Tidak Dapat Imbas Kod QR
Jika anda tidak dapat mengimbas kod QR daripada galeri telefon anda, ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor:
1. Fail imej terlalu besar – buat masa ini, aplikasi hanya menyokong imej kod QR yang bersaiz 2MB atau lebih kecil.
2. Versi sistem operasi telefon tidak disokong – Aplikasi KAF Digital Bank hanya menyokong peranti dengan sistem operasi Android/iOS versi N-2 dan ke atas. Jika versi OS anda lebih lama, ciri seperti imbasan QR mungkin tidak berfungsi dengan baik.
3. Peniaga menggunakan kod DuitNow QR versi lama - DuitNow QR versi lama yang tidak disokong oleh kami. KAF Digital Bank hanya menerima kod DuitNow QR versi terkini.
Apa yang anda boleh lakukan:
• Ambil tangkapan skrin atau gambar baru untuk mengurangkan saiz fail.
• Pastikan peranti anda menggunakan versi OS yang disokong.
• Gunakan kamera dalam aplikasi untuk mengimbas kod QR secara langsung.
Kami sentiasa berusaha menambah baik pengalaman anda. Jika masalah berterusan, sila hubungi pasukan sokongan kami.
Adakah artikel ini membantu?
Adakah Anda Tidak Menemui Apa yang Anda Cari?
Hantarkan soalan anda kepada kami, dan kami akan berusaha menyelesaikannya.
Hantarkan soalan anda