TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT PENGGUNAAN
1. PERJANJIAN DI ANTARA PENGGUNA DAN PORTAL KORPORAT KAF DIGITAL BANK BERHAD
1.1. Anda hendaklah membaca terma-terma dan syarat syarat penggunaan (T&S) kerana ianya mengenakan obligasi-obligasi ke atas anda termasuklah terma terma berkenaan had hak anda dan pengecualian liabiliti kami.
1.2. Portal Korporat KAF Digital Bank Berhad (Portal Korporat KAF DB) terdiri daripada laman web korporat KAF DB dan aplikasi mudah alih yang dikendalikan oleh KAF Digital Bank Berhad.
1.3. T&S ini menetapkan asas persetujuan anda untuk mendapatkan akses dan menggunakan Portal
Korporat KAF DB.
1.4. Portal Korporat KAF DB ini ditawarkan kepada anda atas persetujuan anda untuk menerima segala terma, syarat dan notis yang terkandung di sini tanpa apa-apa pengubahsuaian. Anda dianggap bersetuju untuk menerima segala terma, syarat dan notis apabila anda melayari Portal Korporat KAF DB. Sekiranya anda tidak menerima mana-mana terma yang dinyatakan di sini, sila hentikan akses anda ke Portal Korporat KAF DB.
2. PERUBAHAN KEPADA T&S
2.1. KAF Digital Bank Berhad berhak menukar terma terma, syarat-syarat dan notis-notis yang ditawarkan
di Portal Korporat KAF DB.
3. LAMAN PAUTAN LAMAN WEB PIHAK KETIGA
3.1. Portal Korporat KAF DB mungkin mengandungi pautan kepada laman web pihak ketiga (“Laman Pautan Pihak Ketiga”) yang bukan di bawah kawal selia KAF Digital Bank Berhad dan KAF Digital Bank Berhad tidak akan bertanggungjawab terhadap isi kandungan yang terdapat di dalam mana-mana Laman Pautan Pihak Ketiga, termasuk tetapi tidak terhad kepada pautan lain yang terdapat di Laman Pautan Pihak Ketiga atau apa-apa perubahan dan penambahbaikan terhadap Laman Pautan Pihak Ketiga tersebut. KAF Digital Bank Berhad tidak akan bertanggungjawab terhadap siaran web atau apa-apa jenis transmisi (“transmission”) yang diterima daripada mana-mana Laman Pautan Pihak Ketiga. KAF Digital Bank Berhad menyediakan Laman Pautan Pihak Ketiga di dalam Portal Korporat KAF DB untuk kemudahan anda sahaja dan dengan adanya pautan pihak ketiga ini, kami tidak sama sekali memberi pengesahan, kebenaran atau tajaan secara tersurat mahupun tersirat kepada mana-mana Laman Pautan Pihak Ketiga yang kami sediakan atau sebarang penglibatan dengan operator Laman Pautan Pihak Ketiga tersebut. Sebarang akses dan penggunaan Laman Pautan Pihak Ketiga adalah di bawah tanggungan risiko anda sepenuhnya. KAF Digital Bank Berhad, pengarah, kakitangan, wakil dan/atau pembekal kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang transaksi yang anda boleh lakukan di Laman Pautan Pihak Ketiga.
4. TIADA PENGGUNAAN TANPA KEBENARAN ATAU YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG.
4.1. Sebagai syarat penggunaan anda ke atas Portal Korporat KAF DB, anda memberi jaminan kepada KAF Digital Bank Berhad bahawa anda tidak akan menggunakan Portal Korporat KAF DB untuk tujuan yang melanggar undang-undang atau yang dilarang oleh terma-terma, syarat-syarat dan notis-notis yang dinyatakan di sini. Anda juga dilarang melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan, melumpuhkan, membebankan atau menjejaskan Portal Korporat KAF DB atau mengganggu penggunaan dan kesenangan pengguna lain yang juga melayari Portal Korporat KAF DB. Anda adalah tidak dibenarkan mengambil atau cuba untuk mengambil mana-mana bahan atau informasi yang terdapat di dalam Portal Korporat KAF DB melalui dengan apa cara sekalipun melainkan bahan atau informasi melalui sumber lain yang tersedia atau diberikan secara tidak sengaja melalui Portal Korporat KAF DB.
