• Jawapan tidak ditemui? Sila hantarkan soalan anda di sini
Bahasa Melayu
English (UK)
Bahasa Melayu

Sila hubungi talian sokongan di +603 8744 3331 jika anda memerlukan bantuan

Selamat Datang ke Laman Hello@KAF

Selamat datang ke laman Hello@KAF - Sila ajukan pertanyaan anda kepada kami

Kirimkan soalan

Sila ajukan soalan anda di sini, dan kami akan berusaha untuk memberikan jawapan.

Please fill out the contact form below and we will reply as soon as possible.

  • Home
  • Kempen

Syarat dan Peraturan Kempen "Promosi Naik Taraf Premium 818"

1. Pengenalan

1.1 Kempen Promosi Naik Taraf Premium 818 (selepas ini dirujuk sebagai "Kempen") dianjurkan oleh KAF Digital Bank ("KAF DB") dengan kerjasama SaphX Technologies Sdn. Bhd. ("POD"), pengendali sistem program ganjaran, POD.

1.2 Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan Layak (ditakrifkan di bawah) dianggap telah membaca, memahami, dan bersetuju untuk terikat dengan Syarat dan Peraturan ini.

1.3 Syarat dan Peraturan ini hendaklah dibaca bersama dengan syarat dan peraturan am KAF DB untuk produk dan perkhidmatan perbankan, serta syarat dan peraturan yang mengawal program ganjaran POD.

2. Tempoh Kempen

2.1 Kempen akan berlangsung dari jam 00:00:01 pada 1 Disember 2025 sehingga 23:59:59 pada 18 Disember 2025 (waktu Malaysia) ("Tempoh Kempen").

2.2 Meskipun Tempoh Kempen rasmi adalah seperti yang tertera di atas, akan tetapi bagi aset promosi (iaitu iklan) untuk Kempen ini akan memaparkan tempoh kempen bermula  dari 8 Disember 2025 hingga 18 Disember 2025. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, kelayakan untuk penyertaan dan kelayakan ganjaran akan bermula dari 1 Disember 2025.

2.3 KAF DB berhak untuk menyemak semula Tempoh Kempen pada bila-bila masa dengan notis awal, yang akan disiarkan melalui saluran rasmi atau melalui mana-mana saluran lain yang KAF DB anggap bersesuaian.

3. Kelayakan

3.1 Kempen ini terbuka kepada Pelanggan Baharu dan Pelanggan Sedia Ada (secara kolektif, "Pelanggan Berkelayakan") yang berjaya menaik taraf kepada tahap Akaun Premium Simpanan-i ("PSA-i") sebelum berakhirnya Tempoh Kempen. Bagi mengelakkan sebarang keraguan, kenaikan taraf akaun PSA-i dianggap berjaya hanya apabila status akaun PSA-i dipaparkan seperti yang diluluskan dalam sistem KAF DB:

Segmen Pelanggan

 Kriteria Kelayakan

Ganjaran yang Layak Diterima

Pelanggan Baru

Pelanggan yang membuka akaun Simpanan KAF DB pada atau selepas jam 00:00:01 pada 1 Disember 2025 DAN berjaya menaik taraf akaun kepada PSA-i sebelum jam 23:59:59 pada 18 Disember 2025.

Ganjaran pulangan tunai RM8.00 akan dikreditkan ke akaun KAF DB.

Pelanggan Sedia Ada

Pelanggan yang membuka Akaun Simpanan KAF DB sebelum 1 Disember 2025 DAN berjaya menaik taraf kepada PSA-i sebelum jam 23:59:59 pada 18 Disember 2025.

Ganjaran 800 Mata POD (Nilai nominal RM8.00) dikreditkan langsung ke akaun Aplikasi POD pelanggan.

3.2 Untuk layak menerima ganjaran, Pelanggan Berkelayakan mesti melengkapkan semua langkah yang diperlukan untuk proses naik taraf, termasuk menyediakan dokumen Know Your Customer (KYC) tambahan, dan mencapai tahap PSA-i sebelum berakhirnya Tempoh Kempen.

3.3 Masa yang lazim diperlukan untuk menyelesaikan proses pembukaan dan naik taraf akaun mungkin mengambil masa sehingga dua puluh empat (24) jam. Oleh itu, Pelanggan Berkelayakan dinasihatkan untuk memulakan proses naik taraf sebelum berakhirnya Tempoh Kempen dan memastikan akaun kekal aktif pada Aplikasi POD. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan hilang kelayakan untuk menerima ganjaran, dan tiada tunai/ganjaran pengganti akan disediakan.

4. Cara Penyertaan

4.1 Pembukaan Akaun: Pelanggan Baharu mesti terlebih dahulu membuka Akaun Simpanan KAF DB pada atau semasa Tempoh Kempen.

