Akaun Simpanan-i: Gerbang Anda ke Akaun Deposit Patuh Syariah
Memperkenalkan Akaun Simpanan Islam (Akaun Simpanan-i) KAF Digital Bank (KAF DB)! Sebuah Akaun Simpanan-i yang direka bentuk untuk mereka yang tersisih secara kewangan atau tidak diberikan sebarang perkhidmatan kewangan. Mari kita terokai apa yang menjadikan produk ini unik.
Qard: Asas Kukuh
Akaun Simpanan-i dibina di atas asas kontrak Syariah Qard. Secara ringkas, Qard adalah pinjaman tanpa faedah. Apabila anda mendepositkan wang anda dengan kami, ianya seperti anda meminjamkan wang anda kepada kami (KAF Digital Bank). Kami sebagai peminjam wajib membayar balik/mengembalikan jumlah deposit yang sama kepada anda pada bila-bila masa anda perlukan. Jadi, anda boleh berasa tenang kerana wang anda sentiasa selamat dengan kami.
Ujrah: Caj yang Adil
Ujrah merujuk kepada yuran dan caj yang kami kenakan berdasarkan perkhidmatan yang kami sediakan. Caj ini ditetapkan mengikut perkhidmatan yang kami sediakan dan mematuhi garis panduan dan peraturan Syariah yang dimaktubkan oleh Bank Negara Malaysia. Kami akan sentiasa telus mengenai yuran dan caj yang dikenakan untuk Akaun Simpanan-i. Anda boleh didapati di laman web rasmi kami untuk rujukan anda.
Alami penggunaan perbankan patuh Syariah anda dengan Akaun Simpanan-i KAF Digital Bank. Dengan asas kukuh Qard, ianya dapat memastikan keselamatan deposit anda dan dengan adanya caj Ujrah yang telus, kami mampu menyediakan pengalaman perbankan yang mengutamakan keadilan dan ketelusan. Sertailah kami dalam perjalanan ke arah kesejahteraan kewangan dan temui satu pengalaman baharu dalam perbankan Islam melalui Akaun Simpanan-i kami.
Adakah artikel ini membantu?
Adakah Anda Tidak Menemui Apa yang Anda Cari?
Hantarkan soalan anda kepada kami, dan kami akan berusaha menyelesaikannya.
Hantarkan soalan anda