Pemindahan Dana - Pemindahan ke Akaun Bukan KAF Digital Bank
Melalui aplikasi KAF Digital Bank (KAF DB), pemindahan dana ke akaun selain dari KAF DB adalah mudah dan pantas. Sama ada anda menggunakan menu Pemindahan mahupun mengakses papan pemuka akaun individu, anda kini mampu melakukan pemindahan dengan cepat dan selamat. Panduan ini menyediakan arahan langkah demi langkah untuk membantu anda menghantar wang dengan mudah ke akaun penerima yang berada di luar rangkaian KAF DB.
Pemindahan Baharu melalui menu “Pemindahan”
- Melancarkan Aplikasi & Log Masuk:
Buka aplikasi KAF Digital Bank dan log masuk.
- Melayari Menu “Pemindahan”:
Klik pada menu “Pemindahan” pada Papan Pemuka (Akaun Individu).
- Memilih “Pemindahan Bank” Baharu:
Di skrin “Pilih Kaedah Pemindahan”, pilih tab “Baharu” dan klik “Pemindahan Bank”.
- Memilih Akaun & Jumlah:
Di bahagian menu lungsur pilihan ke bawah, pilih akaun dan masukkan jumlah. Seterusnya, klik “Teruskan”.
- Menyatakan Butiran “Akaun Bukan KAF DB”:
Pilih “Akaun Bukan KAF DB”, pilih bank penerima, masukkan nombor akaun, nama penerima, kekerapan pemindahan, tarikh pemindahan, dan rujukan.
- Pilihan: Tambah ke “Kegemaran”:
Togol pada suis untuk tambah penerima sebagai “Kegemaran” anda.
- Menyemak & Mengesahkan:
Semak semula setiap butiran pada Skrin Pengesahan sebelum klik “Pindah Sekarang”.
- Perakuan:
Lihat pada skrin pengakuan untuk status transaksi (Berjaya/Gagal). Anda juga boleh membuat pemindahan lain atau kongsi resit transaksi tersebut, mengikut keperluan anda.
Pemindahan Baharu melalui Papan Pemuka Akaun Individu
- Melancarkan Aplikasi & Log Masuk:
Buka aplikasi KAF Digital Bank dan log masuk.
- Klik Akaun Tertentu:
Pada Skrin Utama (Papan Pemuka Akaun), klik pada nombor akaun tertentu anda.
- Melayari Menu “Pemindahan”:
Klik pada pilihan “Pemindahan” di dalam bahagian Papan Pemuka Akaun Individu.
- Memilih “Pemindahan Bank” Baharu:
Di skrin “Pilih Kaedah Pemindahan”, pilih tab “Baharu” dan klik “Pemindahan Bank”.
- Memilih Akaun & Jumlah:
Di bahagian menu lungsur pilihan ke bawah, pilih akaun dan masukkan jumlah. Seterusnya, klik “Teruskan”.
- Menyatakan Butiran “Akaun Bukan KAF DB”:
Pilih “Akaun Bukan KAF DB”, pilih bank penerima, masukkan nombor akaun, nama penerima, kekerapan pemindahan, tarikh pemindahan, dan rujukan.
- Pilihan: Tambah ke “Kegemaran”:
Togol pada suis untuk tambah penerima sebagai “Kegemaran” anda.
- Menyemak & Mengesahkan:
Semak semula setiap butiran pada Skrin Pengesahan sebelum klik “Pindah Sekarang”.
- Pengakuan:
Lihat pada skrin pengakuan untuk status transaksi (Berjaya/Gagal). Anda juga boleh membuat pemindahan lain atau kongsi resit transaksi tersebut, mengikut keperluan anda.
Dengan aplikasi KAF Digital Bank, proses penghantaran wang ke akaun selain KAF DB secara langsung lebih mudah. Sama ada anda menggunakan menu pemindahan mahupun papan pemuka akaun individu, anda mampu menyatakan butiran penerima, semak maklumat transaksi dan mengesahkan pemindahan dengan lebih yakin. Kini, anda juga mampu merasai pengalaman perbankan secara langsung apabila anda melakukan pemindahan dana ke akaun selain KAF DB dengan mengikuti beberapa langkah yang mudah.
Adakah artikel ini membantu?
Adakah Anda Tidak Menemui Apa yang Anda Cari?
Hantarkan soalan anda kepada kami, dan kami akan berusaha menyelesaikannya.
Hantarkan soalan anda