Pastikan OS Telefon Anda Sentiasa Dikemas Kini
Bagi memastikan pengalaman perbankan yang lancar dan akses tanpa gangguan ke aplikasi anda, adalah penting untuk memastikan sistem operasi (OS) telefon anda sentiasa dikemas kini.
Kami kini menyokong versi berikut:
- iOS 16 atau keatas
- Android 13 atau keatas
Walaupun aplikasi kami mungkin masih boleh digunakan pada versi OS yang lebih lama buat masa ini, versi tersebut tidak akan disokong dalam kemas kini akan datang. Bagi mengelakkan sebarang gangguan pada perkhidmatan anda dan memastikan prestasi yang optimum, kami amat menyarankan anda untuk mengemas kini perisian telefon anda secepat mungkin.
Cara Mengemas Kini Sistem Operasi Peranti Anda
Sebelum bermula, pastikan peranti anda disambungkan ke Wi-Fi dan mempunyai bateri yang mencukupi (atau disambungkan ke pengecas).
Untuk Pengguna iOS:
- Pergi ke Settings (Tetapan).
- Ketik General (Umum) > Software Update (Kemas Kini Perisian).
- Ketik Download and Install (Muat Turun dan Pasang) atau Update Now (Kemas Kini Sekarang).
Untuk Pengguna Android:
- Pergi ke Settings (Tetapan).
- Ketik System (Sistem) atau Software Update (Kemas Kini Perisian) — bergantung pada model peranti anda.
- Ketik System Updates (Kemas Kini Sistem) atau Download updates manually (Muat turun kemas kini secara manual).
- Ketik Update (Kemas Kini).
Nota: Jika peranti anda terlalu lama untuk menyokong versi perisian yang lebih baharu, anda perlu bertukar kepada peranti yang serasi untuk terus menggunakan aplikasi ini.
Adakah artikel ini membantu?
Adakah Anda Tidak Menemui Apa yang Anda Cari?
Hantarkan soalan anda kepada kami, dan kami akan berusaha menyelesaikannya.
Hantarkan soalan anda