Pastikan Aplikasi Anda Selamat: Kemaskini OS Peranti
Apakah yang berubah?
Kami ingin memastikan perbankan anda menjadi lebih selamat. Mulai 1 September 2026, telefon pintar yang masih menggunakan sistem operasi (OS) lama akan memerlukan sedikit pengesahan tambahan bagi transaksi tertentu. Secara amnya, ini ialah satu langkah keselamatan tambahan untuk melindungi wang anda.
Buat masa ini, semakan swafoto ialah pengesahan tambahan dan ia hanya terpakai bagi transaksi berikut yang melebihi RM5,000:
Transaksi |
Pengesahan swafoto diperlukan? |
Transaksi keluar: DuitNow P2A, P2P, POS, ID, Intrabank |
Ya |
Transaksi kad Visa |
Tidak |
Transaksi di bawah had pada telefon pintar N-2 dan ke bawah |
Tidak, kekal seperti biasa |
Apakah maksud N-2?
N ialah keluaran OS terkini. N-1 ialah satu keluaran sebelumnya, manakala N-2 pula dua keluaran sebelumnya. Versi yang lebih lama daripada itu kami panggil OS lama (legacy OS). Setakat Oktober 2026, keluaran terkini ialah iOS 27 dan Android 17. Ini gambaran ringkasnya:
iPhone |
Android |
|
N (terkini) |
iOS 27 |
Android 17 |
N-1 |
iOS 26 |
Android 16 |
N-2 |
iOS 18 |
Android 15 |
Adakah telefon pintar saya terjejas?
Perubahan ini melibatkan pengguna telefon pintar dengan versi OS N-2 dan ke bawah. Ini panduan ringkasnya:
Peranti |
Versi OS yang terjejas |
iPhone |
iOS 18 dan ke bawah |
Android |
Android 15 dan ke bawah |
Tidak pasti versi OS anda? Ikuti langkah di bawah untuk membuat semakan:
Bagaimana untuk menyemak versi OS anda?
- iPhone: Buka Tetapan > Umum > Perihal
- Android: Buka Tetapan > Mengenai Telefon > Versi Android
Bagaimana untuk mengemas kini OS anda?
- iPhone: Buka Tetapan > Umum > Kemas Kini Perisian
- Android: Buka Tetapan > Mengenai Telefon > Kemas Kini
Bolehkah saya masih log masuk?
Boleh, kami tidak menyekat sesiapa daripada log masuk. Anda masih boleh menggunakan aplikasi KAF Digital Bank seperti biasa. Pengesahan tambahan hanya akan diperlukan ketika melakukan transaksi tertentu sahaja.
Jumlah Transaksi |
Kaedah Pengesahan |
Melebihi RM5,000 |
Semakan swafoto |
Apakah yang akan berubah untuk saya?
Jika telefon pintar anda menggunakan N-2 atau ke bawah, anda akan diminta untuk melengkapkan pengesahan tambahan (step-up verification). Jika OS telefon anda sudah dikemas kini, tiada apa-apa yang akan berubah.
Perlukah saya buat sesuatu?
Tidak perlu. Namun, jika anda mahu pengalaman yang lebih lancar, kemas kini OS anda supaya transaksi anda tidak lagi memerlukan pengesahan tambahan.
Tip: Sandarkan data telefon pintar anda sebelum mengemas kini, untuk langkah berjaga-jaga. Nama tetapan mungkin sedikit berbeza mengikut jenama telefon pintar.
Adakah artikel ini membantu?
Adakah Anda Tidak Menemui Apa yang Anda Cari?
Hantarkan soalan anda kepada kami, dan kami akan berusaha menyelesaikannya.
Hantarkan soalan anda