Penyata Akaun
Melayari penyata akaun adalah penting untuk mengawal sejarah kewangan dan transaksi anda. Sama ada anda berminat dalam penyata akaun individu atau penyata gabungan merentasi beberapa akaun, KAF Digital Bank (KAF DB) menyediakan pilihan mudah untuk melihat dan memuat turun penyata anda dengan selamat. Penyata akaun individu merujuk kepada penyata untuk satu akaun, manakala penyata gabungan merujuk kepada penyata untuk dua akaun atau lebih, yang disatukan dalam satu penyata. Baca lebih lanjut untuk mengetahui cara meneroka butiran akaun dan mengurus penyata anda dengan mudah.
Penyata Akaun Individu
- Memulakan Perjalanan:
Lancarkan aplikasi dan log masuk menggunakan pengesahan biometrik (cap jari atau pengecaman wajah).
- Pilih Akaun Anda:
Pada Papan Pemuka keseluruhan, pilih akaun yang diingini.
- Melayari Akaun Individu:
Cari senarai akaun anda dan tekan pada akaun tertentu yang anda ingin terokai.
(Nota tambahan: Buat masa ini, hanya satu akaun sahaja disokong bagi setiap pegguna)
- Melayari Pilihan Lanjut:
Tekan pada simbol tiga titik (arca "Meatball") yang mewakili pilihan tambahan.
- Pemilihan Penyata:
Pilih "Lihat Penyata" daripada senarai Lebih Lanjut.
- Memilih Penyata Akaun Individu:
- Klik pada pilihan Penyata Akaun Individu.
- Pilih bulan tertentu yang anda ingin membuat semakan.
- Pilihan untuk Muat Turun:
Anda boleh memuat turun penyata dan juga berkongsi ke setiap media sosial atau akaun email anda.
Nota Tambahan bagi Penyata Bulanan
- Tukar dan lihat penyata akaun lain.
- Lihat penyata dalam jangkauan sehingga 2 tahun.
- Pesanan "Tiada Rekod Sedia Ada" untuk bulan tanpa penyata.
- Boleh dimuat turun dalam bentuk PDF.
- Sekiranya anda mendapat pesanan seperti "Kegagalan Pekhidmatan Bahagian Belakang, Sila cuba lagi beberapa ketika!", ia bermaksud terdapat kegagalan perkhidmatan lanjutan.
Dengan kebolehan untuk membuat capaian, muat turun, dan berkongsi penyata akaun anda, aktiviti menguruskan kewangan anda menjadi lebih berkesan dan telus. Sama ada anda perlu menyemak transaksi, melaraskan akaun, atau anda hanya ingin kekal teratur, KAF Digital Bank memastikan maklumat kewangan anda sentiasa bersedia, pada bila-bila masa yang anda perlukan.
Adakah artikel ini membantu?
Adakah Anda Tidak Menemui Apa yang Anda Cari?
Hantarkan soalan anda kepada kami, dan kami akan berusaha menyelesaikannya.
Hantarkan soalan anda