5. TIADA LESEN TERSIRAT (“IMPLIED LICENSE”)
5.1. KAF Digital Bank Berhad memberikan anda lesen terhad untuk mengakses dan mengunakan Portal Korporat KAF DB untuk kegunaan sendiri dan anda adalah tidak dibenarkan memuat naik, mengubahsuai sama ada keseluruhan atau sebahagian daripada Portal Korporat KAF DB melainkan jika anda telah mendapat kebenaran bertulis daripada KAF Digital Bank Berhad. Lesen ini tidak termasuk sebarang penjualan semula atau penggunaan komersial Portal Korporat KAF DB atau isi kandungannya. Lesen yang diberikan KAF Digital Bank Berhad adalah tidak termasuk penggunaaan / perlombongan data (data mining), robot atau apa-apa pengumpulan data yang serupa atau alat untuk tujuan pengekstrakan. Portal Korporat KAF DB atau mana-mana bahagiannya tidak boleh dihasilkan semula, diulang, dibuat salinan, dijual, dijual semula, diterbitkan semula, dimuat turun, dipaparkan, diedarkan, disebarkan, disiarkan, dihantar atau dipergunakan untuk mana-mana kegunaan komersial sama ada secara keseluruhan mahupun sebahagian selain daripada untuk kegunaan peribadi. Sebarang penggunaan Portal Korporat KAF DB yang selain daripada penggunaan peribadi, mesti mendapatkan kebenaran bertulis daripada KAF Digital Bank Berhad. Anda juga bersetuju untuk tidak memakai, mengubahsuai atau mencipta kerja terbitan (“derivative work”) daripada keseluruhan mahupun sebahagian daripada Portal Korporat KAF DB termasuk dan tidak terhad kepada, apa-apa bahan bacaan yang digunakan dan dipaparkan di Portal Korporat KAF DB ataupun menggunakan bahan bacaan tersebut untuk tujuan lain selain daripada yang telah dinyatakan di dalam perenggan ini.
6. PENGGUNAAN PERKHIDMATAN KOMUNIKASI
6.1. Portal Korporat KAF DB mungkin mengandungi perkhidmatan papan buletin, halaman berbual (“chat
areas”), laman berita, forum, komuniti, laman web peribadi, kalendar, dan/atau mesej-mesej lain atau
kemudahan komunikasi lain yang direka untuk membolehkan anda berkomunikasi dengan orang ramai secara keseluruhan atau berkumpulan (selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai “Perkhidmatan Komunikasi”), anda bersetuju untuk menggunakan Perkhidmatan Komunikasi hanya untuk tujuan
memaparkan, menghantar dan hanya akan menerima mesej-mesej dan bahan bacaaan yang sesuai dan
berkenaan dengan Perkhidmatan Komunikasi tersebut. Sebagai contoh, tetapi tidak terhad kepada,
anda bersetuju bahawa apabila anda menggunakan Perkhidmatan Komunikasi tersebut anda tidak akan:
a. Memfitnah, menyalahgunakan, mengganggu, menghendap, mengugut atau melanggar hak
undang-undang pihak lain seperti hak privasi dan publisiti;
b. Menerbitkan, menyiarkan, memuat naik, mengedar atau menyebar apa-apa perkara yang tidak sesuai bersifat karut, fitnah, yang mengingkari (“infringing”), lucah, tidak sopan, atau topik, nama, bahan bacaan, atau informasi yang menyalahi undang-undang;
c. Memuat naik fail yang mengandungi perisian, atau bahan-bahan lain yang dilindungi di bawah Undang-Undang Harta Intelek (atau dengan hak privasi dan hak publisiti) melainkan jika anda memiliki atau mempunyai kawalan terhadap hak-hak tersebut atau telah menerima kebenaran yang diperlukan;
d. Memuat naik fail yang mengandungi virus virus, atau fail-fail yang telah rosak, atau apa jua perisian yang serupa dengannya atau program yang boleh menyebabkan kerosakan kepada operasi komputer lain;
