• Jawapan tidak ditemui? Sila hantarkan soalan anda di sini
Bahasa Melayu
English (UK)
Bahasa Melayu

Sila hubungi talian sokongan di +603 8744 3331 jika anda memerlukan bantuan

Selamat Datang ke Laman Hello@KAF

Selamat datang ke laman Hello@KAF - Sila ajukan pertanyaan anda kepada kami

Kirimkan soalan

Sila ajukan soalan anda di sini, dan kami akan berusaha untuk memberikan jawapan.

Please fill out the contact form below and we will reply as soon as possible.

  • Home
  • Keselamatan, Penafian & Glosari
  • Keselamatan

Pastikan Aplikasi Anda Selamat: Kemaskini OS Peranti

Apakah yang berubah?

Kami ingin memastikan perbankan anda menjadi lebih selamat. Mulai 1 September 2026, telefon pintar yang masih menggunakan sistem operasi (OS) lama akan memerlukan sedikit pengesahan tambahan bagi transaksi tertentu. Secara amnya, ini ialah satu langkah keselamatan tambahan untuk melindungi wang anda.

Buat masa ini, semakan swafoto ialah pengesahan tambahan dan ia hanya terpakai bagi transaksi berikut yang melebihi RM5,000:

Transaksi

Pengesahan swafoto diperlukan?

Transaksi keluar: DuitNow P2A, P2P, POS, ID, Intrabank

Ya

Transaksi kad Visa

Tidak

Transaksi di bawah had pada telefon pintar N-2 dan ke bawah

Tidak, kekal seperti biasa

Apakah maksud N-2?

N ialah keluaran OS terkini. N-1 ialah satu keluaran sebelumnya, manakala N-2 pula dua keluaran sebelumnya. Versi yang lebih lama daripada itu kami panggil OS lama (legacy OS). Setakat Oktober 2026, keluaran terkini ialah iOS 27 dan Android 17. Ini gambaran ringkasnya:

 

iPhone

Android

N (terkini)

iOS 27

Android 17

N-1

iOS 26

Android 16

N-2

iOS 18

Android 15

Adakah telefon pintar saya terjejas?

Perubahan ini melibatkan pengguna telefon pintar dengan versi OS N-2 dan ke bawah. Ini panduan ringkasnya:

Peranti

Versi OS yang terjejas

iPhone

iOS 18 dan ke bawah

Android

Android 15 dan ke bawah

Tidak pasti versi OS anda? Ikuti langkah di bawah untuk membuat semakan:

Bagaimana untuk menyemak versi OS anda?

  • iPhone: Buka Tetapan > Umum > Perihal
  • Android: Buka Tetapan > Mengenai Telefon > Versi Android

Bagaimana untuk mengemas kini OS anda?

  • iPhone: Buka Tetapan > Umum > Kemas Kini Perisian
  • Android: Buka Tetapan > Mengenai Telefon > Kemas Kini

Bolehkah saya masih log masuk?

Boleh, kami tidak menyekat sesiapa daripada log masuk. Anda masih boleh menggunakan aplikasi KAF Digital Bank seperti biasa. Pengesahan tambahan hanya akan diperlukan ketika melakukan transaksi tertentu sahaja.

Jumlah Transaksi

Kaedah Pengesahan

Melebihi RM5,000

Semakan swafoto

Apakah yang akan berubah untuk saya?

Jika telefon pintar anda menggunakan N-2 atau ke bawah, anda akan diminta untuk melengkapkan pengesahan tambahan (step-up verification). Jika OS telefon anda sudah dikemas kini, tiada apa-apa yang akan berubah.

Perlukah saya buat sesuatu?

Tidak perlu. Namun, jika anda mahu pengalaman yang lebih lancar, kemas kini OS anda supaya transaksi anda tidak lagi memerlukan pengesahan tambahan.

Tip: Sandarkan data telefon pintar anda sebelum mengemas kini, untuk langkah berjaga-jaga. Nama tetapan mungkin sedikit berbeza mengikut jenama telefon pintar.

keselamatan kemas kini pastikan aplikasi anda selamat: kemas kini os peranti

Adakah artikel ini membantu?

Tidak
Ya
Beri maklum balas tentang artikel ini.

Adakah Anda Tidak Menemui Apa yang Anda Cari?

Hantarkan soalan anda kepada kami, dan kami akan berusaha menyelesaikannya.

Hantarkan soalan anda

Soalan Lazim Berkaitan

  • Ciri Keselamatan Aplikasi Mudah Alih KAF Digital Bank
  • Privasi Anda Sangat Bernilai: Ketahuilah Bagaimana Kami Melindungi Data Peribadi Anda
  • Panduan Mesra bagi Pengesahan Pengesahan Identiti Atas Talian (e-KYC) yang Lancar

2026 © Hak Cipta Terperlihara. KAF Digital Bank Berhad.

Expand