• Jawapan tidak ditemui? Sila hantarkan soalan anda di sini
Bahasa Melayu
English (UK)
Bahasa Melayu

Sila hubungi talian sokongan di +603 8744 3331 jika anda memerlukan bantuan

Selamat Datang ke Laman Hello@KAF

Selamat datang ke laman Hello@KAF - Sila ajukan pertanyaan anda kepada kami

Kirimkan soalan

Sila ajukan soalan anda di sini, dan kami akan berusaha untuk memberikan jawapan.

Please fill out the contact form below and we will reply as soon as possible.

  • Home
  • Perbankan Mudah Alih
  • Akaun Simpanan-i

Pusat Bantuan / Pusat Sokongan

Layari Pusat Bantuan dalam aplikasi KAF Digital Bank (KAF DB) merupakan pintu masuk kepada rujukan yang pelbagai dan bantuan yang selari dengan keperluan perbankan anda. Sama ada anda ingin mendapatkan jawapan bagi pertanyaan lazim, ingin berhubung dengan pusat khidmat pelanggan, atau menerokai dokumen penting, Pusat Bantuan ada untuk memberi anda panduan satu demi satu.

 

 

Ini Adalah Panduan Bagaimana Cara Membuat Capaian dan Memanfaatkannya:

 

Buat Capaian di Halaman Pra-Log Masuk

  1. Cari Butang Log Masuk:

Terus ke halaman Pra-Log masuk dan cari butang "Pusat Bantuan" yang berada di bahagian bawah butang Log masuk. 

  1. Tekan dan Terokai:

Anda cuma perlu menekan butang sahaja, dan anda akan terus dibawa ke menu "Pusat Bantuan". Kini, anda sudah boleh mula terokai. 

  1. Pilih Kategori Anda:

Selami pelbagai kategori dan pilih kategori yang menepati keperluan anda. 

 

 

Buat Capaian Selepas Anda Log Masuk

  1. Log Masuk dan Lancarkan Aplikasi: 

Log masuk menggunakan cap jari / pengecaman wajah dan tekan Papan Pemuka. 

  1. Cari Menu "Hamburger":

Di bahagian bawah sebelah kanan, anda akan melihat arca Menu tiga garis. Klik di atasnya dan anda dapat melihat lebih banyak pilihan.

  1. Pilih "Pusat Bantuan":

Berdasarkan pilihan yang ada, anda akan mendapati butang "Pusat Bantuan." Klik padanya, dan anda sudah pun berada di menu yang diperlukan. 

  1. Terokai Kategori:

Sama seperti di halaman Pra-Log masuk, pilih kategori yang memenuhi keperluan anda. 

 

 

Kategori dan Pilihan Sedia Ada untuk Anda

  • Soalan Lazim: 

Selami ke laman web pangkalan pengetahuan kami untuk menjawab semua keraguan anda.

  • Hubungi Kami: 

Perlukan Bantuan? Cari nombor dan alamat emel Khidmat Pelanggan kami di menu tersebut. 

  • Dokumen Persetujuan: 

Terokai dokumen penting seperti Terma dan Syarat, Dasar Privasi Data Peribadi, Terma dan Syarat Syariah, dokumen Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM), serta Yuran dan Caj kami. 

  • Kegagalan Log Masuk: 

Anda terlupa nama pengguna anda? Jangan bimbang. Anda hanya perlu membuat permintaan nama pengguna anda di e-mel dengan memasukkan alamat e-mel, nombor telefon, dan tarikh lahir anda. 

  • Bersembang dengan Kami: 

Berhubung dengan kami! Tekan butang "Bersembang dengan Kami," dan anda akan terus dibawa ke WhatsApp yang merupakan sebahagian daripada saluran komunikasi kami. 

 

Dengan ciri Pusat Bantuan yang ada di dalam aplikasi KAF Digital Bank, anda boleh membuat capaian untuk mendapatkan sokongan dan maklumat dengan mudah. Sama ada anda berada di halaman Pra-Log masuk, atau ketika sudah berada dalam Papan Pemuka akaun anda, Pusat Bantuan memberikan capaian yang mudah ke bahagian Soalan Lazim, maklumat cara menghubungi kami, persetujuan, dan juga sokongan sembang langsung. Terokailah kategori dan pilihan-pilihan sedia ada untuk memanfaatkan lagi pengalaman perbankan anda dengan KAF Digital Bank.

pusat sokongan pusat bantuan help center support centre soalan lazim faq artikel kandungan bantuan agreements dokumen persetujuan chat with us chat with the bank contact us contact bank

Adakah artikel ini membantu?

Tidak
Ya
Beri maklum balas tentang artikel ini.

Adakah Anda Tidak Menemui Apa yang Anda Cari?

Hantarkan soalan anda kepada kami, dan kami akan berusaha menyelesaikannya.

Hantarkan soalan anda

Soalan Lazim Berkaitan

  • Pra-Log Masuk bagi Pengguna Baharu
  • Pra-Log Masuk bagi Pengguna Sedia Ada
  • Pra-Pendaftaran / Pra-Permohonan

2025 © Hak Cipta Terperlihara. KAF Digital Bank Berhad.

Expand