e. Membuat iklan atau tawaran untuk membeli atau menjual apa-apa barangan atau perkhidmatan untuk apa-apa tujuan perniagaan, melainkan jika Perkhidmatan Komunikasi tersebut memberikan anda kebenaran spesifik untuk berbuat sedemikian;
f. Melakukan atau menyebarkan kajian selidik peraduan, skim piramid atau surat berantai (“chain letter”);
g. Memuat turun apa-apa fail yang disebarkan oleh pengguna Perkhidmatan Komunikasi lain yang anda ketahui, atau wajar anda ketahui bahawa penyebaran fail tersebut adalah tidak boleh dilakukan dari segi undang-undang;
h. Memalsukan atau memadamkan apa-apa pengesahan penulis, notis undang-undang atau notis atau penetapan hak milik (proprietary designations) atau label-label yang menunjukkan asal atau sumber perisian atau bahan lain yang mengandungi fail yang telah dimuat naik;
i. Menyekat atau menghalang pengguna lain daripada menggunakan dan menikmati Perkhidmatan Komunikasi tersebut;
j. Melanggar sebarang kod kelakuan atau garis panduan lain yang mungkin terpakai kepada mana-mana Perkhidmatan Komunikasi ini;
k. Mengumpul informasi tentang pihak lain, termasuklah alamat e-mel tanpa kebenaran
pihak tersebut yang bertentangan dengan Akta Perlindungan Peribadi 2010;
l. Menjalankan atau melakukan sebarang aktiviti atau tindakan atau mengambil langkah seterusnya untuk melaksanakan perkaraperkara yang menyalahi undang-undang; dan
m. Melanggar mana-mana undang-undang atau peraturan yang terpakai di Malaysia buat masa ini.
6.2. KAF Digital Bank Berhad tidak mempunyai sebarang tanggungjawab untuk memantau Perkhidmatan Komunikasi tersebut. Walau bagaimanapun, KAF Digital Bank Berhad berhak untuk menyemak bahan bahan bacaan yang dipaparkan di dalam Perkhidmatan Komunikasi dan memadamkan apa-apa bahan bacaan atas budibicara KAF Digital Bank Berhad. KAF Digital Bank Berhad juga mempunyai hak untuk menamatkan akses anda ke mana-mana atau kesemua Perkhidmatan Komunikasi pada bila-bila masa.
6.3. KAF Digital Bank Berhad juga mempunyai hak dan budi bicara untuk mengubah, atau enggan memaparkan atau memadamkan/membuang mana-mana informasi atau bahan bacaan, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian.
6.4. Anda adalah dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati semasa memberikan informasi tentang diri anda yang boleh dikenalpasti dalam mana-mana Perkhidmatan Komunikasi. KAF Digital Bank Berhad tidak mengawal atau mengesahkan sebarang isi kandungan, pesanan atau informasi yang ditemui di mana-mana Perkhidmatan Komunikasi dan oleh yang demikian, KAF Digital Bank Berhad secara spesifik menafikan sebarang liabiliti terhadap Perkhidmatan Komunikasi tersebut dan apa-apa tindakan anda ekoran penglibatan anda di Perkhidmatan Komunikasi tersebut. Adalah dimaklumkan bahawa pengurusdan hos laman sesawang bukanlah jurucakap yang diberikuasa oleh KAF Digital Bank Berhad dan pandangan mereka tidak semestinya menggambarkan pandangan KAF Digital Bank Berhad.
6.5. Bahan bacaan yang dipaparkan di dalam Perkhidmatan Komunikasi adalah tertakluk kepada penggunaan, penerbitan semula dan/atau bertanggungjawab untuk mematuhi batasan-batasan
penyebaran yang terbatas. Anda adalah tersebut sekiranya anda memuat turun sebarang bahan bacaan di dalam Perkhidmatan Komunikasi.
7. BAHAN-BAHAN BACAAN YANG DIBERIKAN KEPADA KAF DIGITAL BANK BERHAD ATAU YANG DITERBITKAN DAN/ATAU DIPAPARKAN DI PORTAL KORPORAT KAF DB.
