• Jawapan tidak ditemui? Sila hantarkan soalan anda di sini
Bahasa Melayu
English (UK)
Bahasa Melayu

Sila hubungi talian sokongan di +603 8744 3331 jika anda memerlukan bantuan

Selamat Datang ke Laman Hello@KAF

Selamat datang ke laman Hello@KAF - Sila ajukan pertanyaan anda kepada kami

Kirimkan soalan

Sila ajukan soalan anda di sini, dan kami akan berusaha untuk memberikan jawapan.

Please fill out the contact form below and we will reply as soon as possible.

  • Home
  • Pembayaran & Pemindahan Wang
  • Pembayaran Bil & Pembelian

Pembayaran Bil dengan KAF Digital Bank

Dengan KAF Digital Bank (KAF DB), anda mampu mengawal bil kewangan anda, sama ada berkenaan kemudahan asas (seperti elektrik dan air), ansuran, dan banyak lagi. Melakukan pembayaran-pembayaran ini seharusnya mudah dengan bantuan aplikasi perbankan mudah alih KAF Digital Bank dan Kad Debit Islamik anda.

 

Melakukan pembayaran bil mudah

  1. Log Masuk:

Log masuk ke laman sesawang atau portal pembekal bil yang berkaitan. 

  1. Memahami Bil Anda:

Luangkan sedikit masa untuk menyemak bil tertunggak anda. Fahami setiap butiran supaya anda membayar jumlah sebenar dan mengelakkan sebarang gangguan bayaran berlaku.

  1. Memulakan Pembayaran:

Klik pada 'Bayar Bil' dalam akaun bil anda dan pilih kaedah pembayaran pilihan anda. Dalam kes ini, pilih kaedah pembayaran 'Kad Kredit/Debit'.

  1. Memilih Kad Debit Islamik KAF Digital Bank:

Buat pilihan untuk membayar menggunakan Kad Debit-i KAF Digital Bank anda. Ikuti arahan yang disediakan oleh portal pengebil anda. Setiap portal pengebil mungkin mempunyai kaedah dan cara tersendiri. 

  1. Memasukkan Butiran Kad dan Pengesahan:

Masukkan butiran Kad Debit-i KAF Digital Bank anda seperti nombor kad, CVV dan tarikh luput kad. Periksa sekali lagi untuk memastikan ketepatan, dan sahkan pembayaran.

 

Kekal Maklum dengan Pemberitahuan Serta Merta

Selepas menyelesaikan pembayaran, anda akan menerima pemberitahuan serta merta pada peranti anda. Ia akan memberitahu status pembayaran anda.

 

Invois Peniaga

Sesetengah peniaga berkemungkinan menghantar invois secara langsung ke e-mel anda selepas anda melakukan pembayaran. Invois-invois tersebut berfungsi sebagai pengesahan lanjut bagi pembayaran anda.

 

Makluman Dana Tidak Mencukupi

Jika anda cuba membuat pembayaran dengan baki akaun yang tidak mencukupi, anda akan menerima pemberitahuan segera. Pastikan akaun anda sentiasa mempunyai amaun yang mencukupi untuk mengelakkan anda dari sebarang masalah pembayaran.

 

Masa Pembayaran

Tidak semua perniagaan memproses pembayaran setiap hari. Jadi, untuk memastikan pembayaran anda tepat pada masanya, anda dinasihati untuk membuat bayaran lebih awal. Bayaran yang dibuat selepas tengah malam berkemungkinan akan dikreditkan kepada pengebil/pedagang pada hari bekerja berikutnya.

 

Manfaatkan perbankan digital dengan KAF Digital Bank untuk pembayaran bil anda. Dengan hanya beberapa klik sahaja, ketenangan dalam aktiviti kewangan mampu anda capai.

bank digital bayaran bil bayar bil bil eletrik bil air bil telefon bayaran ansuran

Adakah artikel ini membantu?

Tidak
Ya
Beri maklum balas tentang artikel ini.

Adakah Anda Tidak Menemui Apa yang Anda Cari?

Hantarkan soalan anda kepada kami, dan kami akan berusaha menyelesaikannya.

Hantarkan soalan anda

Soalan Lazim Berkaitan

  • Semak Keluar Pembayaran E-Dagang
  • Proses Pra-Pengesahan di Stesen Minyak

2025 © Hak Cipta Terperlihara. KAF Digital Bank Berhad.

Expand