• Jawapan tidak ditemui? Sila hantarkan soalan anda di sini
Bahasa Melayu
English (UK)
Bahasa Melayu

Sila hubungi talian sokongan di +603 8744 3331 jika anda memerlukan bantuan

Selamat Datang ke Laman Hello@KAF

Selamat datang ke laman Hello@KAF - Sila ajukan pertanyaan anda kepada kami

Kirimkan soalan

Sila ajukan soalan anda di sini, dan kami akan berusaha untuk memberikan jawapan.

Please fill out the contact form below and we will reply as soon as possible.

  • Home
  • Perbankan Mudah Alih
  • Akaun Simpanan-i

Mengemukakan Isu

Di KAF Digital Bank (KAF DB), kami menghargai maklumbalas anda dan sentiasa berusaha untuk menangani sebarang masalah yang mungkin anda hadapi dengan segera. Sama ada anda log masuk atau keluar daripada akaun anda, terdapat beberapa cara mudah untuk mengemukakan masalah dan berkongsi pandangan anda dengan kami. 

 

Kemukakan Isu melalui Pesanan Baharu selepas Log Keluar

  1. Jemputan Maklum balas:

Selepas log keluar, sistem akan meminta anda untuk berkongsi pandangan anda melalui tinjauan berkenaan pengalaman anda menggunakan aplikasi.

  1. Melayari butang "Di sini":

Cari butang "Di sini" pada bahagian bawah skrin. 

  1. Memilih Kategori:

Pada skrin Pemilihan Kategori Pesanan, pilih isu berkaitan yang anda hendak kemukakan. 

  1. Tajuk Pesanan dan Kandungannya: 

Tentukan Tajuk Pesanan dan berikan pandangan bermanfaat anda melalui bahagian Pesanan.  

  1. Lampiran sebagai Bukti:

Berikan sebarang lampiran (jika ada) yang berkaitan dengan isu yang dibangkitkan untuk pencerahan pihak kami. 

  1. Menyerahkan Pesanan Anda:

Klik butang "Hantar" untuk menyampaikan maklum balas anda secara berkesan.

  1. Selesaikan Proses Tersebut:

Tekan butang "Selesai" untuk mengakhiri proses maklumbalas, supaya kami dapat memperbaiki aplikasi KAF Digital Bank.

 

Kemukakan Isu melalui Mesej Baharu Dalam Aplikasi

  1. Log Masuk dan Capaian:

Lancarkan aplikasi, log masuk menggunakan cap jari/pengecaman wajah, dan buat capaian ke Papan Pemuka. 

  1. Melayari Menu "Maklum balas":

Tekan arca Menu yang berbentuk tiga garisan di bahagian bawah sebelah kanan, dan pilih "Maklum balas".

  1. Melayari Butang "Di sini":

Cari butang "Di sini" di bahagian bawah skrin. 

  1. Memilih Kategori:

Pada skrin Pemilihan Kategori Pesanan, pilih isu berkaitan yang anda hendak kemukakan. 

  1. Tajuk Pesanan dan Kandungannya: 

Tentukan Tajuk Pesanan dan berikan pandangan bermanfaat anda melalui bahagian Pesanan. 

  1. Lampiran sebagai Bukti:

Berikan sebarang lampiran (jika ada) yang berkaitan dengan isu yang dibangkitkan untuk pencerahan pihak kami. 

  1. Menyerahkan Pesanan Anda:

Klik butang "Hantar" untuk menyampaikan maklum balas anda secara berkesan.

  1. Skrin Pengakuan:

Skrin "Terima Kasih!" akan muncul, mengesahkan bahawa penghantaran maklum balas anda telah berjaya.

  1. Kembali ke Papan Pemuka:

Tekan butang "Selesai" untuk kembali ke Papan Pemuka.

 

Dengan memanfaatkan ciri Pesanan Baharu, anda boleh memberikan maklumbalas yang berguna, dan menyumbang kepada penambahbaikan yang berterusan untuk KAF Digital Bank. Pandangan anda sangat bermakna demi membentuk masa depan perkhidmatan kami, sekaligus dapat memastikan pengalaman perbankan yang memuaskan dan lancar untuk semua pengguna.

timbul timbulkan bangkitkan isu masalah utarakan masalah maklumkan masalah report masalah laporkan

Adakah artikel ini membantu?

Tidak
Ya
Beri maklum balas tentang artikel ini.

Adakah Anda Tidak Menemui Apa yang Anda Cari?

Hantarkan soalan anda kepada kami, dan kami akan berusaha menyelesaikannya.

Hantarkan soalan anda

Soalan Lazim Berkaitan

  • Pra-Log Masuk bagi Pengguna Baharu
  • Pra-Log Masuk bagi Pengguna Sedia Ada
  • Pra-Pendaftaran / Pra-Permohonan

2025 © Hak Cipta Terperlihara. KAF Digital Bank Berhad.

Expand