7.1. KAF Digital Bank Berhad tidak menuntut hak milik bagi bahan-bahan bacaan yang telah anda berikan kepada kami (termasuklah maklum balas dan cadangan) atau paparan, muat naik, input atau penyerahan kepada mana-mana Portal Korporat KAF DB atau lain-lain Perkhidmatan yang berkaitan (secara kolektif dirujuk sebagai “Penyerahan”). Walau bagaimanapun, apabila anda memaparkan, memuat naik, meletakkan, memberikan atau menghantar Penyerahan anda, anda adalah dianggap telah memberikan KAF Digital Bank Berhad, Syarikat bersekutu KAF dan penerima sub-lesen kebenaran yang berkenaan untuk menggunakan Penyerahan anda dalam operasi perniagaan internet termasuk dan tidak terhad kepada hak untuk membuat salinan, mengedarkan, menghantar, dipaparkan kepada umum dipersembahkan kepada umum, diterbitkan semula, diubah, diterjemahkan, dan diformat semula Penyerahan anda, dan kami akan menerbitkan Penyerahan anda atas nama anda melainkan jika dinyatakan sebaliknya secara bertulis oleh anda. Bagi penggunaan data peribadi dan informasi, sila rujuk Pernyataan Privasi kami yang merupakan sebahagian daripada T&S ini. Anda juga dinasihatkan untuk merujuk kepada perenggan 8 yang dinyatakan di bawah.
7.2. Kami tidak akan memberi sebarang ganti rugi terhadap penggunaan Penyerahan anda seperti apa yang telah dinyatakan di sini. Kami tidak akan bertanggungjawab untuk memaparkan atau menggunakan sebarang Penyerahan yang telah anda berikan dan mana-mana Penyerahan anda boleh dikeluarkan pada bila-bila masa menurut budi bicara kami.
7.3. Apabila anda memaparkan, memuat naik, meletakkan, memberikan atau menghantar Penyerahan anda, anda memberi representasi dan jaminan bahawa anda adalah tuan punya atau sebaliknya mempunyai kuasa untuk mengawal Penyerahan tersebut sepertimana yang telah dinyatakan di bahagian ini termasuk dan tidak terhad kepada kesemua hak-hak yang diperlukan untuk anda memberikan, memaparkan, memuat naik, memberi input atau menghantar Penyerahan tersebut.
8. DATA PERIBADI ATAU INFORMASI
8.1. Selari dengan pematuhan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, anda juga dinasihatkan bahawa kesemua data peribadi yang telah kami kumpul atau yang telah dizahirkan kepada kami melalui Portal Korporat KAF DB atau secara terus daripada anda melalui cara lain yang boleh dan mungkin boleh digunakan untuk tujuan seperti yang dinyatakan di dalam Notis Privasi kami.
8.2. Anda adalah dinasihatkan untuk membaca Notis Privasi kami dengan teliti kerana Notis Privasi kami merupakan garis panduan bagi pengumpulan dan penggunaan data peribadi serta apa-apa perkara yang berkaitan.
9. BATASAN LIABILITI
9.1.Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa KAF Digital Bank Berhad tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan langsung, tidak langsung dan sampingan, khas, berbangkit atau ganti rugi teladan (“exemplary damages”), termasuk tetapi tidak terhad kepada, ganti rugi untuk kehilangan keuntungan, nama baik (“goodwill” atau kerugian tidak ketara yang lain akibat daripada:
a. kebolehgunaan Portal Korporat KAF DB atau kekurangannya;
b. akses tanpa kebenaran atau pengubahsuaian data atau penghantaran anda;
c. sebarang kenyataan atau tindakan pihak ketiga di Portal Korporat KAF DB; atau
d. sebarang isu lain yang berkaitan dengan Portal Korporat KAF DB.
10. PENAFIAN LIABILITI (“LIABILITY DISCLAIMER”)
10.1. Informasi, perisian, produk dan perkhidmatan yang disertakan bersekali di dalam atau yang terdapat melalui Portal Korporat KAF DB mungkin mengandungi maklumat yang kurang tepat atau kesilapan ejaan. Pemindaan informasi yang terkandung disini dilakukan dari semasa ke semasa. KAF Digital Bank Berhad, pengarahnya, pegawainya, wakil-wakilnya dan pembekalnya boleh membaikpulih dan/atau mengubah isi kandungan Portal Korporat KAF DB tersebut pada bila-bila masa.