4.2 Proses Naik Taraf: Semua Pelanggan Berkelayakan mesti mengikut langkah-langkah yang perlu untuk menaik taraf tahap akaun kepada PSA-i, yang termasuk:

  • Mengekalkan Akaun Simpanan KAF DB yang aktif pada setiap masa sepanjang Tempoh Kempen;
  • Mengekalkan akaun POD yang aktif dan dipautkan kepada akaun KAF DB mereka; dan
  • Berjaya menaik taraf kepada tahap PSA-i dengan menghantar dokumen Know Your Customer (KYC) tambahan yang diperlukan, termasuk:
    • Penyata bank 3 bulan terkini (menunjukkan deposit pendapatan); atau
    • Salah satu dokumen terkini berikut:
      • Slip gaji;
      • Borang EA;
      • Penyata komisen bulanan; atau
      • Penyata KWSP

4.3 Keperluan Aplikasi POD (Pelanggan Sedia Ada): Pelanggan Sedia Ada yang berhak menerima 800 Mata POD mesti memuat turun Aplikasi POD dan membuka akaun dengan POD untuk menerima dan mengakses ganjaran mereka.

4.4 Untuk memastikan mata ganjaran KAF DB anda berjaya dikreditkan ke aplikasi POD Savings, and mesti mendaftar untuk kedua-dua akaun KAF Digital Bank dan Aplikasi POD Savings menggunakan alamat e-mel yang sama. 

5. Pengkreditan Ganjaran

5.1 Ganjaran Pulangan Tunai:

  • Ganjaran pulangan tunai RM8.00 akan dikreditkan langsung ke akaun KAF DB Pelanggan Baharu yang layak.
  • Pengkreditan akan berlaku dalam tempoh lapan (8) hari selepas Tempoh Kempen tamat.
  • Pengkreditan akan dimaklumkan melalui e-mel dan disenaraikan dalam penyenaraian akaun biasa pelanggan dengan rujukan yang menunjukkan 'Ganjaran Tunai Kempen'.

5.2 Ganjaran Mata POD:

  • 800 Mata POD akan dikreditkan ke akaun Pod Pelanggan Sedia Ada yang layak dalam tempoh lapan (8) hari selepas Tempoh Kempen tamat.
  • Pemberitahuan pengkreditan akan dihantar melalui e-mel dan melalui pemberitahuan dalam aplikasi pada Aplikasi POD.

5.3 Nilai Ganjaran dan Penebusan: Mata POD boleh ditukar dalam Aplikasi POD untuk pelbagai ganjaran, termasuk baucar untuk kopi dan petrol. Nilai nominal 800 Mata POD adalah RM8.00. Penebusan ganjaran tertakluk kepada syarat dan peraturan Aplikasi POD.

6. Syarat Peraturan Am

6.1 Data Peribadi: Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan Berkelayakan bersetuju untuk membenarkan pihak KAF DB dan POD mengumpul, menggunakan, dan memproses data peribadi mereka untuk tujuan pentadbiran Kempen, pelunasan ganjaran, dan urusan perhubungan, selaras dengan dasar privasi KAF DB dan POD serta Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

6.2 Tidak Boleh Dipindah Milik: Ganjaran pulangan tunai dan Mata POD adalah tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar ganti, dan tidak boleh digantikan dengan sebarang item lain, kecuali atas budi bicara mutlak KAF DB dan POD, masing-masing.

6.3 Keputusan Muktamad: Sebarang keputusan oleh pihak KAF DB mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Kempen, termasuk kelayakan dan pelunasan ganjaran, adalah muktamad dan mengikat semua pihak.

6.4 Pindaan: Pihak KAF DB berhak atas budi bicara mutlaknya untuk meminda, mengubah, atau mengubah suai Syarat & Peraturan ini secara munasabah pada bila-bila masa sebelum atau semasa Tempoh Kempen, dengan atau tanpa notis bertulis terlebih dahulu.

6.5 Undang-undang Pentadbir: Syarat & Peraturan ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia. Sebarang pertikaian yang timbul daripada Kempen akan dikemukakan kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.

 

 

promosi syarat

Adakah artikel ini membantu?

Tidak
Ya
Beri maklum balas tentang artikel ini.

Adakah Anda Tidak Menemui Apa yang Anda Cari?

Hantarkan soalan anda kepada kami, dan kami akan berusaha menyelesaikannya.

Hantarkan soalan anda

Soalan Lazim Berkaitan

  • Terma dan Syarat Kempen “Daftar dan Menang” KAF Digital Bank
  • Terma dan Syarat Kempen Cabutan Bertuah CelikWang KAF Digital Bank dan POD
  • Kempen Cabutan Bertuah CelikWang KAF Digital Bank dan POD

2025 © Hak Cipta Terperlihara. KAF Digital Bank Berhad.

Expand