Butiran dan Dokumen yang Diperlukan bagi Setiap Peringkat
Memulakan perjalanan anda dengan KAF Digital Bank (KAF DB) adalah seperti membuka pintu kepada pengalaman perbankan yang progresif. Setiap Peringkat memperkenalkan ciri dan pemahaman lanjut berkenaan profil kewangan anda. Daripada Peringkat “Basic Plus”, di mana asas maklumat diri anda diletakkan, sehinggalah ke Peringkat “Premium”, kami menerokai dan memperhalusi dokumen sokongan agar dapat membantu anda dalam usaha untuk mengarusperdanakan pertumbuhan kewangan anda.

Ini merupakan perincian bagi butiran yang perlu disediakan dalam setiap Peringkat:
Basic Plus
- Butiran profil (Nama penuh, nama panggilan, tarikh lahir, kewarganegaraan, jenis dokumen pengenalan, nombor kad pengenalan / nombor pasport)
- Butiran perhubungan (alamat e-mel dan nombor telefon)
- Butiran alamat (Alamat penuh termasuk poskod, bandar, negeri, dan negara)
- Tahap pendapatan bulanan
- Butiran pekerjaan (pekerjaan terkini, sifat pekerjaan, industry pekerjaan, nama majikan terkini, tujuan pembukaan akaun dan sumber dana)
Premium
- Penyata gaji / pendapatan
- Penyata Imbuhan untuk Pekerja Swasta / Borang EA (ringkasan pendapatan pekerjaan)
- Penyata komisen bulanan
- Penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Penyata bank 3 bulan terkini
Profil Saya (Tetapan Profil)
Maklumat yang boleh disunting selepas pengaktifan akaun:
- Butiran profil (Nama penuh, nama panggilan, tarikh lahir, kewarganegaraan, jenis pengenalan, nombor kad pengenalan / nombor pasport)
- Butiran perhubungan (alamat e-mel dan nombor telefon)
- Butiran alamat (Alamat penuh termasuk poskod, bandar, negeri, dan negara)
- Butiran pekerjaan (pendapatan bulanan, pekerjaan terkini, industri pekerjaan, sifat pekerjaan, nama majikan terkini, tujuan pembukaan akaun, sumber dana diperoleh)
Dokumen yang tidak dapat disunting selepas akaun berjaya dinaiktaraf ke tahap Premium:
- Penyata gaji / pendapatan
- Penyata Imbuhan untuk Pekerja Swasta / Borang EA (ringkasan pendapatan pekerjaan)
- Penyata komisen bulanan
- Penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Penyata bank 3 bulan terkini
Dalam dunia perbankan digital, struktur berperingkat di KAF Digital Bank memastikan gambaran kewangan anda sentiasa berkembang, selari dengan pemahaman yang mendalam berkenaan maklumat sedia ada untuk anda. Panduan ini menerangkan butiran yang terkandung dalam setiap peringkat, menawarkan intipati menyeluruh profil kewangan anda. Dengan ciri fleksibel untuk menaik taraf dan jaminan keselamatan pengurusan, KAF Digital Bank memberikan anda kawalan penuh dalam memelihara dan menyesuaikan perjalanan perbankan anda.
Adakah artikel ini membantu?
Adakah Anda Tidak Menemui Apa yang Anda Cari?
Hantarkan soalan anda kepada kami, dan kami akan berusaha menyelesaikannya.
Hantarkan soalan anda