10.2. Anda bertanggungjawab untuk menilai kualiti, kelengkapan, kesempurnaan, ketepatan, dan faedah kesemua perkhidmatan, isi kandungan, nasihat, pendapat dan informasi lain yang terdapat atau boleh didapati melalui Portal Korporat KAF DB ini; kesemua berita, artikel dan bahan-bahan bacaan lain yang dipaparkan di dalam Portal Korporat KAF DB adalah untuk informasi anda sahaja dan tidak boleh dijadikan bahan gantian rujukan untuk kajian dan/atau pengesahan.
10.3.Sebarang informasi yang diberikan oleh KAF Digital Bank Berhad adalah secara am dan tanpa mengambil kira objektif dan keperluan anda secara khusus. Oleh yang demikian, anda adalah dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat profesional pada setiap masa dan mendapatkan pengesahan bebas terhadap informasi dan bahan-bahan yang disediakan sebelum membuat sebarang keputusan perniagaan atau keputusan komersial berpandukan informasi dan bahan-bahan yang kami sediakan.
10.4. KAF Digital Bank Berhad tidak memberi sebarang jaminan, waranti, atau representasi bahawa anda
akan mendapat akses kepada Portal Korporat KAF DB secara keseluruhan atau sebahagian pada setiap
masa. Anda mungkin akan mengalami gangguan pada Portal Korporat KAF DB dan KAF Digital Bank Berhad tidak akan bertanggungjawab kepada anda sekiranya anda mengalami kerugian atau kerosakan akibat sebarang gangguan akses Portal Korporat KAF DB.
10.5. KAF Digital Bank Berhad, pengarahnya, pegawainya, wakil dan/atau pembekal tidak membuat sebarang representasi mengenai kesesuaian, kebolehpercayaan, kesediaan, kecekapan, ketepatan informasi, perisian, produk, perkhidmatan dan grafik yang berkaitan yang terdapat pada Portal Korporat
KAF DB untuk apa-apa tujuan. Setakat mana yang dibenarkan undang-undang yang terpakai, kesemua
informasi, perisian, produk, perkhidmatan dan grafik berkenaan, adalah diberikan dalam keadaan
sebagaimana sedia ada tanpa sebarang waranti atau syarat-syarat. KAF Digital Bank Berhad, pengarahnya,
pegawainya, wakil dan/atau pembekal dengan ini menafikan sebarang waranti dan syarat-syarat berkenaan informasi, perisian,produk, perkhidmatan dan grafik berkenaan termasuklah waranti atau syarat-syarat tersirat kepada kebolehniagaan, kebolehan untuk sebuah tujuan tertentu, hakmilik dan sebarang bukan pelanggaran hak harta intelek.
10.6. Setakat mana yang dibenarkan oleh undang-undang terpakai, KAF Digital Bank Berhad, pengarahnya, pegawainya, wakil dan/atau pembekal tidak akan bertanggungjawab dalam apa keadaan sekalipun terhadap apa-apa kerugian sama ada secara langsung sampingan, khas atau apa-apa kerugian berbangkit
atau tidak langsung, tindakan punitif, kerugian atau apa-apa kerugian termasuk dan tidak terhad kepada kerugian yang timbul daripada penggunaan data atau keuntungan yang timbul daripada penggunaan atau prestasi Portal Korporat KAF DB dengan kelewatan atau kegagalan mengguna Portal Korporat KAF DB atau apa-apa perkhidmatan yang berkaitan, dengan kelewatan atau ketidakupayaan untuk mengguna Portal Korporat KAF DB atau mana-mana perkhidmatan, sebarang peruntukan atau kegagalan atau untuk sebarang informasi, perisian, produk, perkhidmatan dan grafik yang berkaitan diperolehi melalui KAF Digital Bank Berhad atau daripada penggunaan Portal Korporat KAF DB sama ada berpandukan kontrak, tort, kecuaian, liabiliti ketat (“strict liability”) atau sebaliknya, walaupun KAF Digital Bank Berhad, pengarah, pegawainya, wakil dan/atau pembekal kami telah dimaklumkan tentang kerugian yang mungkin terjadi. Batasan liabiliti ini tidak akan terpakai terhadap anda jika undang-undang yang terpakai di negeri anda tidak membenarkan peruntukan untuk pengecualian (“exclusion”) untuk membataskan liabiliti bagi kerugian turutan atau kerugian sampingan. Jika anda tidak berpuashati dengan mana-mana bahagian yang terdapat di Portal Korporat KAF DB, atau terma-terma dan syaratsyarat penggunaan, penyelesaian anda yang tunggal dan ekslusif adalah untuk berhenti menggunakan Portal Korporat KAF DB.
