Panduan Mengemas Kini Maklumat Peribadi Anda dalam Aplikasi
Memastikan maklumat anda sentiasa terkini membantu kami menjamin akaun anda selamat dan memastikan anda menerima komunikasi penting.
Ikut langkah-langkah mudah ini untuk mengemas kini Gambar Profil, Butiran Hubungan, Butiran Alamat, dan maklumat lain dalam aplikasi.
Panduan Langkah demi Langkah:
- Buka aplikasi dan tekan butang "Lagi" ("More") yang biasanya terletak pada bar navigasi di bahagian bawah.
- Pilih "Tetapan" ("Settings").
- Pilih "Maklumat Peribadi" ("Personal Details").
- Pada skrin seterusnya, tekan butang "Kemas Kini" ("Update") yang terletak di penjuru kanan atas skrin
Berikut adalah senarai kategori untuk dipilih:
Kategori |
Maklumat yang Boleh Dikemas Kini |
Gambar Pengguna |
Muat naik atau tukar gambar profil semasa anda |
Maklumat Peribadi |
Ubah nama panggilan anda sahaja |
Butiran Hubungan |
Kemas kini alamat e-mel dan nombor telefon anda |
Butiran Alamat |
Kemas kini alamat kediaman atau surat-menyurat anda. |
Butiran Pekerjaan |
Kemas kini maklumat pendapatan, pekerjaan, butiran majikan, tujuan pembukaan akaun, dan sumber pendapatan anda. |
Penting: Nama panggilan yang anda masukkan akan digunakan sebagai nama yang dicetak pada kad debit fizikal. Jika anda mahu kad anda memaparkan nama tertentu, sila tetapkan nama panggilan mengikutnya.
Untuk sesetengah perubahan, seperti mengemas kini butiran pekerjaan atau nombor telefon bimbit, anda mungkin dikehendaki memasukkan PIN anda untuk pengesahan.
Penukaran nombor telefon bimbit juga memerlukan OTP SMS yang dihantar ke nombor baharu untuk pengesahan.
Setelah maklumat anda berjaya dikemas kini, satu makluman akan muncul pada skrin anda yang menyatakan: "Profil Berjaya Dikemas Kini" ("Profile Successfully Updated").
Sekiranya anda mengalami sebarang isu atau perlu mengemas kini maklumat yang tidak disenaraikan di sini, sila hubungi pasukan sokongan kami untuk bantuan.
Adakah artikel ini membantu?
Adakah Anda Tidak Menemui Apa yang Anda Cari?
Hantarkan soalan anda kepada kami, dan kami akan berusaha menyelesaikannya.
Hantarkan soalan anda