Apakah Perkhidmatan Yang Terdapat Di Dalam Aplikasi KAF Digital Bank?
Dunia bergerak kian pantas, jangan benarkan perkhidmatan perbankan yang lembap menjadi penghalang. Dengan aplikasi mudah alih KAF Digital Bank (KAF DB), anda dapat menikmati penyelesaian perbankan serba lengkap, di mana segala pengurusan kewangan berada di hujung jari anda!
Baki Akaun
Katakan selamat tinggal kepada perbankan tradisional di mana urusan menyemak baki perlu di lakukan di cawangan bank atau melalui mesin ATM. Dengan aplikasi KAF Bank Digital, anda boleh memeriksa baki akaun anda dengan mudah pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Sejarah Urus Niaga
Dengan ciri sejarah urus niaga kami yang mesra pengguna, anda dapat memantau progres matlamat kewangan anda. Lihat, cari, dan tapis urus niaga anda dan kuasai kewangan anda.
SecureKAF
Memperkenalkan SecureKAF - kaedah yang lebih mudah dan pantas untuk mengesahkan urus niaga atas talian dan pemindahan dana melalui aplikasi KAF Digital Bank. Ciri istimewa ini mempertingkatkan keselamatan perbankan anda dengan memastikan setiap urus niaga anda disahkan hanya pada peranti yang anda daftarkan.
SecureKAF menyambungkan peranti anda terus dengan akaun KAF DB anda. Lapisan tambahan keselamatan ini mengurangkan risiko penipuan Kod Kebenaran Transaksi (TAC) atau Makluman Urus niaga Tanpa Kebenaran.
Katakan selamat tinggal kepada cara lapuk di mana anda perlu menunggu untuk menerima kod SMS TAC. Dengan SecureKAF, anda boleh mengesahkan urus niaga dengan sekelip mata sahaja. Kaedah ini lebih pantas untuk menikmati aktiviti membeli-belah dalam talian!
Pembayaran QR
Urusan pembayaran kini lebih mudah! Aplikasi KAF Digital Bank membolehkan anda mengimbas kod QR dan membuat pembayaran di mana-mana kedai kegemaran anda, ataupun pindahan wang kepada rakan-rakan anda, secara pantas dan selamat. Anda tidak perlu lagi tercari-cari wang kertas atau risaukan baki yang tidak cukup.
Pemindahan Wang
Melakukan pemindahan wang kepada rakan dan keluarga kini lebih mudah. Aplikasi KAF Digital Bank menjadikan pemindahan wang pantas dan selamat.
Pemindahan dengan DuitNow ID
Pautkan DuitNow ID anda sama ada nombor telefon, nombor MyKad, nombor passport atau nombor ID Tentera/Polis dengan akaun KAF Digital Bank anda. Anda kini boleh terus menghantar dan menerima wang tanpa sebarang halangan.
Tetapkan Akaun Kegemaran
Tetapkan akaun yang paling kerap anda gunakan sebagai kegemaran. Dengan itu, anda boleh menghantar wang dengan satu ketik sahaja.
Pembayaran Bil
Aplikasi mudah alih kami yang mesra pengguna berserta Kad Debit-i menjadikan proses pembayaran bil lebih mudah. Anda kini boleh log masuk ke portal pembayaran bil, semak butiran anda, dan lakukan pembayaran dengan pilihan mudah - 'Kad Kredit/Debit'. Seterusnya, pilih Kad Debit-i KAF Digital Bank, masukkan butiran penting, sahkan untuk ketepatan, dan muktamadkan pembayaran anda. Mudah dan jelas bukan?
Tetapan Profil
Dapatkan akses terus ke Papan Pemuka anda dan kemaskini maklumat peribadi dan tetapan keselamatan dengan mudah.
E-Penyata Perbankan Bulanan
Katakan selamat tinggal kepada penyata fizikal yang dicetak pada kertas dan manfaatkan penggunaan penyata elektronik (e-penyata) yang lebih mesra alam. Dapatkan akses terus ke e-penyata bagi transaksi lampau, serta penyata bulanan anda secara digital. Anda juga boleh memuat turun penyata perbankan anda bagi simpanan peribadi. Bersama kita menyumbang kepada kemampanan alam sekitar sambil menikmati kemudahan penyimpanan rekod digital.
Slip Pembayaran Perbankan (Resit Pembayaran)
Jana slip pembayaran perbankan (resit selepas melakukan sebarang pembayaran atau pemindahan dana) anda. Anda boleh mencetak atau kongsikan resit pembayaran bagi semua transaksi kad, transaksi atas talian, mahupun pemindahan dana kepada kedai atau rakan/ahli keluarga anda. Simpan rekod pembayaran anda secara tersusun untuk kemudahan semakan jika perlu dan rujukan masa akan datang. Ia merupakan ciri yang berguna untuk kemudahan menyimpan bukti pembayaran di samping mengurangkan penggunaan kertas.
Pemberitahuan
Kekal maklum dengan maklumat urus niaga masa nyata tanpa sebarang kerisauan. Anda akan diberitahu apabila anda membuat pembayaran. Pemberitahuan pacuan akan diberikan terhadap semua pembayaran, transaksi atau urus niaga yang melibatkan penggunaan kad debit anda (fizikal dan maya), pembayaran atas talian, pembayaran rentas negeri, mahupun pemindahan dana kepada pedagang/kedai dan rakan taulan/ahli keluarga. Anda juga boleh mencari pemberitahuan khusus secara terperinci melalui aplikasi ini. Tapis pemberitahuan anda mengikut jenis-jenisnya dengan mudah. Kami juga akan memaklumkan kepada anda berkenaan pemasaran terkini dan promosi yang sedang kami jalankan. Pemberitahuan ini memastikan anda sentiasa peka dalam menguruskan perbankan dan kewangan anda dengan mudah.
Dengan adanya aplikasi mudah alih KAF Digital Bank yang mesra pengguna, pengalaman perbankan anda akan lebih menyeronokkan, tanpa halangan dan bebas kerisauan. Anda tidak perlu lagi menunggu dalam barisan yang panjang atau berhadapan dengan proses yang rumit di cawangan bank tradisional. Muat turun aplikasi KAF Digital Bank hari ini dan manfaatkanlah kaedah yang lebih mudah dan sistematik di hujung jari!
Selamat datang ke perbankan masa hadapan.
Adakah artikel ini membantu?
Adakah Anda Tidak Menemui Apa yang Anda Cari?
Hantarkan soalan anda kepada kami, dan kami akan berusaha menyelesaikannya.
Hantarkan soalan anda