PUSAT PERHUBUNGAN:
KAF Digital Bank Berhad
Level 13, Chulan Tower
No.3, Jalan Conlay
50450, Kuala Lumpur.
Telephone: +603 8744 3331
Email: hello@kaf.com.my
11. PENAMATAN/ SEKATAN AKSES
11.1. KAF Digital Bank Berhad mempunyai hak secara tunggal untuk menamatkan atau menyekat akses anda ke Portal Korporat KAF DB dan perkhidmatan yang berkaitan pada bila-bila masa, atas apa-apa sebab dengan atau tanpa notis. Secara khususnya dan tanpa had, kami berhak menamatkan atau menyekat akses anda sekiranya anda telah melanggar mana mana terma dan syarat-syarat ini atau melanggar hak bagi KAF Digital Bank Berhad Digital Bank Berhad bagi pengguna lain atau bagi pihak ketiga. Anda bersetuju bahawa pihak KAF Digital Bank Berhad tidak akan bertanggungjawab terhadap anda atau mana-mana pihak ketiga akibat daripada penamatan atau pergantungan tersebut.
11.2 T&S ini adalah ditadbir, ditafsirkan dan dibaca mengikut undang-undang Malaysia. Dengan mengakses dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan di sini oleh Portal Korporat KAF DB, anda dengan ini memberi kebenaran untuk berada di bawah pengawasan eksklusif undang-undang dan mahkamah Malaysia di Kuala Lumpur sekiranya terdapat sebarang pertikaian berkenaan atau timbul daripada penggunaan Portal Korporat KAF DB.
11.3 Selain daripada yang dinyatakan di sini, perjanjian ini merangkumi segala perjanjian di antara pengguna dan KAF Digital Bank Berhad dalam perkara yang melibatkan Portal Korporat KAF DB. Perjanjian ini akan menggantikan kesemua komunikasi, cadangan sama ada secara elektronik, bertulis ataupun lisan sebelum ini di antara pengguna dan KAF Digital Bank Berhad dalam perkara yang melibatkan Portal Korporat KAF DB. Versi perjanjian yang telah dicetak dan apa-apa notis yang berkenaan perjanjian ini dalam versi elektronik adalah diterima dalam prosiding kehakiman dan pentadbiran berpandukan pada atau berkenaan perjanjian ini pada peringkat yang sama dan juga pada syarat-syarat yang sama seperti dokumen perniagaan yang lain dan rekod asal yang dihasilkan dan dijaga di dalam bentuk bercetak.
11.4 Penggunaan Portal Korporat KAF DB adalah dilarang di dalam mana-mana bidangkuasa yang tidak mengiktiraf terma dan syarat-syarat termasuk, tetapi tidak terhad, seperti yang terkandung di dalam perenggan ini. Anda bersetuju bahawa tiada perhubungan usaha sama, perkongsian, pekerjaan, atau agensi wujud antara anda dan KAF Digital Bank Berhad yang timbul akibat daripada terma dan syarat-syarat ini atau penggunaan Portal Korporat KAF DB. Perlaksanaan obligasi KAF Digital Bank Berhad dalam perjanjian ini adalah tertakluk kepada undang-undang dan proses perundangan yang sedia ada dan tiada apa-apa di dalam perjanjian ini yang akan menjejaskan hak KAF Digital Bank Berhad daripada mematuhi kehendak kerajaan, mahkamah atau undang-undang berkenaan pengaksesan atau penggunaan Portal Korporat KAF DB atau informasi yang KAF Digital Bank Berhad perolehi berikutan penggunaan tersebut.
11.5 Kelewatan atau kegagalan pihak KAF Digital Bank Berhad dalam melaksanakan atau menguatkuasakan mana-mana hak atau peruntukan di dalam T&S ini tidak akan menyebabkan pengenepian hak atau peruntukan tersebut.
