya menunjukkan kepada pelanggan bahawa bank mengambil tindakan tegas terhadap segala bentuk penipuan kewangan.

 

Memahami Laluan e-Perbankan

  • Apakah Itu: 

Langkah keselamatan yang direka untuk melindungi data kewangan dan aset anda dengan melumpuhkan akses terhadap perkhidmatan perbankan tertentu buat sementara waktu.

  • Cara Ianya Berfungsi: 

Apabila diaktifkan, Laluan e-Perbankan menghentikan akses terhadap akaun anda untuk menentang sebarang potensi ancaman lalu memastikan dana anda kekal selamat.

  • Mengapa Ianya Penting: 

Laluan e-Perbankan adalah penting untuk melindungi maklumat sensitif anda dan meminimumkan risiko penipuan.

 

Kesan Mengaktifkan Laluan e-Perbankan (Kill Switch)

  • Kesulitan Sementara: 

Akses terhadap perbankan dalam talian atau transaksi tidak akan tersedia buat sementara waktu. Walaupun ini mungkin menyusahkan anda, ini merupakan langkah yang perlu untuk melindungi aset anda.

  • Jaminan: 

Yakinilah bahawa dengan menggunakan Laluan e-Perbankan, bank sebenarnya mengambil semua langkah yang perlu bagi melindungi kepentingan anda.

 

Transaksi yang Terjejas Disebabkan oleh Laluan e-Perbankan

Mengaktifkan Laluan e-Perbankan mungkin akan menghentikan semua atau kebanyakan daripada semua jenis transaksi, termasuk:

  • Urus niaga masuk dan keluar yang baharu
  • Arahan tetap sedia ada dan baharu atau arahan tersedia (standing orders)
  • Pembayaran bil
  • Transaksi Pertukaran Proses Kewangan (FPX)
  • Pembayaran kad dalam talian atau fizikal (dalam kedai)
  • Pembayaran ke akaun pinjaman/pembiayaan
  • Pemindahan dana masuk dan keluar ke luar negara/tempatan

Apabila anda kehilangan peranti anda, anda perlu memberitahu kami dengan segera supaya Laluan e-Perbankan anda dapat diaktifkan. Anda boleh melakukannya dengan menghubungi talian hotline kami atau melalui saluran rasmi lain. Akses SecureKAF yang dikaitkan dengan peranti yang hilang itu akan disekat. Sebelum anda boleh menyediakannya pada telefon baharu, anda perlu melalui proses pemulihan.

Cara Mencari Laluan e-Perbankan (Kill Switch)

Buka aplikasi KAF Digital Bank anda. Setelah aplikasi dibuka, tekan pada pilihan "Lagi". Dari situ, pilih "Tetapan", dan di dalam menu tetapan, anda akan menemui dan boleh menekan "Laluan e-Perbankan/Kill Switch" untuk mengakses ciri keselamatan ini.

 

Mengaktifkan Semula Akaun Anda

Mengaktifkan semula akaun selepas menggunakan Laluan e-Perbankan memerlukan proses pengesahan identiti yang ketat oleh bank. Ini memastikan hanya anda boleh mendapatkan semula akses kepada akaun anda dan melindungi dana daripada pencerobohan yang berterusan.

 

Kewujudan Laluan e-Perbankan atau "Kill Switch" ini yang diperkenalkan oleh kebanyakan bank di seluruh dunia bukan sekadar ciri keselamatan, malah ianya adalah langkah proaktif bagi menjamin ketenangan fikiran anda sepanjang penerokaan dalam landskap perbankan digital. Meskipun pengaktifan Laluan e-Perbankan mungkin akan mengakibatkan kesulitan sementara, namun faedahnya jauh mengatasi kesulitan yang dihadapi. Anda dapat melindungi data kewangan anda, mengurangkan kerugian kewangan dan memastikan pematuhan kawal selia. Anda boleh meletakkan kepercayaan anda kepada bank anda untuk mengambil tindakan tegas bagi melindungi aset anda dan kebolehan mereka dalam mengekalkan integriti operasi.

asas kewangan lindungi kill switch suis pemati panic button butang kecemasan suspicious meragukan takut suis nyahaktif penipuan mengesyaki mencurigakan

Adakah artikel ini membantu?

Tidak
Ya
Beri maklum balas tentang artikel ini.

Adakah Anda Tidak Menemui Apa yang Anda Cari?

Hantarkan soalan anda kepada kami, dan kami akan berusaha menyelesaikannya.

Hantarkan soalan anda

Soalan Lazim Berkaitan

  • Ciri Keselamatan Aplikasi Mudah Alih KAF Digital Bank
  • Privasi Anda Sangat Bernilai: Ketahuilah Bagaimana Kami Melindungi Data Peribadi Anda
  • Panduan Mesra bagi Pengesahan Pengesahan Identiti Atas Talian (e-KYC) yang Lancar

2025 © Hak Cipta Terperlihara. KAF Digital Bank Berhad.

Expand