Maklum Balas
Di KAF Digital Bank (KAF DB), maklum balas anda amat penting bagi kami. Kami berusaha untuk terus memperkuatkan pengalaman perbankan anda, dan pandangan anda memainkan peranan penting dalam membentuk perkhidmatan kami. Sama ada anda baru log keluar atau menggunakan aplikasi kami dengan aktif, kami telah menyediakan proses yang mudah untuk anda berkongsi pandangan dan cadangan. Baca lebih lanjut untuk mengetahui bagaimana anda boleh memberi maklum balas dengan mudah.
Maklumbalas selepas Log Keluar
- Jemputan Maklum Balas:
Selepas log keluar, sistem akan meminta anda untuk berkongsi pandangan anda melalui tinjauan berkenaan pengalaman anda menggunakan aplikasi.
- Menilai Aplikasi:
Nyatakan tahap kepuasan anda dengan memberikan nilai bintang (daripada 5 bintang).
- Memberikan Maklum Balas:
Usulkan pandangan yang bermanfaat dengan memberikan maklum balas khusus mengenai bahagian-bahagian yang perlu ditingkatkan dalam perkhidmatan KAF Digital Bank.
- Menghantar Pandangan Anda:
Klik butang "Selesai" untuk menyampaikan maklum balas anda dengan berkesan.
- Menyelesaikan Proses:
Tekan butang "Selesai" untuk mengakhiri proses maklum balas, demi membentuk penambahbaikan aplikasi KAF Digital Bank.
Maklum Balas Dalam Aplikasi (Log Masuk)
- Log Masuk dan Capaian:
Lancarkan aplikasi, log masuk menggunakan cap jari/pengecaman wajah, dan buat capaian ke Papan Pemuka.
- Melayari Menu "Maklum Balas":
Tekan arca Menu yang berbentuk tiga garisan di bahagian bawah sebelah kanan, dan pilih "Maklum Balas".
- Penilaian Bintang:
Pilih jumlah bintang untuk menggambarkan penilaian anda.
- Bahagian untuk Penambahbaikan:
Pilih bahagian yang khusus bagi penambahbaikan berdasarkan pengalaman anda.
- Menghantar Maklum Balas Anda:
Tekan "Hantar" untuk berkongsi maklumbalas dengan pihak kami.
- Skrin Pengakuan:
Skrin "Terima Kasih!" akan muncul, mengesahkan bahawa penghantaran maklum Balas anda telah berjaya.
- Kembali ke Papan Pemuka:
Tekan butang "Selesai" untuk kembali ke Papan Pemuka.
Skrin Bahagian untuk Penambahbaikan
Penilaian (1-4 Bintang) [Anda perlu pilih sekurang-kurangnya 1]
- Pengalaman Pengguna
- Ciri-Ciri
- Prestasi
- Paparan dan Rasa
- Lain-Lain
Penilaian (5 Bintang) [Anda perlu pilih sekurang-kurangnya 1]
- Mudah Digunakan
- Ciri-Ciri
- Prestasi
- Keselamatan
- Lain-Lain (Sila pilih satu)
Sekiranya anda ingin melaporkan sebarang isu/masalah, anda boleh klik pada butang "Di sini" yang berada di bahagian bawah skrin.
Anda akan dibawa ke skrin pemilihan kategori pesanan dan skrin membuat pesanan baharu.
Pilihan Pesanan sedia ada yang boleh didapati
- Akaun & Produk
- Kad
- Pertikaian
- Aplikasi Mudah Alih
- Pembayaran
Pendapat anda amat bernilai, dan di KAF Digital Bank, kami ingin mendengarnya dari anda. Sama ada selepas log keluar atau semasa aktif menggunakan aplikasi, sistem maklum balas kami direka khas untuk menerima pandangan berharga anda. Nilai pengalaman anda, beritahu kami bahagian yang perlu diperbaiki, dan teruslah menyumbang untuk menjadikan platform perbankan digital kami lebih baik. Maklum balas anda bukan sahaja dialu-alu, malah menjadi satu keutamaan kami. Sertailah kami dalam membentuk masa depan KAF DB dan terus nikmati pengalaman perbankan yang selari dengan kehendak anda. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan kami.
Adakah artikel ini membantu?
Adakah Anda Tidak Menemui Apa yang Anda Cari?
Hantarkan soalan anda kepada kami, dan kami akan berusaha menyelesaikannya.
Hantarkan soalan anda