11.6 Sekiranya mana-mana bahagian di dalam perjanjian ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada penafian waranti dan batasan-batasan liabiliti yang terkandung di sini adalah tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan akibat daripada undang-undang, maka proviso yang berkenaan tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan akan digantikan dengan proviso yang sah dan boleh dikuatkuasakan yang menyerupai niat proviso asal di dalam perjanjian ini dan proviso yang selebihnya adalah terpakai. Sebarang hak yang tidak dinyatakan secara jelas disini adalah terpelihara.
12. NOTIS HAK CIPTA DAN CAP DAGANGAN
12.1. Kesemua hak, hakmilik dan kepentingan yang berkaitan dengan isi kandungan Portal Korporat KAF
DB dan Perkhidmatan bersama-sama dengan segala hak milik yang terdapat di dalam Perkhidmatan tersebut adalah hak milik eksklusif KAF Digital Bank Berhad dan melainkan jika dinyatakan sebaliknya adalah milik pembekal pihak ketiga yang berurusan dengan KAF Digital Bank Berhad. Mana-mana Rahsia
Perdagangan adalah hak milik eksklusif KAF Digital Bank Berhad. Kesemua hak yang berkaitan adalah hak
terpelihara.
12.2. Anda boleh melawat Portal Korporat KAF DB dan membaca isi kandungannya melalui pelayar web anda dan menyimpan salinan elektronik atau mencetak isi kandungan laman web tersebut atau sebahagian daripadanya, hanya untuk kegunaan sendiri. Anda tidak dibenarkan untuk membuat sebarang perubahan dalam apa juga keadaan terhadap isi kandungan asal Portal Korporat KAF DB atau mana mana laman web yang dimiliki KAF Digital Bank Berhad. Anda juga tidak dibenarkan untuk menghasilkan semula, menghantar (termasuk menyiarkan) menerima pakai atau sebaliknya menggunapakai hak cipta secara keseluruhan atau sebahagian Portal Korporat KAF DB untuk apa-apa kegunaan melainkan jika anda telah diberikan kebenaran secara zahir.
12.3. KAF Digital Bank Berhad menafikan semua liabiliti yang mungkin timbul akibat daripada penghasilan semula yang dilakukan tanpa kebenaran atau penggunaan isi kandungan yang terdapat di dalam Portal Korporat KAF DB.
13. CAP DAGANGAN
13.1. Kesemua cap dagangan, cap perkhidmatan dan logo yang dipaparkan di dalam Portal Korporat KAF DB ini adalah hak milik KAF Digital Bank Berhad dan/atau hak milik pihak ketiga yang berkenaan seperti yang dinyatakan di dalam Korporat Portal KAF DB.
13.2. Melainkan kebenaran awal telah diterima daripada KAF Digital Bank Berhad atau pemilik pihak ketiga yang berkenaan bagi mana-mana cap dagangan, cap perkhidmatan atau logo yang terdapat di Portal Korporat KAF DB, tiada lesen atau kebenaran diberi kepada mana-mana pihak yang mengakses Portal Korporat KAF DB ini untuk menggunakan, memuat turun, menghasilkan semula, meniru atau menukar sebarang cap dagangan, cap perkhidmatan dan logo. Seperti itu juga, melainkan kebenaran awal secara bertulis telah diterima daripada KAF Digital Bank Berhad atau pemilik pihak ketiga yang berkenaan telah diperolehi, tiada sebarang cap dagangan, cap perkhidmatan, atau logo yang boleh digunakan sebagai pautan atau menanda mana-mana pautan ke Portal Korporat KAF DB atau laman web yang lain.
13.3. Sebarang hak yang tidak dinyatakan secara terang di sini adalah hak terpelihara.
14. PERCANGGAHAN
14.1. Sekiranya terdapat sebarang konflik atau percanggahan antara versi Bahasa Melayu T&S ini dan versi Bahasa Inggeris T&S ini, versi Bahasa Inggeris akan terpakai.
Hakcipta © 2025 KAF Digital Bank Berhad
Adakah artikel ini membantu?
Adakah Anda Tidak Menemui Apa yang Anda Cari?
Hantarkan soalan anda kepada kami, dan kami akan berusaha menyelesaikannya.
Hantarkan soalan anda