• Jawapan tidak ditemui? Sila hantarkan soalan anda di sini
Bahasa Melayu
English (UK)
Bahasa Melayu

Sila hubungi talian sokongan di +603 8744 3331 jika anda memerlukan bantuan

Selamat Datang ke Laman Hello@KAF

Selamat datang ke laman Hello@KAF - Sila ajukan pertanyaan anda kepada kami

Kirimkan soalan

Sila ajukan soalan anda di sini, dan kami akan berusaha untuk memberikan jawapan.

Please fill out the contact form below and we will reply as soon as possible.

  • Home
  • Pembayaran & Pemindahan Wang
  • Pembayaran Bil & Pembelian

Proses Pra-Pengesahan di Stesen Minyak

Memahami Proses Pra-Pengesahan dan Proses Peruntukan Wang (Kunci Dana Sementara) dengan Kad Debit-i KAF Digital Bank di Stesen Minyak

Nota: sub topik tidak akan dipamerkan di paparan langsung

 

 

Menggunakan Kad Debit Islamik KAF Digital Bank (KAF DB) di stesen minyak untuk tujuan mengisi minyak memerlukan proses pra-pengesahan yang memperuntukkan jumlah khusus dalam akaun anda secara sementara. Artikel ini bertujuan untuk menjelaskan proses dan meyakinkan pemegang kad berkenaan ketersediaan wang mereka semasa dan selepas transaksi. 

 

Proses Pra-Pengesahan

Apabila anda melalukan Kad Debit Islamik KAF Digital Bank anda di Terminal Tempat Jualan (POS terminal) stesen minyak anda (atau dikenali sebagai mesin pembayaran) untuk mengisi minyak, pra-pengesahan akan mengambil tempat dan akan memegang jumlah yang telah ditetapkan oleh syarikat minyak, contohnya RM200. Ianya tidak dapat digunakan untuk tujuan pembayaran lain. Untuk makluman anda, jumlah RM200 itu tadi bukanlah jumlah bayaran akhir anda ketika transaksi dilakukan. 

 

Berkemungkinan besar transaksi yang anda lakukan adalah kurang daripada itu. Namun, disebabkan ini merupakan polisi dan ciri-ciri pengurusan kad VISA, RM200 akan dipegang sementara waktu. Penjelasan lanjut mengenai proses pemulangan baki  selepas transaksi diproses akan diulas lebih mendalam di dalam artikel ini. Mohon kekal bersama kami sehingga tamat artikel.

 

Penting untuk ambil maklum bahawa jumlah ini tidak dianggap dibelanjakan, tetapi dibekukan/dikunci buat sementara waktu, sekaligus memberi kesan penurunan (anda akan perhatikan terdapatnya delta atau perbezaan antara sebelum dan selepas transaksi) pada 'Baki Sedia Ada’ anda, namun mengekalkan 'Baki Terkini' anda. Dalam erti kata lain, anda akan mendapati bahawa Baki Terkini dan Baki Sedia Ada tidak akan sama. Baki Sedia Ada selalunya akan menjadi lebih rendah berbanding Baki Terkini.

 

Memahami 'Baki Sedia Ada' dan 'Baki Terkini'

Baki Sedia Ada: 

Jumlah ini dipaparkan di Skrin Utama anda (Papan Pemuka Akaun) di bawah 'Nilai Bersih Saya.' Seusai transaksi pra-pengesahan mengambil tempat, akaun akan ‘menahan’ sejumlah wang, 'Baki Sedia Ada’ anda mengikut perubahan tersebut. Sebagai contoh, sekiranya anda mempunyai RM5,000 di dalam akaun, dan anda melakukan transaksi yang melibatkan proses pra-pengesahan sebanyak RM200, 'Baki Sedia Ada' anda akan berkurangan dan menunjukkan pengurangan RM200. ‘Baki Sedia Ada’ ini mewakili sejumlah wang yang dapat digunakan.

 

Baki Terkini: 

'Baki Terkini' tersedia dalam aplikasi mudah alih, dapat dilihat pada Papan Pemuka Akaun Individu anda melalui ikon info ‘i’. Mengambil contoh yang sama seperti di atas (transaksi pra-pengesahan RM200), tiada sebarang perubahan berlaku sejurus selepas transaksi berjaya dilakukan. Perubahan hanya akan terlihat setelah transaksi berjaya diproses sepenuhnya oleh pihak Bank dan pedagang (dalam kes ini, stesen minyak).

