• Jawapan tidak ditemui? Sila hantarkan soalan anda di sini
Bahasa Melayu
English (UK)
Bahasa Melayu

Sila hubungi talian sokongan di +603 8744 3331 jika anda memerlukan bantuan

Selamat Datang ke Laman Hello@KAF

Selamat datang ke laman Hello@KAF - Sila ajukan pertanyaan anda kepada kami

Kirimkan soalan

Sila ajukan soalan anda di sini, dan kami akan berusaha untuk memberikan jawapan.

Please fill out the contact form below and we will reply as soon as possible.

  • Home
  • Perbankan Mudah Alih
  • Akaun Simpanan-i

Bukti Kelayakan Sementara (Nama Pengguna Sementara) bagi Penyambungan Semula Pendaftaran

Gangguan tidak dapat dielakkan dalam konteks perbankan digital. Oleh itu, KAF Digital Bank (KAF DB) menyediakan maklumat log masuk sementara atau nama pengguna sementara untuk memastikan anda dapat meneruskan proses permohonan dengan lancar pada bila-bila masa. Dengan maklumat log masuk sementara ini, anda dapat berhenti sebentar dan melanjutkan semula permohonan anda mengikut keselesaan dan kemampuan anda tanpa sebarang kesulitan.

 

Gangguan tidak dapat dielakkan dalam konteks perbankan digital. Oleh itu, KAF Digital Bank (KAF DB) menyediakan maklumat log masuk sementara atau nama pengguna sementara untuk memastikan anda dapat meneruskan proses permohonan dengan lancar pada bila-bila masa. Dengan maklumat log masuk sementara ini, anda dapat berhenti sebentar dan melanjutkan semula permohonan anda mengikut keselesaan dan kemampuan anda tanpa sebarang kesulitan.

 

Bukti Kelayakan Sementara (Nama Pengguna Sementara) untuk Penyambungan Semula

  • Manfaatkan nama pengguna dan kata laluan sementara untuk menyambung semula permohonan anda pada bila-bila masa.
  • Nama pengguna dan kata laluan sementara yang diberikan di e-mel akan kekal sah dalam 30 hari, memberikan anda masa yang mencukupi untuk menyambung semula permohonan.
  • Selepas akaun bank anda telah berjaya dicipta, nama pengguna sementara tidak akan sah lagi atas tujuan keselamatan.

 

Memahami Bukti Kelayakan Sementara (Maklumat Log Masuk Sementara)

  • Tujuan:

Bukti Kelayakan (nama pengguna dan kata laluan sementara) berfungsi sebagai titik semakan bagi pengguna yang menjeda permohonan mereka di pertengahan proses. Ia membolehkan peralihan yang lancar untuk fasa seterusnya.

 

  • Menyambung Semula Pemohonan:

Sekiranya anda pernah memulakan proses pendaftaran sebelum ini tetapi tidak selesai, anda boleh terus menyambung semula daripada Langkah 2 (Butiran Perhubungan) selepas menerima bukti kelayakan sementara anda (maklumat log masuk sementara). 

  • Peringatan untuk Melengkapkan Pemohonan:

Untuk pengguna yang menghentikan proses pada Langkah 1 (Butiran Peribadi), anda perlu memulakan proses daripada awal.  

 

Dengan adanya bukti kelayakan sementara (maklumat sementara log masuk) di KAF Digital Bank, proses permohonan anda menjadi lebih terurus dan mudah. Sama ada anda perlu berhenti seketika atau menyambung semula di mana anda berhenti, bukti kelayakan ini memberikan kebebasan buat anda untuk melayari perjalanan perbankan digital anda mengikut kelapangan masa anda sendiri. Jadi, jangan bimbang kerana sekiranya sudah bersedia untuk menyambung semula, kami ada dengan anda untuk membimbing anda dalam setiap langkah.

pengguna sementara kelayakan sementara sambung pemohonan temporary credentials

Adakah artikel ini membantu?

Tidak
Ya
Beri maklum balas tentang artikel ini.

Adakah Anda Tidak Menemui Apa yang Anda Cari?

Hantarkan soalan anda kepada kami, dan kami akan berusaha menyelesaikannya.

Hantarkan soalan anda

Soalan Lazim Berkaitan

  • Pra-Log Masuk bagi Pengguna Baharu
  • Pra-Log Masuk bagi Pengguna Sedia Ada
  • Pra-Pendaftaran / Pra-Permohonan

2025 © Hak Cipta Terperlihara. KAF Digital Bank Berhad.

Expand