• Jawapan tidak ditemui? Sila hantarkan soalan anda di sini
Bahasa Melayu
English (UK)
Bahasa Melayu

Sila hubungi talian sokongan di +603 8744 3331 jika anda memerlukan bantuan

Selamat Datang ke Laman Hello@KAF

Selamat datang ke laman Hello@KAF - Sila ajukan pertanyaan anda kepada kami

Kirimkan soalan

Sila ajukan soalan anda di sini, dan kami akan berusaha untuk memberikan jawapan.

Please fill out the contact form below and we will reply as soon as possible.

  • Home
  • Penjagaan Keselamatan

Privasi Anda Sangat Bernilai: Ketahuilah Bagaimana Kami Melindungi Data Peribadi Anda

Di KAF Digital Bank (KAF DB), kami menghormati hak privasi pelanggan kami. Kami komited untuk mengekalkan tahap keselamatan yang tinggi terhadap data peribadi anda tanpa meletakkannya dalam risiko. Ketelusan adalah kunci, dan kami akan terus bersikap telus dalam menguruskan data peribadi anda. Artikel ini menggariskan mengapa kami mengumpul data anda, bagaimana kami memastikan ketepatan, dan juga menyediakan pilihan kepada anda untuk menguruskan maklumat dan mengemaskini data.

 

Mengapa Kami Mengumpul Data Peribadi Anda?

Di KAF Digital Bank, tujuan kami mengumpul, menyemak dan memproses data anda adalah untuk memenuhi keperluan kawal selia, menyediakan perkhidmatan perbankan digital yang selamat, menambahbaik produk, dan mempertingkatkan pengalaman anda. Kami memastikan bahawa hanya anda yang membuat permohonan akaun perbankan dan bukannya akaun palsu. Kami tidak akan memproses data anda tanpa persetujuan anda. Secara ringkas, kami memproses data peribadi anda untuk menyediakan produk dan perkhidmatan kepada anda.

 

Mengetahui Perkembangan Terkini

Di KAF Digital Bank, kami komited untuk menyediakan promosi yang sepadan dengan anda dan memaklumkan anda tentang produk dan perkhidmatan kami yang terkini. Kami sentiasa memberikan pelanggan kami pilihan, sama ada memilih untuk menyertai atau berkecuali daripada mendapatkan promosi dan perkembangan terkini.

 

Mengesahkan Ketepatan Data

Semua pelanggan kami dikehendaki untuk memberikan maklumat yang tepat, boleh dipercayai dan terkini. Dengan inovasi digital baru kami, anda sentiasa boleh mengemaskini maklumat anda melalui Aplikasi KAF Digital Bank.

 

Di KAF Digital Bank, kami menjaga data peribadi anda dengan teliti dan penuh bertanggungjawab untuk melindunginya. Dengan memahami tujuan pengumpulan data peribadi anda, menyimpan maklumat anda yang terkini, dan membuat pilihan yang berinformasi mengenai promosi dan kemas kini, anda akan dapat menikmati pengalaman perbankan yang selamat dan dipadankan. Kami memelihara privasi data anda sambil menyediakan penyelesaian perbankan inovatif dan mudah. Privasi dan keselamatan anda adalah keutamaan kami.

data privasi data peribadi perlindungan

Adakah artikel ini membantu?

Tidak
Ya
Beri maklum balas tentang artikel ini.

Adakah Anda Tidak Menemui Apa yang Anda Cari?

Hantarkan soalan anda kepada kami, dan kami akan berusaha menyelesaikannya.

Hantarkan soalan anda

Soalan Lazim Berkaitan

  • Ciri Keselamatan Aplikasi Mudah Alih KAF Digital Bank
  • Panduan Mesra bagi Pengesahan Pengesahan Identiti Atas Talian (e-KYC) yang Lancar
  • Pengesahan Berbilang Faktor (Multi-Factor Authentication, MFA)

2025 © Hak Cipta Terperlihara. KAF Digital Bank Berhad.

Expand