 

Membuat Capaian ke Papan Pemuka Akaun

  1. Pengesahan Mudah:

Lancarkan aplikasi dan log masuk dengan mudah menggunakan pengesahan biometrik (cap jari atau pengecaman wajah).

  1. Gambaran Keseluruhan Skrin Utama (Papan Pemuka Akaun):

Selepas log masuk, anda akan dibawa ke skrin Papan Pemuka menyeluruh yang menunjukkan ringkasan status kewangan anda. 

  1. Melayari Akaun Individu:

Cari senarai akaun anda dan tekan pada akaun tertentu yang anda ingin terokai.

(Nota tambahan: Buat masa ini, hanya satu akaun sahaja dibenarkan bagi setiap pengguna)

  1. Papan Pemuka Akaun Individu Dipaparkan:

Buat capaian secara langsung ke Papan Pemuka Akaun Individu untuk menerokai matlamat kewangan yang disesuaikan untuk anda. 

  1. Maklumat Lanjut Mengenai Akaun Individu:

Layari arca maklumat tambahan yang berlambang "i". Anda akan dapat melihat maklumat lain mengenai akaun anda termasuk ‘Baki Sedia Ada’ dan ‘Baki Terkini’. 

 

Selepas Urus Niaga, Penyesuaian dan Penyelesaian (Pemprosesan Urus Niaga)

Jumlah yang dikunci selepas proses pra-pengesahan merupakan langkah berjaga-jaga untuk memastikan wang anda mencukupi dan tersedia bagi proses urus niaga yang ingin dilakukan. Selepas penyesuaian dan penyelesaian (pemprosesan urus niaga) antara bank (KAF Digital Bank) dan pedagang (stesen minyak), anda hanya akan dicaj jumlah yang anda gunakan. Baki yang tidak digunakan akan dikreditkan semula ke dalam akaun anda. Anda juga dapat membuat semakan silang terhadap kedua-dua baki anda. 'Baki Sedia Ada' seharusnya selari dengan 'Baki Terkini.' Proses penyelesaian ini mungkin mengambil masa sehingga 7 hari, tetapi kami akan berusaha memprosesnya secepat mungkin.

 

Jumlah Tidak Digunakan dan Pengkreditan Semula (Bayaran Balik untuk Wang Tidak Digunakan)

Mana-mana bahagian daripada jumlah keseluruhan pra-pengesahan yang tidak digunakan akan dikreditkan semula ke dalam akaun anda. Hal ini demi memastikan anda hanya dicaj dengan jumlah sebenar yang dibelanjakan ketika mengisi minyak (atau urus niaga lain yang melibatkan proses pra-pengesahan, seperti tempahan bilik hotel). Ini bertujuan menjamin ketepatan dan ketelusan dalam urus niaga kewangan anda.

 

Memahami proses pra-pengesahan menggunakan Kad Debit-i KAF Digital Bank di stesen minyak atau mana-mana pedagang yang memerlukan proses pra-pengesahan adalah penting untuk pengurusan akaun anda. Pegangan dana sementara akan mempengaruhi 'Baki Sedia Ada' anda, tetapi dana yang tidak digunakan akan dikembalikan selepas penyesuaian dan penyelesaian transaksi (urus niaga selesai diproses). Ini menunjukkan komitmen kami terhadap ketelusan dalam perkhidmatan kewangan yang selamat dan dipercayai untuk pemegang kad debit-i kami.

stesen minyak pra-otorisasi tahan rm200 hold rm200 floating rm200 isi minyak petronas shell duit tak boleh guna baki akaun baki semasa baki tersedia pulangkan baki cas sepatutnya hold rm200\

Adakah artikel ini membantu?

Tidak
Ya
Beri maklum balas tentang artikel ini.

Adakah Anda Tidak Menemui Apa yang Anda Cari?

Hantarkan soalan anda kepada kami, dan kami akan berusaha menyelesaikannya.

Hantarkan soalan anda

Soalan Lazim Berkaitan

  • Pembayaran Bil dengan KAF Digital Bank
  • Semak Keluar Pembayaran E-Dagang

2025 © Hak Cipta Terperlihara. KAF Digital Bank Berhad.

Expand