Pengurusan Sejarah Transaksi
Aplikasi KAF Digital Bank (KAF DB) sangat menitikberatkan aspek ketelusan dan pengawalan dengan ciri Pengurusan Sejarah Transaksi yang ada. Selami lebih dalam lagi akan butiran-butiran transaksi anda dengan mudah, bermula daripada ID transaksi sehingga butiran penerima. Sama ada anda ingin mendalami intipatu atau perlu untuk mempertikaikan transaksi, panduan ini akan membantu anda langkah demi langkah. Baca lebih lanjut untuk ketahui bagaimana KAF Digital Bank memberi anda kawalan untuk mengurus dan berkongsi sejarah transaksi dengan mudah.
Menerokai Butiran Transaksi
- Kemasukan yang Mudah:
Lancarkan aplikasi dan log masuk menggunakan cap jari atau pengecaman wajah).
- Gambaran Keseluruhan Papan Pemuka:
Teroki Papan Pemuka yang menyeluruh, menunjukkan gambaran keseluruhan kewangan anda.
- Pilih Akaun:
Kenal pasti senarai akaun anda dan tekan pada akaun tertentu untuk selami lebih lanjut.
- Melayari Akaun Individu:
Cari senarai akaun anda dan tekan pada akaun tertentu yang anda ingin terokai.
(Nota tambahan: Buat masa ini, hanya satu akaun sahaja disokong bagi setiap pegguna)
- Membuat Capaian Sejarah Transaksi:
Layari bahagian "Sejarah Transaksi" dan klik pada transaksi yang anda ingin terokai.
- Maklumat Transaksi yang Terperinci:
Menyelidiki selok belok transaksi, memaparkan:
- ID Transaksi
- Sumber Akaun
- Jumlah Transaksi
- Nama Penerima
- Nombor Akaun Penerima
- Bank Penerima
- Tarikh & Masa
- Kekerapan Transaksi
- Butiran Rujukan
- Tindakan Tambahan:
Pilihan untuk "Kongsi transaksi" atau "Pertikai" sekiranya perlu.
Kongsi Sejarah Transaksi: Berkongsi Perjalanan Kewangan Anda
- Memulakan Proses:
Lancarkan aplikasi dan log masuk menggunakan pengesahan biometrik (cap jari atau pengecaman wajah).
- Melayari Papan Pemuka:
Cari senarai akaun anda pada Papan Pemuka keseluruhan dan pilih akaun yang tertentu.
- Melayari Akaun Individu:
Cari senarai akaun anda dan tekan pada akaun tertentu yang anda ingin terokai.
(Nota tambahan: Buat masa ini, hanya satu akaun sahaja disokong bagi setiap pegguna)
- Menerokai Transaksi:
Di bawah "Sejarah Transaksi", pilih transaksi tertentu yang ingin anda semak.
- Pilihan Untuk Berkongsi:
Tekan pada pilihan "Kongsi".
Bentuk Fail: Resit yang telah dikongsi akan berada dalam bentuk (.png).
- Butiran Resit:
- Tarikh
- Jenis Transaksi
- Maklumat Bank
- Nombor Akaun
- Kekerapan Transaksi
- Butiran Rujukan
- Jumlah Transaksi
- Butiran Yuran
- Jumlah Keseluruhan
Dengan KAF Digital Bank, sejarah transaksi anda bukanlah senarai semata-mata; tetapi ia merupakan rekod terperinci yang boleh didapati di hujung jari anda sahaja. Log masuk dengan biometrik, terokai akaun anda, dan semak setiap butiran penting transaksi dengan mudah. Anda juga boleh berkongsi resit transaksi dalam bentuk PNG, lengkap dengan maklumat penting seperti tarikh, jumlah, dan butiran rujukan. Sekiranya anda ingin mempertikaikan transaksi, kuasa menguruskan sejarah transaksi berada di tangan anda. Nikmatilah pengalaman ketelusan dan kawalan yang tiada bandingnya - semuanya merupakan tanggungjawab KAF Digital Bank dalam menjadikan pengalaman perbankan anda lancar dan selamat.
Adakah artikel ini membantu?
Adakah Anda Tidak Menemui Apa yang Anda Cari?
Hantarkan soalan anda kepada kami, dan kami akan berusaha menyelesaikannya.
Hantarkan soalan anda