• Jawapan tidak ditemui? Sila hantarkan soalan anda di sini
Bahasa Melayu
English (UK)
Bahasa Melayu

Sila hubungi talian sokongan di +603 8744 3331 jika anda memerlukan bantuan

Selamat Datang ke Laman Hello@KAF

Selamat datang ke laman Hello@KAF - Sila ajukan pertanyaan anda kepada kami

Kirimkan soalan

Sila ajukan soalan anda di sini, dan kami akan berusaha untuk memberikan jawapan.

Please fill out the contact form below and we will reply as soon as possible.

  • Home
  • Penafian

Penafian - Umum

JENIS PENAFIAN

KENYATAAN PENAFIAN

Umum Penerbitan ini adalah sekadar maklumat am, panduan dan tujuan ilustrasi sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai sebarang bentuk cadangan oleh KAF Group untuk sebarang pelaburan, rujukan dan/atau tujuan lain. Maklumat yang terkandung bukanlah representasi atau jaminan (sama ada secara nyata atau tersirat) oleh KAF Group untuk merit pelaburan atau tujuan lain-lain. Oleh yang demikian, maklumat ini tidak boleh digunakan, diedarkan atau dihasilkan semula, secara keseluruhan atau sebahagian, serta kandungannya tidak boleh didedahkan kepada mana-mana orang lain tanpa kebenaran bertulis daripada kami terlebih dahulu.
Komprehensif

Sila ambil perhatian bahawa setiap sumber maklumat termasuk visual yang tersedia di sini atau saluran lain yang diterbitkan, sama ada di media sosial rasmi atau laman web KAF Investment Bank Berhad ("KAF IB") atau KAF Group of Companies ("KAF Group") ("Maklumat") bertujuan untuk maklumat am, panduan dan tujuan ilustrasi sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai sebarang bentuk cadangan oleh KAF IB atau KAF Group untuk sebarang pelaburan dan/atau tujuan lain.
 

KAF IB atau KAF Group tidak bertanggungjawab ke atas ketepatan sebarang kenyataan, pendapat atau laporan yang dinyatakan atau terkandung di sini.

 

Maklumat ini tidak boleh digunakan, diedarkan atau dihasilkan semula, sama ada secara keseluruhan mahupun separa, kandungannya juga tidak boleh didedahkan kepada mana-mana orang lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada pihak berkuasa kerajaan atau badan regulatori kecuali dengan kebenaran bertulis daripada kami terlebih dahulu atau sebagaimana yang diperlukan mengikut undang-undang, peraturan atau garis panduan Malaysia.

 

Maklumat yang terkandung tidak boleh dianggap sebagai perwakilan atau jaminan sama ada secara nyata atau tersirat, oleh KAF IB atau KAF Group, untuk merit pelaburan atau untuk sebarang tujuan lain. 


Anda dinasihatkan supaya membaca dengan teliti terma dan syarat di dalam Lembaran Pendedahan Produk dan/atau perjanjian yang berkaitan; yuran, caj dan kos yang terlibat; dan fahamkan dengan jelas risiko yang berkaitan dengan produk dan/atau perkhidmatan.

Anda hendaklah membuat semakan dan carian fakta secara sendiri. Anda dianggap telah membuat penyiasatan/analisis sendiri tentang maklumat dan data yang dinyatakan di mana-mana sumber termasuk berunding dengan penasihat profesional anda sendiri.

 

Sebarang maklumat yang diperoleh melalui laman web rasmi KAF hendaklah dibaca bersama dengan Terma dan Syarat Penggunaannya. Maklumat ini boleh dipinda dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlak KAF IB atau KAF Group.

 

KAF IB dan KAF Group dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia, Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti ("Regulator") dan terikat kepada peraturan dan undang-undang. Pihak Regulator tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kegagalan pendedahan maklumat dan tidak bertanggungjawab ke atas ketepatan atau kesempurnaan maklumat.

KAF Investment Funds (Umum) Maklumat ini merupakan ilustrasi semata-mata dan tidak menunjukkan prestasi masa lalu atau masa depan bagi mana-mana produk pelaburan termasuk mana-mana dana amanah saham.
Pengagihan Pendapatan Dana atau sebarang hantaran berkaitan Dana Pelaburan KAF Pelabur dinasihatkan untuk mendapatkan, membaca, dan memahami kandungan [Replacement Master Prospectus/Replacement Prospectus of the funds] dan Lembaran Pendedahan Produk yang berkaitan sebelum melabur. Dokumen-dokumen tersebut boleh didapati di pejabat kami atau pengedar sah kami, serta boleh dilihat di laman web kami di www.kaf.com.my. Pelabur harus mempertimbangkan yuran dan caj yang terlibat. Harga unit dan agihan yang perlu dibayar (jika ada) boleh naik atau turun. Prestasi dana-dana pada masa lalu tidak menentukan prestasi masa hadapannya. Pelaburan dalam dana-dana mempunyai unsur risiko. Pelabur dinasihatkan untuk membuat penilaian mereka sendiri terhadap risiko yang terlibat dan disyorkan untuk mendapatkan nasihat profesional jika perlu. Kandungan digital ini bertujuan hanya untuk menyampaikan maklumat dan belum disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Dana Pelaburan KAF 

(Iklan Korporat)

Terbitan ini bertujuan untuk maklumat am sahaja. Terbitan ini bukanlah sebuah tawaran, pujukan atau cadangan berkenaan dengan pembelian atau penjualan mana-mana unit dana amanah saham atau sebarang penyelesaian pelaburan.

 

Setiap pelaburan membawa unsur risiko. Pelabur disarankan untuk mendapatkan nasihat profesional sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Prestasi dana amanah saham pada masa lalu tidak menentukan prestasi masa hadapannya. Pelabur juga harus mempertimbangkan yuran dan caj yang terlibat dalam pelaburan dana amanah saham.

 

KAF Investment Funds Berhad dilesenkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 serta dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

penafian penafian umum

Adakah artikel ini membantu?

Tidak
Ya
Beri maklum balas tentang artikel ini.

Adakah Anda Tidak Menemui Apa yang Anda Cari?

Hantarkan soalan anda kepada kami, dan kami akan berusaha menyelesaikannya.

Hantarkan soalan anda

Soalan Lazim Berkaitan

  • Cara Mengakses Kad Debit Maya Anda di Aplikasi KAF Digital Bank

2026 © Hak Cipta Terperlihara. KAF Digital Bank Berhad.

Expand